omniture

Acara Peruncitan Cina Terkemuka -- CHINASHOP, tempat Peruncitan Baharu

CHINASHOP
2018-09-18 12:00 1134

KUNMING, China, 18 September 2018 /PRNewswire/ -- CHINASHOP ke-20 bakal diadakan di Kunming, China mulai 1 November hingga 3 November. Dengan ruang pameran berkeluasan 95,000 meter persegi, CHINASHOP mengundang syarikat-syarikat untuk meneroka Peruncitan Baharu China. Peruncitan Baharu tidak hanya terhad kepada transformasi mudah, penyusunan semula dan penyepaduan ekosistem runcit. Setiap perniagaan yang komited terhadap Peruncitan Baharu di China, bersaiz kecil mahupun sederhana, tidak pernah berhenti meneroka dan membangunkan pasaran yang baru ditemui ini. Setakat ini, Peruncitan Baharu muncul untuk menjadi enjin hebat bagi mendorong mereka yang mempercayainya untuk maju ke hadapan pada tahap kelajuan yang menakjubkan.

Bayangkan apa yang akan diperolehi oleh perusahaan sekiranya terdapat peluang keemasan untuk mereka mengetahui lebih lanjut mengenai Peruncitan Baharu Cina. CHINASHOP memberi beberapa petunjuk – penyelesaian pembayaran digabungkan dengan struktur baharu untuk format komersial, rantaian bekalan, logistik dan pengedaran, statistik data, pengalaman membeli belah serta reka bentuk dan paparan komersial berasaskan penggunaan. Atas dasar perkara-perkara penting ini sebagai sebahagian daripada sorotan utamanya, CHINASHOP kali ke-20, gala pameran peruncitan yang belum pernah berlaku sebelum ini, mengundang para pengunjung dengan penuh mesra dan bersungguh-sungguh memimpin mereka ke dalam beberapa senario hebat, yang mana mereka dapat melihat, menikmati dan menghargai apa yang dibawakan oleh Peruncitan Baharu, mengapa Peruncitan Baharu menjadi bualan dan bagaimana Peruncitan Baharu berfungsi; dengan Peruncitan Baharu Cina yang meliputi seluruh sesi CHINASHOP, pengunjung akan mendapat banyak idea bagi mengoptimumkan perniagaan peruncitan mereka.

Selain Peruncitan Baharu Cina, sesi CHINASHOP ini akan menarik kira-kira 1,000 perusahaan termasuk pempamer, tetapi tidak terhad kepada peralatan runcit, teknologi maklumat dan barangan istimewa. Tambahan pula, ia akan menarik lebih 55,000 pengunjung profesional, 40% daripada mereka merupakan pembeli profesional yang bertanggungjawab terhadap terminal peruncitan. Secara ringkasnya, CHINASHOP ialah platform yang glamor namun kaya sumber, berkedudukan baik untuk membantu perusahaan berhubung dengan sejumlah besar individu dalaman berkaitan peruncitan, bakal rakan kongsi, pembeli yang tertarik dan pembekal berkelayakan, selain membantu pengunjung memperoleh maklumat terkini tentang idea, produk, peralatan, teknologi dan apa sahaja yang berkaitan dengan industri peruncitan.

Masa Pembukaan CHINASHOP
Tempoh: 1 November (Khamis) hingga 3 November (Sabtu) 2018
Tempat: Pusat Pameran Antarabangsa Kunming Dianchi
Alamat: Jalan Huanhu Timur, Daerah Guandu, Kunming, China

Di CHINASHOP, akan terdapat peluang perniagaan yang tidak terhingga, serta forum yang merangsang pemikiran, persidangan dan ruang untuk pengunjung mendengar dan bertukar-tukar pandangan.

Hai Guo
+86-10-6801-9941
gh@ccfa.org.cn

Source: CHINASHOP
Keywords: Retail Trade show news Future Events