omniture

Suning Bantu Salone del Mobile.Milano Shanghai Siap Sedia Dengan Gaya Era Digital

Suning Holdings Group
2018-09-17 09:56 1163

- SUNING HADIRI THE RED NIGHT HARAPKAN ACARA TERBAIK SEUMPAMANYA --

SHANGHAI, 17 September 2018 /PRNewswire/ -- Suning, perusahaan peruncitan pintar terbesar China, diumumkan sebagai Rakan Kongsi Strategik Utama untuk Salone del Mobile.Milano Shanghai ke-3 telah memikat tetamu dengan pengalaman pengguna inovatifnya pada petang semalam di The Red Night, majlis pelancaran eksklusif untuk pameran yang diadakan pada November tahun ini.

Suning diumumkan sebagai Rakan Kongsi Strategik Utama Salone del Mobile.Milano Shanghai ke-3 di "The Red Night"
Suning diumumkan sebagai Rakan Kongsi Strategik Utama Salone del Mobile.Milano Shanghai ke-3 di "The Red Night"

Pemimpin-pemimpin industri berhimpun di Cha Villa beratmosfera untuk meraikan pameran dunia akan datang, yang berlangsung di Pusat Pameran Shanghai (SEC) mulai 22-24 November 2018. Salone del Mobile.Milano Shanghai ialah acara antarabangsa terkemuka untuk industri perabot dan rekaan dalaman yang menonjolkan kecemerlangan 'Buatan Itali'.

The Red Night yang menyaksikan lokasi tersebut dibanjiri dengan 'Salone Red', diikuti dengan sidang akhbar, yang memaklumkan kepada audiens tentang apa boleh diharapkan oleh mereka. Pameran tersebut melibatkan fungsi yang merangkumi produk Reka Bentuk, inovasi dan wajah hebat, berserta produk-produk xLux yang menggabungkan keanggunan klasik dengan reka bentuk kontemporari. Suning ialah rakan kongsi strategik utama bagi acara berkenaan.

Steven Zhang, yang ditempatkan di Milan yang mana beliau bertanggungjawab terhadap cita-cita antarabangsa syarikat berkata: "Usaha memajukan pasaran pengguna China mempunyai potensi besar untuk jenama-jenama reka bentuk dan pembuatan global. Suning selaku peruncit pintar, beraspirasi untuk memimpin pengguna tempatan, khusus generasi-generasi lebih muda dalam usaha mencapai gaya hidup yang bercitarasa dan diperibadikan yang dihimpunkan dari seluruh dunia. Sebagai rakan kongsi strategik utama Salone del Mobile, kami melihat hal ini sebagai peluang hebat untuk membawakan rekaan kelengkapan rumah eksklusif Itali, sekaligus menghubungkan beberapa minda paling kreatif dari dalam dan luar negara. Kami berharap dapat memberi contoh kepada komunikasi silang budaya dan menginspirasikan lebih banyak ceramah perniagaan inovatif antara China dan Itali dalam era digital."

Wakil Suning menyampaikan wain tersuai F.C. Internazionale Milano sebagai hadiah istimewa untuk acara yang cemerlang itu.
Wakil Suning menyampaikan wain tersuai F.C. Internazionale Milano sebagai hadiah istimewa untuk acara yang cemerlang itu.

Sebagai Peruncit Pintar yang terkemuka, Suning meneroka cara baharu untuk mencipta pengalaman produk dan perkhidmatan yang lebih ditambah baik dan diperibadikan untuk pengguna global. Dalam masa yang sama, pasaran Cina membangkitkan keinginan terhadap reka bentuk mewah dan keindahan berkualiti dan gaya hidup serta perhiasan Itali yang inovatif dengan pantas. Awal tahun ini, Suning membuka pejabat Milannya sendiri bagi meneroka perkongsian dengan jenama-jenama eksklusif yang ingin mengakses pasaran China.

Tahun ini akan menjadi edisi ketiga untuk Salone del Mobile.Milano Shanghai. Acara selama tiga hari itu menjanjikan lebih 40,000 pengunjung dengan keasyikan terhadap keindahan, kualiti, kemewahan reka bentuk dan keanggunan produk 'Buatan Itali'. Lebih 100 jenama Itali premium mengambil bahagian termasuk AGRESTI dan TechnoGym yang pernah menjalin kerjasama dengan Suning.

The Red Night turut dihadiri oleh tetamu-tetamu berprofil tinggi termasuk Michele Cecchi, Konsul Besar dari Itali di Shanghai dan Marco Sabetta, Pengurus Besar Salone del Mobile.Milano.

Suning mempunyai kepentingan dalam lapan industri termasuk Peruncitan Pintar melalui subsidiarinya Suning.com, peruncit 'O2O' (luar talian kepada dalam talian) yang terkemuka di China yang tersenarai dalam Fortune Global 500 tahun 2018. Syarikat turut memainkan peranan penting dalam Pameran Perdagangan Ekspo Import Antarabangsa China yang akan berlangsung mulai 5-10 November 2018. Berdepan dengan penaiktarafan penggunaan dalam pasaran pengguna Cina, Suning menyasarkan untuk terus meluaskan kerjasama perniagaannya dengan jenama-jenama berkualiti luar negara berkaitan barangan peribadi dan kehidupan rumah melalui peluang seluruh dunia sedemikian dan menjalin perkongsian yang lebih konstruktif bersama wakil-wakil perindustrian yang hebat.

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holding menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan milik bukan kerajaan di China dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.88 bilion RMB). Dengan misi untuk "Menerajui Ekosistem merentasi Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit untuk Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan, yang mana Suning.com berada dalam senarai Fortune Global 500 tahun 2017 dan 2018.

Untuk maklumat lanjut lihat www.suningholdings.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180914/2237871-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180914/2237871-1-b

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Fashion Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Licensing/marketing agreements