omniture

Kemuncak Ekonomi Pintar Global bermula di Zhejiang Ningbo

China Economic Information Service
2018-09-11 22:18 653

NINGBO, China, 11 September 2018 /PRNewswire/ -- Ekspo Produk Teknologi dan Aplikasi Bandar Pintar Kelapan China (Ekspo Bandar Pintar) dan Sidang Kemuncak Ekonomi Pintar Global bermula di bandar Ningbo di timur wilayah Zhejiang China pada 7 September.

Dengan memberi tumpuan kepada ekonomi pintar dan pembangunan bandar pintar, acara ini menganjurkan aktiviti termasuk sidang kemuncak, pameran, majlis anugerah serta pertandingan pada September 7-9.

Secara khusus, sidang kemuncak ini mengumpulkan lebih daripada 1,000 perwakilan untuk forum utamanya, termasuk lebih daripada 100 pemimpin dan pegawai kerajaan, ahli akademik seperti pemenang Anugerah Turing 2015 Martin Hellman, serta usahawan dari China dan luar negera. Para peserta menyampaikan persembahan dan terlibat dalam dialog mengenai pencapaian dan trend terkini, penyelidikan dan teknologi canggih, dan masa depan ekonomi pintar.

Ekspo juga mempersembahkan pameran yang menampilkan teknologi baharu, produk baharu serta aplikasi baharu yang mempamerkan pencapaian ekonomi pintar Ningbo, dengan syarikat yang mengambil bahagian termasuk Microsoft, Amazon, China Mobile, China Unicom, Huawei, Baidu, Tencent, Alibaba, dan lain-lain.

Dalam pada itu, Majlis Anugerah Hijau & Bandar Pintar China-Eropah 2018 telah diadakan semasa Ekspo di Ningbo buat kali pertama.

Ekspo ini juga mengadakan Peraduan Inovasi dan Keusahawanan serta aktiviti pemadanan industri dan perusahaan, menyediakan platform untuk pertukaran dan kerjasama. (Disunting oleh Niu Huizhe, niuhuizhe@xinhua.org)

Hubungan Media: Wu Shuang, +86-10-63077787  

Source: China Economic Information Service
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Trade show news Financial Technology