omniture

Forum China-ASEAN Information Harbor Galakkan Kerjasama Ekonomi Digital

gx.cri.cn
2018-09-18 17:01 613

NANNING, China, 18 September 2018 /PRNewswire/ -- Mulai 11 hingga 18 September, persidangan utama dan sembilan sesi subjek dalam Forum China-ASEAN Information Harbor kali ketiga diadakan di Nanning, Guilin dan Beihai. Seramai lebih 2,000 delegasi dan tetamu dijangka mengambil bahagian dalam acara ini yang mencapai rekod yang tinggi dari segi bilangan peserta dan keluasan acara.

Dialog-dialog peringkat tinggi diadakan semasa Forum melibatkan pelbagai topik, termasuk pewujudan lima platform kerjasama antara China dan negara-negara ASEAN untuk infrastruktur jaringan, kerjasama teknikal, perkhidmatan ekonomi dan perdagangan, perkongsian maklumat serta pertukaran antara individu, melaksanakan Inisiatif Jalur dan Jalan serta mendorong pembinaan China-ASEAN Information Harbor, Jalan Sutera Digital dan pintu masuk arah selatan. Dalam forum ini, pihak kerajaan bertindak sebagai platform manakala perusahaan memainkan peranan penting, dengan disertai oleh syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga dari seluruh dunia. Forum ini merangkumi mesyuarat, paparan hasil, promosi projek dan rundingan perdagangan serta perniagaan. Selain Sidang Kemuncak Logistik Global Huawei yang diadakan di Guilin pada 18 September, lapan sesi subjek yang lain termasuk Forum Kerjasama Industri Satelit dan Forum Pembangunan Kebudayaan berasaskan Rangkaian, kesemua forum yang lain telahpun berakhir.

Majlis penandatanganan projek-projek kerjasama ekonomi digital (Foto/Yang Bin)
Majlis penandatanganan projek-projek kerjasama ekonomi digital (Foto/Yang Bin)

Forum China-ASEAN Information Harbor tahun ini amat berhasil. Sekumpulan projek kerjasama telah ditandatangani, memberi dorongan padu terhadap pertukaran dan kerjasama antara China dan negara-negara ASEAN dalam bidang ekonomi digital. Dalam Majlis Penandatanganan Projek Kerjasama Tarikan Pelaburan Ekonomi Digital Guangxi yang diadakan di Nanning pada 13 September, organisasi-organisasi dan perusahaan-perusahaan dari China dan luar negara telah menandatangani 35 projek, termasuk 7 projek dengan kerjasama negara-negara ASEAN. Projek-projek ini sebahagian besarnya melibatkan pembinaan bandar pintar Guangxi, kemudahan perdagangan yang dipertingkatkan antara China dan negara-negara ASEAN, penyelarasan dan inovasi untuk penglibatan perusahaan dalam perkhidmatan kerajaan serta bantuan pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar.

Dalam Forum Inovasi & Pembangunan Industri Teknologi Maklumat Generasi Baharu yang diadakan di Beihai pada 14 September lalu, sebanyak 59 projek ditandatangani di lapangan dengan jumlah pelaburan mencecah lebih RMB20 bilion. Projek-projek ini melibatkan penubuhan stesen kerja ahli akademik di Zon Perindustrian Beihai oleh empat ahli akademik (Chen Guoliang, E Weinan, Zhao Fazhen dan Zheng Jianhua), Pelabuhan Maklumat Teluk Beibu CEC (Fasa II), Perikatan Industri Robot, institut AI cawangan Beihai, Ibu Pejabat dan Pusat Penyelidikan & Pembangunan wilayah Huaxin Mining, RedHorse Fund dan juga AsiaInfo.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180917/2239054-1

Source: gx.cri.cn
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Contracts