SUINING, China, 17 September 2018 /PRNewswire/ -- Pada 5 September, sesi sumbang saran "hijau" telah dijalankan di Suining, sebuah bandar yang terletak di wilayah Cina barat Sichuan. Pertemuan ini, dikenali sebagai "Persidangan Suining Ekonomi Hijau 2018", berjaya menarik hampir 300 pakar, ilmuwan dan usahawan Cina ternama. Mereka berhimpun di bawah satu bumbung dan terlibat dalam sesi pertukaran yang pelbagai fungsi dan mendalam berkaitan pembangunan hijau, dengan Suining sebagai titik tumpuan.
Pada tahun 2007, Suining masih merupakan sebuah kawasan yang masih belum dibebaskan daripada model pertanian tradisional yang telah lama berakar umbi. Namun demikian pada tahun tersebut, Suining berikrar untuk merintis laluan baharu dalam pembangunan, untuk mengubah tradisi yang berakar umbi dan untuk melangkah ke hadapan menuju masa depan.
Pada dekad lalu, kehijauan telah memberi kilauan baharu pada bandar. Melalui modifikasi struktur perindustrian, industri-industri tradisional telah digantikan dengan maklumat elektronik, jentera dan peralatan, pengilangan pintar, bahan baharu, logistik moden dan industri-industri baru muncul yang lain. Selepas sedekad pembandaran dan pembinaan hijau, kawasan bandar kini mempunyai taman per kapita dan kawasan hijau berkeluasan 12.86 meter persegi, dengan kadar litupan hijau lengkap sebanyak 41.35% dan kadar litupan padang rumput tidak lengkap sebanyak 37.47%. Tasik Guanyin, kawasan perairan di tengah-tengah bandar tersebut, mempunyai kawasan permukaan seluas 14.8 kilometer persegi dan Suining juga merupakan antara perintis di China yang memulakan pembinaan "bandar span". Dalam laporan "Keadaan Bandar-bandar China" edisi tahun 2018, yang diterbitkan bersama-sama UN Habitat dan Persatuan Perancangan Bandar China, foto bandar Suining menghiasi kulit depan dengan tema "Pembandaran Hijau di China". Bandar berlanskap ini juga telah meraih pelbagai anugerah yang menjadi rebutan dan gelaran yang menjadi idaman seperti "Bandar Dunia Hijau" dan "Bandar Taman Antarabangsa".
Antara 26 dan 27 September, Persidangan Sains dan Teknologi Pembangunan Hijau akan diadakan di Suining di bawah tema utama "Tenaga Bersih: Dorongan Baharu untuk Pertumbuhan Hijau". Pakar-pakar terkemuka, para ilmuwan dan perusahaan-perusahaan ternama dari dalam dan luar negara sekali lagi akan berhimpun dan bertukar-tukar pandangan mengenai topik-topik hangat seperti tenaga bersih dan simpanan tenaga, kenderaan tenaga baharu, pembiayaan hijau, kerjasama bandar hijau melalui "Satu Jalur Satu Jalan", pemulihan kawasan luar bandar dan pembangunan inovatif. Mereka akan menghasilkan penyepaduan terus antara sains, teknologi, pembangunan hijau dan semua aspek yang penting untuk orang ramai.