omniture

B Infinite Tingkatkan Penglibatan Pelanggan Dengan Smartech Netcore

Netcore Solutions Pvt. Ltd.
2018-09-10 12:28 967

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 September 2018 /PRNewswire/ -- Netcore Solutions mengumumkan bahawa B Infinite melaksanakan Awan Pengautomatan Pemasaran Smartech bagi membantu mereka mengurus penglibatan pelanggan dengan lebih baik.

B Infinite berharap Smartech Netcore akan dapat memberikan pulangan pelaburan (ROI) kempen yang lebih tinggi melalui komunikasi bersasaran dan diperibadikan, lalu menjurus kepada peningkatan penglibatan pelanggan.

Sorotan Utama

  • Pengurusan Silang Saluran & Paparan Bersepadu – Faedah utama melaksanakan awan pengautomatan pemasaran Smartech di B Infinite ialah kebolehannya mengurus dan mengukur komunikasi pelanggan silang saluran. Ini akan membolehkan B Infinite bukan sahaja melibatkan pelanggan merentasi saluran melalui platform tunggal, tetapi ia akan turut menyediakan mereka dengan paparan interaksi pelanggan bersepadu merentasi saluran.
  • Perjalanan-Pelanggan dan Penglibatan Pelanggan – Dengan paparan pelanggan bersepadu dan kebolehan untuk terlibat merentasi saluran, B Infinite menyasarkan untuk mencapai matlamat mereka bagi menyampaikan 'Pesanan yang Betul pada Masa yang Tepat' dan melalui saluran yang tepat berdasarkan profil dan tingkah laku pelanggan. Di samping itu, ia dapat dilakukan dengan cekap melalui pengautomatan dan perjalanan pelanggan yang dipetakan terlebih dahulu.
  • Kemudahan Penggunaan – Salah satu ciri positif yang penting untuk B Infinite ialah sifat mesra pengguna UI Smartech. UI digandingkan dengan templat responsif dan ciri-ciri seret dan lepas akan membantu mempercepatkan pembangunan dan penerimaan.
  • Sokongan Pakar – Sokongan bernilai tambah daripada pakar-pakar teknologi pemasaran Netcore akan membantu meningkatkan pasukan perkongsian dengan amalan terbaik, pengoptimuman kandungan dan perundingan berkaitan aliran kerja perjalanan pelanggan.

Bercakap mengenai pelaksanaan Grace Pak, Pengurus Besar, BLoyalty Sdn. Bhd. B Infinite, berkata, "Melalui jalinan kerjasama dengan Netcore, penglibatan pelanggan kami menjadi lebih sofistikated dan intim di samping memberikan ROI pemasaran yang lebih baik. Smartech merupakan impian yang menjadi kenyataan bagi pemasar."

Naib Presiden Kanan Netcore, Perniagaan Antarabangsa, Saket Jha berkata, "Bekerjasama dengan B Infinite adalah seperti bekerjasama dengan banyak jenama sekaligus. Rangkaian penglibatan pelanggan B Infinite yang pelbagai membantu kami meningkatkan keupayaan Smartech dan merupakan langkah seterusnya yang cemerlang untuk Netcore dalam pasaran Asia Tenggara. Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan mereka dan terus memberikan nilai bagi meningkatkan capaian pemasaran mereka."

Latar Belakang B Infinite 

B Infinite ialah program kesetiaan berbilang rakan kongsi yang unggul di Malaysia. Melalui platform ini, kami membantu rakan-rakan kongsi mengurus hubungan pelanggan, meningkatkan jualan dan menarik pelanggan baharu menggunakan maklumat dipacu data bagi memahami tingkah laku pelanggan dan mewujudkan perbualan secara bersemuka.

Ahli-ahli boleh mendapatkan BPoints dalam ekosistem ini yang melibatkan lebih 80 rakan niaga di seluruh negara. Mereka boleh MEMPEROLEH BPoints dan menggunakannya SEBAGAI TUNAI untuk MENEBUS item kegemaran mereka di lebih 4,000 lokasi seperti Starbucks, Caltex, Tealive, Kenny Rogers Roasters, Krispy Kreme Doughnuts dan banyak pasaran e-dagang seperti Lazada, Shopee, 11thStreet dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang B Infinite semak laman sesawang mereka https://www.binfinite.com.my.

Latar Belakang Netcore Solutions 

Netcore, Syarikat Teknologi Pemasaran global yang menawarkan penyelesaian untuk perusahaan yang menakrifkan semula Pemasaran Digital. Penyedia penyelesaian Pengautomatan Pemasaran, Analitik dan AI/ ML yang pertama dan terkemuka di India, Netcore ditubuhkan pada tahun 1997 oleh En. Rajesh Jain, seorang perintis Internet. Suit Pemasaran Digital Netcore turut melibatkan Pemasaran Emel Promosi dan Transaksi serta Pemasaran Mudah Alih.

Netcore bertindak sebagai tapak jenama-jenama yang kukuh, mewujudkan lebih 10 Bilion Hubungan Pelanggan dan mengendalikan lebih 30 Bilion Acara sebulan. Beribu pejabat di Mumbai, India, Netcore mempunyai pejabat-pejabat di SEA, MEA, UK, dan AS dengan kumpulan kakitangan seramai lebih 500 orang yang berada di 11 lokasi strategik.

Untuk maklumat lanjut tentang Netcore layari https://netcore.in/ dan untuk maklumat lanjut tentang Smartech layari http://www.netcoresmartech.com.

Butiran Maklumat Perhubungan
Yash Asher
yash.asher@netcore.co.in
+91-22-6662-8131

Source: Netcore Solutions Pvt. Ltd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements