omniture

Laporan IARD Tunjukkan Pengeluar Bir, Wain dan Minuman Beralkohol Terkemuka Dekati Ratusan Juta Individu Seluruh Dunia dalam Misi Perangi Tabiat Minum Bawa Mudarat

IARD - International Alliance for Responsible Drinking
2018-09-10 07:01 1187

LONDON, 10 September 2018 /PRNewswire/ --

11 syarikat di sebalik beberapa jenama bir, wain dan minuman beralkohol yang paling popular di dunia telah memeterai perkongsian baharu dan inovatif merentasi sektor-sektor melalui Komitmen Pengeluar mereka.

Pencapaian-pencapaian termasuk:

  • Menyediakan purata 347 program pencegahan memandu dalam keadaan mabuk setiap tahun antara tahun 2014 dan 2017
  • Mencecah lebih 6 juta individu bawah umur melalui interaksi bersemuka antara tahun 2015 dan 2017 dengan pesanan terhadap tabiat minum bawah umur
  • Menetapkan bahawa agensi-agensi pengiklanan haruslah mematuhi kod pengiklanan alkohol bertanggungjawab kami dalam 97% kontrak kami bersama mereka pada tahun 2017
  • Bilangan inisiatif penjualan bertanggungjawab tempatan meningkat sebanyak 66% antara tahun 2014 dan 2017
  • Purata 224 inisiatif penjualan bertanggungjawab tempatan beroperasi setiap tahun antara tahun 2014 dan 2017

Pada tahun 2012, pengeluar-pengeluar bir, wain dan minuman beralkohol terkemuka yang berkompromi keanggotaan Perikatan Antarabangsa Bagi Amalan Minum Secara Berhemah (IARD) komited untuk bekerjasama bagi memerangi tabiat minum yang memudaratkan dan menetapkan piawaian tanggungjawab baharu untuk industri mereka yang lebih luas.

Laporan penuh, dikeluarkan hari ini, memperincikan tahap kemajuan yang dicapai sepanjang lima tahun dan memperlihatkan apa yang dapat dicapai apabila sektor-sektor awam, swasta dan sivil berganding bahu untuk menangani cabaran-cabaran termasuk pengambilan alkohol yang memudaratkan, penyakit tidak berjangkit (NCD) dan sasaran-sasaran yang ditetapkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Banyak yang telah berjaya kami capai dengan berganding bahu bersama-sama dan dengan pihak-pihak lain, namun demikian, masih banyak lagi yang boleh kami lakukan. Kami melihat perubahan yang positif di banyak pelosok dunia, dari segi tabiat minum bawah umur, tabiat minum berlebihan dan memandu dalam keadaan mabuk. Namun begitu, kami ingin melihat perubahan positif di setiap pelosok dunia.

Kursi Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Eksekutif IARD Diageo Ivan Menezes mengulas, "Tatkala sampai ke penghujung lima tahun kami, kami dapat mengimbau kembali perubahan ketara yang telahpun kami lakukan, dan usaha-usaha yang perlu kami lakukan pada masa depan dengan bangganya.

Menjadi tanggungjawab kami untuk memerangi pengambilan alkohol yang memudaratkan demi membantu meningkatkan tahap kesihatan global serta mengurangkan risiko penyakit berjangkit.

Melalui Komitmen Pengeluar kami, kami telah meletakkan asas yang kukuh untuk usaha-usaha masa depan, namun menyedari bahawa masih banyak yang perlu dilakukan. Namun demikian, kami tidak boleh bertindak sendirian. Perkongsian inovatif bersama penjual, jabatan kerajaan, agensi kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan memainkan peranan penting terhadap kemajuan yang kami capai."

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden IARD Henry Ashworth menyebutkan bahawa "Komitmen Pengeluar memperlihatkan kesungguhan pengeluar-pengeluar global yang terkemuka ini dalam menjadi pemangkin kepada perubahan dan menonjolkan impak yang diberikan melalui jalinan kerjasama dengan pihak kerajaan dan NGO.

Pendekatan seluruh-masyarakat adalah penting dalam membawakan pembangunan lestari di peringkat tempatan, negara serta dunia dan usaha-usaha kolektif kami dapat digiatkan dengan lebih jauh lagi sekiranya kami beralih daripada mempunyai agenda yang sama kepada membangunkan penyelesaian bersama. Kita bersama-sama dapat mencapai perubahan; mengurangkan pengambilan alkohol yang memudaratkan dan mempercepatkan kemajuan ke arah SDG."

Pencapaian-pencapaian penting Komitmen Pengeluar termasuk: 

Mengurangkan tabiat minum bawah umur 

  • 6 juta individu bawah umur didekati dengan interaksi bersemuka antara tahun 2015 dan 2017
  • 3 juta individu berpengaruh didekati dengan interaksi bersemuka antara tahun 2015 dan 2017
  • Lebih separuh bilion orang (546 juta) didekati antara tahun 2014 dan 2017 melalui saluran media dan sosial

Mengurangkan pemanduan dalam keadaan mabuk 

  • Ahli-ahli mengendalikan purata 347 program pencegahan memandu dalam keadaan mabuk setiap tahun antara tahun 2014 dan 2017
  • Program dan program rintis pencegahan memandu dalam keadaan mabuk dikendalikan di 76% negara yang mana ahlinya bergiat aktif secara komersial pada tahun 2017

Mengetatkan kod amalan pemasaran 

  • 97% daripada kontrak ahli dengan agensi-agensi pengiklanan pada tahun 2017 menyatakan bahawa mereka perlu mematuhi kod-kod pengiklanan bertanggungjawab kami
  • Penyertaan bukan industri diwujudkan dalam proses penswakawalaturan sedia ada di 53 negara dengan aktiviti komersial, secara purata, antara tahun 2014 dan 2017

Menyediakan maklumat pengguna dan inovasi produk yang bertanggungjawab 

  • Daripada empat penandatanganan yang melapor berdasarkan volum, 85% produk membawa lambang atau perkataan yang memberi amaran terhadap tabiat minum yang memudaratkan pada tahun 2017
  • Daripada tujuh penandatanganan yang melapor berdasarkan jenama, 59% produk membawa lambang atau perkataan yang memberi amaran terhadap tabiat minum yang memudaratkan pada tahun 2017

Bekerjasama dengan penjual  

  • Purata 224 inisiatif penjualan bertanggungjawab tempatan beroperasi setiap tahun antara tahun 2014 – 2017
  • Peningkatan 66% dalam bilangan inisiatif penjualan bertanggungjawab tempatan antara tahun 2014 – 2017

Contoh-contoh inisiatif-inisiatif yang ditonjolkan dalam laporan ini termasuk: 

Tindakan terhadap pemanduan dalam keadaan mabuk di Australia dan New Zealand

DrinkWise Australia menjalankan kempen pencegahan memandu dalam keadaan mabuk yang inovatif dan dibiayai oleh pengeluar-pengeluar alkohol Australia. Ia bekerjasama dengan perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber pada tahun 2017 untuk mengelakkan peminat perlumbaan daripada memandu dalam keadaan mabuk dengan mengendalikan "DrinkWise UberZONE" semasa Karnival Piala Melbourne yang menyediakan titik akses yang selamat dan andal kepada peminat acara untuk memasuki dan meninggalkan litar perlumbaan. UberZONE mempromosikan pesanan DrinkWise Australia dan Uber tentang perjalanan yang selamat serta pengambilan alkohol yang berhemah, menerusi air minuman percuma kepada hadirin sewaktu mereka menantikan untuk perjalanan pulang mereka bersama Uber dengan selesa.

Dasar-dasar pemasaran alkohol yang bertanggungjawab di Kemboja 

Perikatan Wain dan Minuman Beralkohol Antarabangsa Asia Pasifik (APIWSA), bersama-sama Menteri Maklumat Khieu Kanharith, menandatangani "Tatakelakuan Pemasaran dan Komunikasi Alkohol Berhemah Kemboja" pada Februari 2017. Tatakelakuan tersebut menetapkan peraturan yang terpakai untuk pemasaran alkohol dan mewakili set piawaian biasa yang disokong oleh pengeluar-pengeluar alkohol antarabangsa utama, seperti kenyataan tentang kekuatan alkohol, tabiat minum yang memudaratkan dan tidak menyasarkan mereka di bawah umur 18 tahun.

Meningkatkan amalan ujian nafas di Namibia 

Kami bekerjasama dengan Forum Industri Alkohol Penswakawalaturan (SAIF) untuk melaksanakan program "Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol" antara tahun 2015 dan 2017, yang bertujuan untuk membantu mengurangkan pemanduan dalam keadaan mabuk melalui pesanan pendidikan awam dan melalui peraturan penguatkuasaan dan kaedah-kaedah pengesanan yang lebih baik.

Antara 1 Ogos 2017 dan 31 Januari 2018, pegawai-pegawai lalu lintas menguji lebih 153,000 pemandu dan mendapati bahawa 1% didapati positif mengambil alkohol. Penguatkuasaan keterlihatan tinggi polis menghalang pemandu daripada mengambil minuman beralkohol dan peratusan daripada semua pemandu yang ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk menurun daripada 6.8% pada tahun 2016 kepada 0.5% pada tahun 2017.

Latvia: Sanggupkah anda menjual alkohol kepada anak anda? 

Persatuan Industri Alkohol Latvia (LANA) melancarkan kempen kesedaran dan operasi pembelian ujian menggunakan sukarelawan bawah umur pada tahun 2016 dan 2017. LANA bekerjasama dengan Persatuan Hotel dan Restoran Latvia (AHRL), Persatuan Peniaga Latvia, Persatuan Penjual Makanan Latvia (LPTA) dan Persatuan Perubatan Latvia untuk menjalankan lebih 40 penglibatan dengan pihak penjual. Inisiatif berkenaan meminta kakitangan jualan untuk membayangkan kesan yang timbul akibat menjual alkohol kepada anak mereka sendiri dan mengingatkan mereka untuk meminta ID.

Pada tahun 2017, kira-kira 1,250 mesin daftar tunai runcit memaparkan bahan-bahan kempen dan sekitar 400 hotel, kafe dan restoran menyertai inisiatif tersebut. Kempen berkenaan ditayangkan di TV, radio dan internet, berpotensi mendekati kira-kira 2 juta orang. Selepas kempen berkenaan, 90% kanak-kanak lelaki dan hanya 65% kanak-kanak perempuan dihalang daripada membeli alkohol tanpa menunjukkan ID.

11 penandatanganan Komitmen Pengeluar Bir, Wain dan Minuman Beralkohol untuk Mengurangkan Tabiat Minum Memudaratkan ialah Anheuser-Busch InBev, Asahi Group Holdings, Bacardi, Beam Suntory, Brown-Forman Corporation, Carlsberg, Diageo, HEINEKEN, Kirin Holdings Company, Molson Coors dan Pernod Ricard.

Komitmen Pengeluar:

  • Mengurangkan tabiat minum bawah umur
  • Mengetatkan & meluaskan kod amalan pemasaran
  • Menyediakan maklumat pengguna & inovasi produk yang bertanggungjawab
  • Mengurangkan aktiviti pemanduan dalam keadaan mabuk
  • Menyertai sokongan peruncit bagi mengurangkan tabiat minum yang memudaratkan

Perikatan Antarabangsa Bagi Amalan Minum Secara Berhemah (IARD) ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang mengkhusus untuk menangani tabiat minum yang memudaratkan di seluruh dunia dan menggalakkan tabiat minum secara berhemah, dalam kalangan mereka yang memilih untuk minum minuman beralkohol. IARD disokong oleh syarikat-syarikat anggotanya daripada semua sektor industri alkohol terkawal, iaitu bir, wain dan minuman beralkohol, dengan tujuan yang sama untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian demi mengurangkan pengambilan alkohol yang memudaratkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian kami dan apa yang kami usahakan, sila layari http://www.producerscommitments.org

Source: IARD - International Alliance for Responsible Drinking
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Corporate Social Responsibility