omniture

Designer Parfums Umum Perubahan Kepimpinan

SA Designer Parfums Ltd
2018-09-17 15:00 797

WATFORD, England, 17 September 2018/ PRNewswire/ --

Struktur baharu persiapkan syarikat untuk manfaatkan pemerolehan strategik dan rebut peluang pasaran tambahan  

Designer Parfums hari ini mengumumkan perubahan organisasi yang jelas sekali menyelaraskan struktur dengan strateginya.

Syarikat, yang berada di laluan pertumbuhan yang dipacu oleh pembangunan organik dan pemerolehan, membina keupayaannya untuk membangunkan jenama-jenama menarik, mempercepatkan kemajuan dalam meluaskan jejak geografinya dan menyelaraskan operasi, seraya mendayakan lagi peluang untuk sinergi merentasi perniagaan. Hasilnya, ia berhasrat untuk terus merekrut bakat baharu demi mencapai cita-citanya.

Ketua Pegawai Operasi 

Santiago Alvarez dilantik bagi menyandang jawatan yang baru diwujudkan iaitu Ketua Pegawai Operasi. Baru-baru ini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Komersial Global untuk jenama-jenama khas Penhaligon's dan L'Artisan Parfumeur, setelah menyandang jawatan-jawatan kepimpinan di Puig, termasuk pasaran-pasaran seperti China, Eropah, Timur Tengah, Rusia dan Afrika.

"Santiago memahami jualan global, strategi menumpu pasaran, pembangunan jenama dan operasi serta memiliki rekod prestasi terbukti dalam mencapai potensi pertumbuhan jenama-jenama kecantikan di pelbagai saluran pengedaran merentasi pelbagai geografi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Designer Parfums, Dilesh Mehta.

Pengarah-pengarah Urusan Bersama 

Parag Vidyarthi menjadi bahagian penting dalam pasukan ini selama lebih 10 tahun, kini menjadi Pengarah Urusan Bersama dan memainkan peranan penting dalam membina perniagaan dan reputasi kami dalam pasaran.

Arkesh Shah telah disahkan untuk terlibat dalam pasukan Kepimpinan sebagai Pengarah Urusan Bersama, setelah memberi khidmat nasihat kepada Designer Parfums selama beberapa tahun, dan baru-baru ini menjadi perunding strategik untuk jenama penjagaan rambut Frédéric Fekkai, berikutan kerjaya yang cemerlang dalam Perbankan Pelaburan.

"Kami berasa amat berbangga dengan pencapaian pasukan kami selama ini dan kerja keras serta komitmen mereka membuatkan kami berasa yakin bahawa kumpulan individu ini, menerusi kepimpinan yang baik, dapat menyahut cabaran-cabaran tambahan. Kami berbesar hati untuk membawakan Arkesh secara rasminya ke dalam Designer Parfums yang telah mengetuai usaha pemerolehan Playboy dan Cerruti, untuk kini memantau penyepaduan kedua-duanya dalam perniagaan kami," kata Mehta.

Pengarah Pemasaran Global 

Sebagai sebahagian daripada kesungguhan syarikat untuk terus membangunkan jenama-jenama yang menarik, Designer Parfums bakal melantik Pascale Fontaine sebagai Pengarah Pemasaran Global.

Fontaine mempunyai kepakaran pemasaran global yang luas dan berjaya selama lebih 20 tahun dalam pembinaan jenama kecantikan dan pengurusan lesen, bagi kategori-kategori Minyak Wangi, Alat Solek dan Penjagaan Badan. Memulakan kerjaya beliau di Unilever, beliau menghabiskan masa sepanjang 17 tahun lalu di Coty yang mana baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Global Adidas Fragrance and Body Care.

"Saya berasa gembira dengan kehadiran Pascale dalam pasukan ini dan saya yakin tidak lama lagi beliau akan mula menyumbang kepada pertumbuhan jenama-jenama kami dan juga perniagaan kami," sambung Mehta.

Latar Belakang Designer Parfums 

Designer Parfums ialah sebuah syarikat UK yang mempunyai lebih 15 pengalaman dalam membangunkan, menghasilkan dan mengedarkan jenama-jenama kecantikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Portfolio jenamanya terdiri daripada Ghost, Hawaiian Tropic, Jennifer Lopez, Manish Arora, Naomi Campbell, Playboy dan Cerruti, antara lain.

Maklumat lanjut disediakan di http://www.designerparfums.com atau di contact@designerparfums.com

 

HUBUNGI: 
Santiago Alvarez, +44-1923-204450

Source: SA Designer Parfums Ltd
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Personnel announcements