omniture

The Ultimate Travelling Camp Menang Anugerah Emas PATA 2018 Berprestij

The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
2018-09-17 11:59 500

MUMBAI, India, 17 September 2018 /PRNewswire/ --

The Ultimate Travelling Camp (TUTC) telah menambah satu lagi pencapaian yang membanggakan dengan memenangi Anugerah Emas Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang berprestij untuk Video Promosi Pengembaraan dalam kategori media pemasaran. Majlis penyampaian anugerah yang diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Malaysia mengiktiraf 32 penyertaan cemerlang daripada industri pengembaraan dan pelancongan.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Cik Dhun Cordo, Pengasas Bersama, TUTC berkata, "Anugerah ini benar-benar mengiktiraf usaha kami untuk membawakan pengalaman pengembaraan yang unik kepada tetamu-tetamu kami di lokasi-lokasi hebat yang dipilih dengan teliti, demi membawa pengembara lebih daripada sekadar bersiar-siar dan memperkenalkan mereka dengan aspek-aspek berbeza mencakupi budaya, penduduk, tradisi dan cara hidup mereka. Melalui video pengembaraan kami, kami telah mencuba untuk mengungkapkan naratif pengalaman kebudayaan Ladakh yang beraneka menerusi tariannya, hidangan masakan, penduduk dan lanskap."

TUTC beroperasi di kawasan-kawasan yang belum diterokai di India, termasuk Chamba Camp, Thiksey (Ladakh), Chamba Camp, Diskit (Ladakh), Kohima Camp (Nagaland) dan Jaagir Lodge Dudhwa (Uttar Pradesh). Setiap hartanah mewah ini menyelitkan pengalaman yang mempromosikan kekayaan dan keunikan destinasi berkenaan. Chamba Camps memastikan perlindungan terhadap pelbagai aspek dalam cara hidup penduduk Ladakh dan pengamal agama Buddha, Kohima Camp yang bertepatan dengan festival Hornbill menyasarkan untuk memulihkan, melindungi dan memelihara tradisi 16 suku kaum asli Nagaland manakala Jaagir Lodge Dudhwa, pengalaman penginapan mewah membiasakan tetamu dengan inisiatif-inisiatif hidupan liar dan pemuliharaan yang mengujakan dalam ekosistem paling pelbagai di India.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi di talian +91-8010902222, emelkan kepada kami melalui info@tutc.com atau kunjungi laman sesawang kami http://www.tutc.com.

Perhubungan Media:
Chaitra Shetty
Emel: chaitra.shetty@tutc.com

Sumber: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)

Source: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel