Penyelesaian baharu tingkatkan kualiti pengalaman dan kurangkan kos operasi sebagai sebahagian daripada Strategi Transformasi Digital Globe
VANCOUVER, British Columbia dan MANILA, Filipina, 18 September 2018 /PRNewswire/ -- Incognito Software Systems, penyedia penyelesaian pengurusan peranti dan perkhidmatan bertaraf global untuk penyedia perkhidmatan digital, hari ini mengumumkan Globe Telecom, Inc., salah satu pengendali perkhidmatan mudah alih, talian tetap dan jalur lebar yang terbesar dan paling pesat berkembang di Filipina, beroperasi dengan Penyelesaian Pengalaman Kediaman Digital Incognito. Dengan sistem pengurusan jarak jauh Incognito, Globe akan berupaya menyelesaikan isu-isu ketersambungan kediaman dengan lebih pantas dan meningkatkan seluruh pengalaman pelanggan dalam kediaman.
"Dengan mendigitkan dan melaksanakan interaksi jarak jauh ejen-ejen pusat panggilan kepada pengguna jalur lebar kediaman, penyelesaian Incognito akan menjadikannya lebih mudah untuk ejen perkhidmatan membantu pelanggan kami menyelesaikan masalah mereka dan terus menikmati perkhidmatan Globe At Home," kata Francisco Claravall, Naib Presiden Pembangunan Produk & Pengurusan di Globe Telecom. "Globe juga merancang untuk meluaskan penggunaan penyelesaian Incognito melalui penambahan teknologi rangkaian baharu, menggabungkan peranti baharu dan menghubungkan kepada saluran penjagaan yang proaktif," tambah Claravall.
"Incognito berbangga kerana menjadi elemen kritikal dalam strategi transformasi digital Globe," kata David Sharpley, Ketua Pegawai Operasi di Incognito. "Incognito akan menyediakan Globe dengan tahap baharu keterlihatan rangkaian mencakupi rangkaian tetap dan tanpa wayarnya untuk mencari dan menangani isu-isu rangkaian secara proaktif, selalunya sebelum kualiti perkhidmatan dipengaruhi."
Sumber:
Latar Belakang Incognito Software Systems
Incognito Software Systems Inc. menyediakan perisian dan perkhidmatan untuk membantu penyedia perkhidmatan digital mengurus dan menjana keuntungan daripada perkhidmatan jalur lebar. Lebih 300 pelanggan seluruh dunia, termasuk Cox, Claro, Globe, Foxtel dan SingTel, memanfaatkan penyelesaian Incognito untuk mempercepatkan pengenalan perkhidmatan jalur lebar inovatif melalui teknologi gentian, LTE dan kabel, di samping memberi pengalaman pelanggan yang hebat. Syarikat merupakan sebahagian daripada Volaris Group, sebuah kumpulan operasi yang berpangkalan di Toronto Constellation Software Inc. Layari http://www.incognito.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.
Latar Belakang Globe Telecom
Globe Telecom ialah sebuah syarikat telekomunikasi khidmat penuh yang terkemuka di Filipina, memenuhi keperluan pengguna dan perniagaan merentasi seluruh suit produk dan perkhidmatan termasuk perkhidmatan mudah alih, tetap, jalur lebar, sambungan data, internet dan perkhidmatan terurus. Syarikat induknya ialah Ayala Corporation dan Singtel yang merupakan pemimpin industri yang diperakui di negara dan rantau ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.globe.com.ph. Ikuti Globe Telecom melalui Facebook di www.facebook.com/GlobePH serta @enjoyglobe di Twitter dan Instagram.
Untuk maklumat lanjut: Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Incognito Software Systems Inc., Matt Mariani, Pakar Pemasaran Penyelesaian, +1.613.762.9968, matt.mariani@incognito.com; Globe Telecom, Inc., Yoly C. Crisanto, Naib Presiden Kanan, Komunikasi Korporat; Globe Telecom, Inc., Alamat Emel: gtcorpcomm@globe.com.ph, Bilik Akhbar Global: www.globe.com.ph/press-room, Twitter: @talk2GLOBE │ Facebook: www.facebook.com/globeph