omniture

Universum Siar Kedudukan Majikan Paling Menarik Dunia 2018

Universum
2018-09-19 21:00 761

NEW YORK, Sept. 19, 2018 /PRNewswire/ --

Majikan berpangkalan di AS Lebih Menarik Berbanding Sebelum Ini 

Universum menyiarkan keputusan kedudukan WMAE tahunan kali ke-10 daripada lebih 225,000 pelajar perniagaan dan kejuruteraan/IT dari 12 ekonomi terbesar sedunia. Kedudukan WMAE mengiktiraf organisasi-organisasi global yang dikenal pasti paling konsisten sebagai majikan berpotensi ideal mencakupi sekurang-kurangnya enam daripada 12 pasaran utama ini.

generated by system

generated by system

Kategori majikan yang diingini oleh pelajar 

Pelajar-pelajar perniagaan dan kejuruteraan/IT berkata mereka ingin bekerja dalam industri-industri yang hampir bertentangan, yang mana pelajar perniagaan sebahagian besarnya menumpu pada perkhidmatan kewangan dan profesional manakala pelajar kejuruteraan/IT menumpu pada perisian, aeroangkasa dan pengilangan. Namun dalam dunia sebenar, kebanyakan Majikan Paling Menarik di Dunia dari kedua-dua sisi berbeza ialah firma-firma FMCG, majikan-majikan automotif dan bank-bank.

Kedudukan Perniagaan 5 Teratas 2018:
1. Google (Tidak berganjak)
2. Goldman Sachs (Tidak berganjak)
3. EY (Ernst & Young) (Ke-4 pada tahun 2017)
4. Deloitte (Ke-6 pada tahun 2017)
5. KPMG (Ke-9 pada tahun 2017)

Kedudukan Kejuruteraan/IT 5 Teratas 2018:
1. Google (Tidak berganjak)
2. Microsoft (Tidak berganjak)
3. Apple (Tidak berganjak)
4. BMW Group (Ke-5 pada tahun 2017)
5. Intel (Ke-7 pada tahun 2017)

Maklumat penting untuk Bakat Perniagaan dan Kejuruteraan/IT  

Dalam kalangan bakat perniagaan dan teknologi, firma-firma perkhidmatan kewangan dan profesional telah menyaksikan kenaikan kedudukan yang paling ketara sepanjang lima tahun lalu, khususnya bagi Goldman Sachs, EY, The Boston Consulting Group dan McKinsey. Majikan-majikan dalam industri-industri ini adalah yang paling berkaitan dengan pilihan utama bakat-bakat tersebut: pendapatan masa depan yang tinggi dan latihan/pembangunan profesional. Setelah bertahun-tahun menunjukkan keputusan yang umumnya positif, majikan-majikan perisian, perkakasan dan elektronik telah menyaksikan penurunan kedudukan yang paling ketara tahun ini dalam kedua-duanya perniagaan dan kejuruteraan/IT.

Keseimbangan kuasa pastinya telah beralih sejak tahun 2009 apabila kedudukan WMAE bermula. Sebelum itu, majikan-majikan yang berpangkalan di Eropah terdiri sebanyak 52% daripada WMAE, namun kini, majikan-majikan berpangkalan di AS mendominasi kedudukan 50 teratas bagi Perniagaan dan Kejuruteraan/IT,  menggantikan rakan-rakan sejawat Eropah mereka yang kini mewakili 42% daripada majikan dalam kedudukan tahun ini. Pada tahun 2009, majikan-majikan daripada APAC hanya mewakili 2% daripada WMAE, tahun ini mereka mewakili nilai sederhana 6%, namun demikian kadar peningkatan ini diramalkan akan berlaku dengan pantas sepanjang dekad akan datang.

Universum ialah firma penyelidikan, perundingan dan pengaktifan dipacu maklumat yang mengkhusus dalam penjenamaan majikan. Untuk maklumat lanjut & kedudukan penuh, sila layari: https://universumglobal.com/wmae2018/

Jonas Barck
Ketua Pegawai Pemasaran Global
jonas.barck@universumglobal.com
+46-706-933-388

Source: Universum
Keywords: Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research