omniture

Ekspo Industri-industri Kebudayaan China Barat Pamerkan Kekayaan Warisan China dan 'Semangat Jalan Sutera'

West China Cultural Industries Expo
2018-09-15 03:49 1281

XI'AN, China, 15 September 2018 /PRNewswire/ -- Ekspo Industri-industri Kebudayaan China Barat ("Ekspo"), platform untuk menghimpunkan dan mempromosikan perniagaan kebudayaan terbaik dan paling inovatif di China barat, telah membuka tirainya di bandar purba Cina, Xi'an bagi mempamerkan kekayaan warisan wilayah tersebut, menyebarkan "Semangat Jalan Sutera" dan menghidupkan semula industri-industri kebudayaan dan pelancongan wilayah tersebut dengan bantuan teknologi digital.

Ekspo Industri-industri Kebudayaan China Barat Pamerkan Kekayaan Warisan China dan 'Semangat Jalan Sutera'
Ekspo Industri-industri Kebudayaan China Barat Pamerkan Kekayaan Warisan China dan 'Semangat Jalan Sutera'

Menerusi pameran utama, beberapa forum perindustrian, pertandingan seni dan persembahan, Ekspo ini mempersembahkan kegemilangan Xi'an, asal usul tamadun Cina dan titik permulaan Jalan Sutera purba kepada dunia. Acara ini bertepatan dengan ulang tahun kelima projek Jalan Sutera moden China, Inisiatif Jalur & Jalan (B&RI), yang bertujuan untuk menghubungkan China dengan negara-negara Eurasia melalui beberapa projek infrastruktur yang menyusuri laluan perdagangan purba.

Pelbagai karya seni yang indah oleh pakar seni Cina dari Wilayah Shaanxi dipamerkan semasa acara, di samping koleksi daripada muzium-muzium peringkat kebangsaan Shaanxi turut dipaparkan. Memanfaatkan internet, Ekspo ini membolehkan semua pempamer untuk memuat naik produk-produk mereka secara dalam talian untuk tontonan elektronik.

Bagi memanfaatkan peluang-peluang besar yang dibawa oleh B&RI, sebuah forum diadakan di Ekspo bagi membincangkan tentang perkembangan inovasi digital, iaitu industri baru muncul yang strategik di China yang meliputi aspek-aspek termasuk e-penerbitan, kartun, permainan, pendidikan dalatam talian dan realiti maya (VR). Industri ini berada di hadapan dalam revolusi teknologi dan dengan menerima teknologi digital, ia dapat memberi nafas baharu kepada tamadun purba China.

Ekspo ini telahpun memberi rangsangan kepada perniagaan pelancongan China barat dan meletakkan Xi'an dalam tumpuan dunia. Ia merupakan permulaan kepada Festival Pelancongan Antarabangsa Xi'an yang akan mengundang para pengembara dari dalam dan luar negara ke bandar yang telahpun menjadi destinasi pelancong antarabangsa dengan sejarahnya selama lebih 3,000 tahun dan mempunyai tarikan-tarikan yang terkenal di dunia seperti Pahlawan dan Kuda Terracotta serta Tembok Bandar purbanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.xbwbh.com/xbwbh/

Latar Belakang Ekspo Industri-industri Kebudayaan China Barat

Ekspo Industri-industri Kebudayaan China Barat kelapan yang diadakan di Qu Jiang, Xi'an, telah menarik lebih 800 pempamer dari 11 wilayah dan perbandaran di China barat, serta dari 12 negara dan kawasan termasuk Iran, Thailand, Kemboja, United Kingdom, Itali, Nepal, India dan Arab Saudi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180913/2236845-1

Source: West China Cultural Industries Expo
Keywords: Art Entertainment Asian-related news Trade show news