omniture

RevitaLash® Cosmetics Teruskan Komitmen Tak Kenal Lelah terhadap Inisiatif Kesedaran Kanser Payudara

RevitaLash Cosmetics
2018-09-14 19:01 1103

Kempen Pink Jenama Tahunan Sokong Kanser Payudara Mulakan dengan Pemberian Global

VENTURA, California, 14 September 2018 /PRNewswire/ -- Penyokong mulia terhadap inisiatif-inisiatif kanser payudara sepanjang tahun, RevitaLash® Cosmetics julung kalinya memperkenalkan promosi Pink tahunannya, yang bermula pada 1 Ogos 2018 dan akan diteruskan sehingga bulan Oktober bagi menyokong dan meraikan bulan Kesedaran Kanser Payudara. Koleksi edisi terhad ini mengandungi RevitaLash® Termaju (3.5mL) atau RevitaBrow® Termaju (3.0 mL) yang memenangi anugerah dan menjadi idaman yang diletakkan di dalam beg kosmetik mewah berwarna putih berserta reben merah jambu yang dirayakan.

Melalui kempen ini, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif RevitaLash Cosmetics, Michael Brinkenhoff, M.D. memberi penghormatan dan meneruskan legasi mendiang isterinya, yang didiagnosis dengan kanser payudara metastatik pada usia 32 tahun. Jenama ini menyumbang sebahagian hasil daripada jualan RevitaLash Cosmetic sepanjang tahun.

"Kerja-kerja amal sentiasa menjadi keutamaan jenama RevitaLash Cosmetics. Kami berasa amat bangga dengan legasi kami dan memberi penghormatan kepadanya menerusi sokongan berterusan terhadap kesedaran kanser payudara sebagai sebahagian daripada ikrar Eternally Pink kami. Ia benar-benar dekat di hati seluruh keluarga RevitaLash Cosmetics," kata Dr. Brinkenhoff.

Tahun ini, RevitaLash Cosmetics meluaskan jejak kerja amalnya menerusi strategi pemberian peringkat global. Mulai saat ini hingga Oktober 2018, $2 daripada jualan setiap set hadiah promosi Pink akan disumbangkan kepada inisiatif-inisiatif kesedaran, penyelidikan dan pendidikan kanser payudara di seluruh dunia sehingga maksimum $50,000. Selain itu, untuk setiap perapi bulu mata dan alis mata yang terjual melalui revitalash.com mulai 15 September 2018 - 31 Oktober 2018, syarikat akan menyumbang satu RevitaBrow® Advanced kepada City of Hope Positive Image Center sehingga maksimum 1,600 unit.

Tawaran edisi terhad ini disediakan di rak kedai di spa, salun terpilih serta penjual barangan khusus dan juga secara dalam talian di revitalash.com.

Latar Belakang RevitaLash Cosmetics
RevitaLash Cosmetics ialah peneraju dunia dalam membangunkan produk-produk kecantikan bulu mata, alis mata dan rambut termaju. Ditubuhkan pada tahun 2006, koleksinya merangkumi Perapi Bulu Mata Termaju RevitaLash® dan Perapi Bulu Kening Termaju RevitaBrow® yang memenangi anugerah, dan boleh didapati melalui lebih 10,000 pejabat pakar perubatan, spa, salun dan penjual barangan khusus di seluruh dunia. Selaku penyokong inisiatif kanser payudara bukan untung, RevitaLash Cosmetics menderma sebahagian daripada hasil jualan kepada inisiatif penyelidikan dan pendidikan, bagi menyumbang kembali kepada komuniti kanser payudara sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan Oktober. Untuk maklumat, layari www.revitalash.com. [RevitaLash Advanced tidak dijual di California.]

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/653485/RevitaLash_Cosmetics_Logo.jpg

Source: RevitaLash Cosmetics
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility Women-related news