Mars Wrigley Confectionery jadikan petani pekebun kecil tumpuan dalam strategi besarnya
CHICAGO, 19 September 2018 /PRNewswire/ -- Mars Wrigley Confectionery, pembuat coklat selama lebih 100 tahun dan salah satu pembeli koko yang terbesar di dunia, hari ini melancarkan rancangan baharu untuk membaik pulih rantaian bekalan kokonya.
Dikenali sebagai Cocoa for Generations (Koko untuk Generasi-generasi), rancangan ini meletakkan kepentingan petani pekebun kecil sebagai keutamaannya, membantu melindungi kanak-kanak dan hutan, dan mewujudkan laluan untuk petani koko serta komuniti penanam koko berkembang maju. Koko untuk Generasi-generasi disokong oleh pelaburan sebanyak $1 bilion sepanjang 10 tahun dan menjadi tambahan kepada pelaburan Rancangan Lestari dalam satu Generasi yang diumumkan oleh Mars tahun lalu.
"Selama hampir 40 tahun kami telah berusaha untuk mencapai pengeluaran koko secara lestari," kata John Ament, Naib Presiden Global – Koko, Mars Wrigley Confectionery. "Meskipun kemajuan telah dicapai oleh kami, termasuk mencapai hampir 180,000 petani yang mendapat sijil kelestarian, kami tidak sabar dengan kadar kemajuan kami dan sektor koko secara keseluruhan. Kami tidak mempunyai kesemua jawapan namun, langkah pertama kami adalah untuk menjadikan petani sebagai tumpuan dalam cita-cita dan tindakan kami. Kami merancang untuk menginspirasikan pihak-pihak lain dan berganding bahu demi menjamin Koko untuk Generasi-generasi."
Meskipun tercapainya kemajuan penting, para penting tidak mengalami peningkatan dari segi pendapatan mereka atau keadaan hidup pada kadar yang mencukupi. Kanak-kanak terus bekerja dalam keadaan berbahaya manakala penebangan hutan terus berlaku dengan pertanian dijalankan di kawasan-kawasan hutan yang dilindungi. Mars percaya langkah perubahan diperlukan yang mana syarikat, masyarakat sivil dan kerajaan perlu berfikir dan bertindak dengan cara berbeza serta mengambil pendekatan baharu yang dapat mewujudkan laluan untuk petani koko, keluarga dan komuniti mereka untuk berkembang maju.
Koko untuk Generasi-generasi terdiri daripada dua tonggak:
Koko Bertanggungjawab Masa Kini
Melalui tonggak pertamanya, Mars menyasarkan untuk menjadikan 100 peratus daripada program Koko Bertanggungjawab diperoleh secara bertanggungjawab di seluruh dunia dan boleh dikesan menjelang tahun 2025. Koko Bertanggungjawab bermakna adanya sistem untuk menangani masalah penebangan hutan, buruh kanak-kanak dan pendapatan yang lebih tinggi untuk petani.
Khususnya, Mars berharap ladang-ladang yang menjadi sebahagian daripada program Koko Bertanggungjawab kami dapat menyediakan lokasi GPS berasaskan satelit untuk ladang yang membekalkan kokonya agar kami mempunyai jaminan bahawa koko berkenaan tidak diperoleh dari kawasan hutan yang dilindungi. Mars akan bekerjasama dengan pembekal dan pihak pengesah untuk meningkatkan program pemantauan dan pemulihan buruh kanak-kanak (CLMRS) yang digunakan dalam rantaian bekalan Koko Bertanggungjawabnya dan terus membantu meningkatkan pendidikan dalam komuniti penanam koko dengan tumpuan terhadap akses dan kualiti sekolah-sekolah.
Di samping itu, Mars akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi bagi memastikan model untuk premium yang dibayar oleh syarikat untuk koko yang dihasilkan secara bertanggungjawab dibaik pulih bagi memastikan petani mendapat bahagian premium yang lebih tinggi. Mars akan meneroka dan menggalakkan perubahan serta perkongsian seluruh sektor yang selanjutnya yang dapat membawa peningkatan pendapatan untuk petani.
Pendekatan baharu Mars terhadap koko melangkaui tahap piawaian pensijilan dan amalan semasa serta merupakan langkah perubahan daripada komitmen awal yang dibuat oleh Mars pada tahun 2009.
Sementera pendekatan baharu ini dilaksanakan, Mars akan mengekalkan tahap koko semasa yang disahkan dengan Rainforest Alliance dan Fairtrade serta bekerjasama dengan kedua-dua organisasi tersebut tatkala mereka terus mengukuhkan pelaksanaannya bagi meningkatkan piawaian dalam seluruh sektor koko. Mars memuji usaha kedua-dua organisasi pensijilan tersebut untuk mengaturkan petani individu ke dalam kumpulan dan koperasi, menyediakan latihan serta melaksanakan sistem pengurusan dalam kumpulan petani yang disahkan selain komited untuk berkolaborasi dengan mereka bagi meningkatkan kawalan audit, pengawasan buruh kanak-kanak, kebolehkesanan dan premium yang dibayar kepada petani. Tatkala usaha-usaha boleh diukur selanjutnya dilakukan, Mars akan terus mengalihkan jumlah kokonya kepada pendekatan baharu dan lebih padu ini.
Fairtrade berkata: "Kami memuji Mars kerana mengiktiraf peranan petani pekebun kecil sebagai keutamaan dalam sebarang rancangan besar dalam kelestarian koko. Tanpa kemajuan pendapatan untuk petani ini, transformasi seluruh sektor tidak dapat dilaksanakan. Kami memerlukan lebih banyak syarikat untuk menunjukkan kepimpinan dalam isu-isu dengan cara ini, yang mana atas sebab inilah kami berasa teruja dengan prospek untuk terus bekerjasama dengan Mars untuk meluaskan impak kami dengan cara yang dapat memberi lebih sumbangan kepada syarikat, sambil meletakkan petani sebagai keutamaan."
Rainforest Alliance kata: "Kita semua bersetuju bahawa terdapatnya keperluan untuk menjadi pengubah di lapangan untuk petani, keluarga mereka dan juga hutan," kata Britta Wyss Bisang, Ketua Rantaian Bekalan Lestari untuk Rainforest Alliance. "Kami memuji Mars kerana mengukuhkan komitmen mereka terhadap pengeluar koko dan kerana mengiktiraf bahawa langkah perubahan yang diambil di lapangan adalah perlu. Kami berharap dapat meneruskan hubungan kami dengan Mars memandangkan hal ini begitu selari dengan strategi kami yang memberi lebih tumpuan kepada kolaborasi antara pengeluar, NGO, syarikat dan kerajaan."
Koko Lestari untuk Masa Depan
Melalui tonggak keduanya, Mars berharap dapat menunjukkan bahawa langkah perubahan dalam pendapatan dan punca pendapatan petani dapat dilakukan. Dengan kerjasama bersama kumpulan global awal melibatkan seramai 75,000 keluarga petani koko dan pembekal koko, Mars merancang untuk menguji cara-cara meningkatkan produktiviti, pendapatan, ketahanan dan kelestarian keseluruhan melalui pempelbagaian tanaman dan pendapatan, program berdasarkan jantina, model perkampungan, simpanan dan pinjaman, serta rancangan pembangunan ladang.
Dalam masa yang sama, Mars akan bekerjasama dengan industri, pihak kerajaan dan rakan kongsi masyarakat sivil yang lain bagi mencari penyelesaian bersama dan hasil yang saling memberi faedah untuk keluarga petani koko. Mars akan terus berkolaborasi secara prakompetitif dengan rakan-rakan sejawat dan pembekalnya bagi mempercepatkan pembelajaran bersama melalui forum-forum industri termasuk Yayasan Koko Dunia dan platform CocoaAction mereka serta Inisiatif Koko Antarabangsa.
Latar Belakang Mars, Incorporated
Mars ialah sebuah perniagaan milik keluarga yang melakar sejarah selama lebih seabad dalam membuat pelbagai produk dan menawarkan perkhidmatan untuk orang ramai serta haiwan peliharaan yang disayangi mereka. Mengaut lebih $35 bilion jualan, syarikat merupakan sebuah perniagaan bertaraf global yang mengeluarkan antara jenama terbaik kegemaran dunia: M&M's®, SNICKERS®, TWIX®, MILKY WAY®, DOVE®, PEDIGREE®, ROYAL CANIN®, WHISKAS®, EXTRA®, ORBIT®, 5™, SKITTLES®, UNCLE BEN'S®, MARS DRINKS dan COCOAVIA®. Mars turut menyediakan perkhidmatan kesihatan veterinar termasuk Hospital Haiwan Peliharaan BANFIELD, Blue Pearl®, VCA® dan Pet Partners™. Beribu pejabat di McLean, Virginia, Mars beroperasi di lebih 80 negara. Lima Prinsip Mars iaitu Kualiti, Tanggungjawab, Kesalingan, Kecekapan dan Kebebasan mengilhamkan lebih 100,000 Rakan Sekutunya untuk mencipta nilai buat kesemua rakan kongsinya dan memberikan pertumbuhan yang mereka banggakan saban hari.
Untuk maklumat lanjut mengenai Mars, sila layari www.mars.com. Sertai kami di Facebook, Twitter, LinkedIn, Instagram dan YouTube.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/745536/Mars_Cocoa_for_Generations_graphic.jpg