omniture

Brosur Pengembaraan Cox & Kings Menang Anugerah Emas PATA 2018

Cox & Kings Ltd.
2018-09-17 11:19 526

MUMBAI, India, 17 September 2018 /PRNewswire/ --

Meraikan ulang tahun ke-260, Cox & Kings Ltd., pengendali pelancongan paling lama dan terkemuka yang beroperasi di 22 negara memenangi Anugerah Emas Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang berprestij dalam kategori Media Pemasaran - Brosur Pengembaraan Pengguna. Penyertaan 'Pameran Berasaskan Pengalaman Perjalanan India' oleh Cox & Kings terpilih untuk pelbagai pencalonan oleh Panel Juri yang dihormati, terdiri daripada tokoh-tokoh dalam industri pengembaraan. Majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Malaysia mengiktiraf 32 penyertaan luar biasa daripada industri pengembaraan dan pelancongan.

Peter Kerkar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Cox & Kings berkata, "Penglibatan pelanggan amat bermakna buat kami dan kami sentiasa mencari kaedah-kaedah inovatif untuk mempamerkan dan mempromosikan tawaran kami kepada pengembara yang arif. Brosur Pengembaraaan kami direka dengan cara yang bukan sahaja dapat memaparkan tawaran dan pengalaman India yang meriah, tetapi turut menyediakan panduan yang komprehensif dan bermaklumat untuk membantu pengembara merancang perjalanan mereka dengan lebih baik. Kami amat berbesar hati kerana inisiatif pemasaran inovatif kami diiktiraf pada platform global seperti PATA."

Cox & Kings Ltd. ('C&K') ialah kumpulan pengembaraan libur dan pendidikan yang terkemuka yang beroperasi di 22 negara merentasi empat benua. Ia merupakan salah sebuah syarikat pengembaraan yang paling berpengalaman di dunia, yang telah beroperasi sejak tahun 1758. Beribu pejabat di India, C&K telah mengubah syarikatnya sejak tiga dekad lalu menjadi konglomerat pengembaraan yang pelbagai dan multinasional dengan tumpuan terhadap pengguna global era baharu.

C&K beroperasi dalam tiga vertikal utama; Libur, Pendidikan, Hotel Hibrid.

Sumbangan luar biasa Cox & Kings terhadap industri pengembaraan negara telahpun diketahui oleh semua. Menerusi inovasi-inovasi seperti 'Enable Travel' ('Dayakan Pengembaraan') - percutian unik untuk pengembara kurang upaya hinggalah jenama-jenama berkepakaran seperti ' Trip 360' untuk peminat pengembaraan, 'Getaway Goddess' untuk pengembara wanita dan 'Self Drive 365' yang ditetapkan untuk mengubah segmen lawatan pandu sendiri di India dan di mana-mana jua, Cox & Kings telah mencipta semula bidang ini.

Untuk butiran lanjut mengenai siaran ini, sila hubungi:
Thomas C. Thottathil
Ketua - Komunikasi Korporat,
Cox & Kings Ltd.
T: +91-22-22709100
E: thomasct@coxandkings.com

Sumber: Cox & Kings Ltd.

Source: Cox & Kings Ltd.
Keywords: Hotels and Resorts Travel Awards