omniture

Kerajaan St Kitts and Nevis Baik Pulih 900 Kediaman Guna Dana Bantuan Taufan

CS Global Partners
2018-09-10 09:11 478

LONDON, 10 September 2018 /PRNewswire/ -- Kerajaan St Kitts and Nevis mengumumkan 900 keluarga mendapat manfaat daripada bantuan menerusi Dana Bantuan Taufan – cetusan idea Perdana Menteri Timothy Harris. Suntikan kewangan bernilai $11.5 juta telah membantu mereka yang dilanda Taufan Irma dan Maria untuk membaik pulih kediaman mereka.

Dana-dana ini datang daripada program kerakyatan melalui pelaburan (CBI) negara yang popular – sebuah konsep yang diperkenalkan kepada dunia oleh St Kitts and Nevis pada tahun 1984 di mana para pelabur boleh memperoleh kerakyatan negara pulau kembar yang mempunyai hubungan yang baik ini sebagai pertukaran kepada sumbangan besar kepada ekonomi negara.  Sehingga baru-baru ini, laluan bagi kerakyatan ini ialah pelaburan kepada Dana Bantuan Taufan – inisiatif 6 bulan yang terbukti popular dalam kalangan para pelabur yang ingin memberi sokongan kepada negara tatkala ia menghadapi musim taufan yang mencabar.

Susulan kejayaan Dana Bantuan Taufan, Perdana Menteri Timothy Harris memperkenalkan Dana Pertumbuhan Lestari (SGF), yang menyasarkan untuk meningkatkan kualiti Pendidikan di pulau berkembar ini, merangsang sektor pelancongan St Kitts and Nevis yang sudah sedia berkembang, menyokong keusahawan asli tempatan, dan membantu membangunkan banyak inisiatif sosio-ekonomi lain yang memberi manfaat kepada warganya.

"Ramai pelabur lebih gemar membuat sumbangan kepada Dana Pertumbuhan Lestari, yang merupakan laluan yang lebih pantas dan lebih mampu milik untuk mendapat kerakyatan St Kitts and Nevis," kata Paul Singh, Pengarah CS Global Partners, firma penasihat perundangan antarabangsa yang menerajui industri dan memenangi anugerah yang mengkhusus dalam penyelesaian kerakyatan dan pemastautinan.  Untuk pelaburan US$150,000 bagi setiap pemohon utama atau US$195,000 untuk keluarga berempat, Dana Pertumbuhan Lestari ini menarik khususnya bagi keluarga yang lebih besar untuk kestabilan dan usahawan yang mencari perjalanan yang mudah ke lebih 150 negara dan wilayah, termasuk Kawasan Schengen dan hab perniagaan seperti Singapura, Hong Kong dan London.

St Kitts and Nevis terkenal kerana ia membina perhubungan diplomatik yang meluas dan usahanya ini telah membuahkan hasil, seperti yang diketengahkan dalam CBI Index terkini – satu kajian bebas yang diterbitkan oleh Professional Wealth Management Financial Times.  Program CBI St Kitts and Nevis, dianggap sebagai Standard Platinum industri, meraih kedudukan di atas podium CBI, berada di kedudukan nombor satu berhubung kemudahan pemprosesan, syarat-syarat perjalanan dan pemastautinan, dan usaha wajar.

Tatkala kemelut politik mencipta lebih banyak ketidaktentuan di seluruh dunia, jelas bahawa konsep memperoleh dua kerakyatan melalui pelaburan menawarkan satu penyelesaian kepada warga St Kitts and Nevis yang sedia ada dan warga ekonomi yang baharu diterima.

Hubungi: pr@csglobalpartners.com

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Not for profit