omniture

SecureCircle Umum Pengedar Asia Pasifik, NetBridge Technologies

SecureCircle
2018-09-14 20:17 993

MOUNTAIN VIEW, California, 14 September 2018 /PRNewswire/ -- SecureCircle, penyedia bagi perlindungan data keselamatan siber pilihan keluar yang sentiasa beroperasi, hari ini mengumumkan bahawa NetBridge Technologies yang berpangkalan di Taiwan akan menjadi pengedar Asia Pasifiknya. NetBridge, yang menyediakan penyelesaian rangkaian, storan dan keselamatan kepada syarikat-syarikat, telah menandantangani perjanjian untuk mengedarkan produk keselamatan perusahaan SecureCircle.

"Dengan ketirisan keselamatan harian, aspek keselamatan siber kekal menjadi kebimbangan utama kepada perusahaan-perusahaan seluruh dunia," kata Jeff Capone, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif SecureCircle. "Malangnya, pendekatan tradisional tidak lagi berkesan dalam persekitaran yang mengutamakan infrastruktur awan masa kini dan penting bagi syarikat-syarikat mendapat akses kepada teknologi-teknologi baharu yang direka khusus untuk dunia Tanpa Kepercayaan. Perkongsian kami dengan NetBridge merupakan langkah penting dalam meluaskan capaian kami dan membawakan teknologi baharu yang canggih kepada rantau Asia Pasifik agar syarikat-syarikat dapat melindungi salah satu aset mereka yang paling bernilai – data."

NetBridge akan menggunakan teknologi SecureCircle untuk menyediakan keselamatan data kepada pelanggannya, membantu melindungi data berharga mereka daripada ancaman dalaman dan juga luaran, tanpa mengira format yang digunakan atau bagaimana data dikongsikan. Selain peranan pengedarnya, NetBridge juga merupakan pelanggan, menggunakan SecureCircle untuk melindungi data tidak berstruktur mereka dan milik pelanggannya. NetBridge akan mengedarkan teknologi SecureCircle kepada syarikat-syarikat dalam semua jenis perusahaan, termasuk rawatan kesihatan, kewangan, pengilangan, media dan agensi kerajaan.

"SecureCircle ialah rakan kongsi yang ideal, menawarkan penyelesaian untuk menangani realiti keselamatan data dalam perusahaan hari ini," kata Eric Hsu, pengurus besar NetBridge. "Kami belum dapat melihat apa-apa jua yang lain dalam pasaran yang hampir menyerupai SecureCircle dalam menyediakan keselamatan dan kebolehgunaan yang terbaik. Bahkan, kami berasa amat kagum dengan teknologi SecureCircle yang membolehkan kami menjadi pelanggan dan juga pengedar."

Untuk mendapatkan butiran atau pertanyaan, hubungi support@netbridgetech.com.tw atau SecureCircle di info@securecircle.com

Latar Belakang NetBridge Technologies
NetBridge Technologies ialah pengedar bernilai tambah profesional yang mengkhusus dalam penyelesaian infrastruktur rangkaian, storan, Internet Komunikasi Benda (IoT) dan keselamatan siber. Berpangkalan di Taiwan, NetBridge turut menawarkan perkhidmatan kepada rantau Asia Pasifik, menerusi perkongsian di Indonesia, Malaysia dan Hong Kong. Ketahui lebih lanjut di NetBridgeTech.com.tw.

Latar Belakang SecureCircle
SecureCircle menawarkan perlindungan data pilihan keluar pertama untuk menangani cabaran keselamatan siber hari ini dalam dunia Tanpa Kepercayaan. Teknologi yang sedang menunggu paten ini mencegah ketirisan dan kehilangan data dengan melindungi data sensitif secara lalai dan membolehkan organisasi-organisasi memastikan keselamatan, keterlihatan dan kawalan data tidak berstruktur daripada ancaman dalaman dan luaran, tanpa mengira lokasi. Beribu pejabat di Mountain View, California, SecureCircle membantu organisasi-organisasi dalam rawatan kesihatan, kewangan, pengilangan, farmaseutikal, media dan kerajaan memenuhi keperluan keselamatan dan pematuhan data yang mencabar. Ketahui lebih lanjut di SecureCircle.com atau ikuti kami melalui Twitter dan LinkedIn.  

Perhubungan Akhbar:
Brooks Wallace, Hollywood Agency                                             
brooks@hollywoodagency.com
(781) 749-0077

Source: SecureCircle
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Licensing/marketing agreements