omniture

Venture Global LNG meterai Perjanjian Jual Beli LNG dengan Repsol untuk 1 Juta Tan Setahun

Venture Global LNG, Inc.
2018-09-07 23:02 2234

ARLINGTON, Virginia, 7 September 2018 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. mengumumkan ia telah memeterai satu Perjanjian Jual Beli (SPA) mengikat selama 20 tahun dengan Repsol bagi tujuan pembekalan satu juta tan setahun (MTPA) gas asli cecair daripada kemudahan eksport LNG Venture Global Calcasieu Pass, yang kini sedang dibangunkan di Cameron Parish, Louisiana, AS.

Di bawah perjanjian ini, Repsol akan membeli LNG secara percuma atas kapal (FOB) untuk tempoh 20 tahun, bermula dari tarikh operasi komersial kemudahan eksport LNG Venture Global Calcasieu Pass, kini dijangka pada tahun 2022 menurut Keputusan Pelaburan Akhir dan setelah memenuhi syarat-syarat biasa lain yang terdahulu.

Mike Sabel dan Bob Pender, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Venture Global LNG, bersama-sama mengumumkan: "Pelaksanaan kontrak kami bersama Repsol, peneraju industri merentasi rantaian nilai LNG, memperlihatkan satu lagi pencapaian penting tatkala kami mempercepatkan pembangunan projek Calcasieu Pass kami. Kami berbesar hati kerana Repsol, yang menyokong pendekatan inovatif dan berkos rendah Venture Global yang digunakan di LNG Calcasieu Pass dan LNG Plaquemines, akan turut serta bersama-sama rakan-rakan kongsi sedia ada dan berkualiti tinggi kami: Shell, Edison SpA, Galp, BP dan PGNiG dari Poland."

Latar Belakang Venture Global LNG
Venture Global LNG ialah penyedia LNG berkos rendah untuk jangka panjang yang akan dibekalkan daripada lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Sistem proses pencecairan Venture Global LNG akan menggunakan suit produk yang amat cekap dan andal yang dibekalkan oleh GE Oil & Gas, LLC, sebahagian daripada Baker Hughes, sebuah Syarikat GE (BHGE). Venture Global LNG membangunkan kemudahan Venture Global Calcasieu Pass 10 MTPA (di tapak berkeluasan kira-kira 1,000 ekar yang terletak di persimpangan Laluan Kapal Calcasieu dan Teluk Mexico) serta kemudahan LNG Venture Global Plaquemines 20 MTPA (di tapak berkeluasan kira-kira 630 ekar di Plaquemines Parish, Louisiana, 30 batu di bahagian selatan New Orleans di Sungai Mississippi). Venture Global telah mengumpul modal sebanyak $630 juta setakat ini bagi menyokong pembangunan projek-projeknya. Maklumat lanjut boleh didapati di www.venturegloballng.com.

Source: Venture Global LNG, Inc.
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements