omniture

Kejayaan Xi'an dalam Bantuan Kemiskinan Melalui E-Dagang bakal Direplikasi seluruh Negara APEC

Xi'an Municipal Government
2018-09-26 01:29 651

XI'AN, China, 26 September 2018 /PRNewswire/ -- Bandar purba Cina, Xi'an telah menjadi tuan rumah untuk Forum Perikatan Perniagaan E-Dagang APEC ke-7 ("Forum") yang ditaja oleh Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Kementerian Perdagangan China dan Pusat Perdagangan Elektronik Antarabangsa China serta disokong oleh Perikatan Perniagaan E-Dagang APEC (APEC ECBA) dan juga kerajaan Xi'an. Persidangan dan Ekspo E-Dagang Xi'an turut diadakan.

Forum ini, menumpu pada tema untuk membangunkan perdagangan inklusif dalam era digital, menarik lebih 30 pakar dan ahli akademik dari 16 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Rusia dan Korea. Peserta-peserta turut melibatkan lebih 300 pegawai dan usahawan, seperti pakar-pakar daripada APEC ECBA, wakil-wakil daripada ahli-ahli APEC dan firma-firma e-dagang yang terkemuka. Perbincangan bertumpu sekitar replikasi terhadap kejayaan model e-dagang, mempercepatkan penyepaduan ekonomi di rantau Asia Pasifik dan menggalakkan multilateralisme serta ekonomi terbuka.

Model bantuan kemiskinan Xi'an menggunakan e-dagang, yang diperkenalkan semasa majlis perasmian oleh Naib Datuk Bandar Xi'an, Fang Guanghua akan dihantar kepada APEC dengan nama APEC ECBA sebagai contoh kejayaan untuk digalakkan dan direplikasikan dalam ekonomi negara-negara anggota APEC.

"Xi'an, ibu kota Wilayah Shaanxi, China, telah melakukan kemajuan besar dalam membantu golongan miskin menggunakan e-dagang, seraya mencipta model pertumbuhan baharu dalam era digital," kata Fang Guanghua, naib datuk bandar Xi'an. "Model ini, sekiranya ditiru di seluruh rantau, dapat menjadi satu bantuan besar kepada berjuta-juta orang yang bergelut dalam kemiskinan tegar. Ini merupakan satu sumbangan yang amat besar yang dapat dilakukan oleh China demi mewujudkan dunia yang lebih baik untuk seluruh umat manusia."

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Xi'an bergiat aktif meneroka cara-cara baharu untuk membantu golongan miskin melalui e-dagang dengan cara yang bersasaran dan berkesan. Beberapa "model Xi'an" yang inovatif telah dicipta, seperti mempromosikan e-dagang di kampung-kampung yang ditambah baik dan keluarga miskin, atau mencari bantuan juga daripada perusahaan atau koperasi. Menyedari bahawa sesetengah negara agak ketinggalan dalam aspek e-dagang, tetapi mempunyai produk yang berciri, kerajaan Xi'an melaksanakan rancangan untuk membangunkan e-dagang di kawasan luar bandar dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan petani. Dengan cara ini, e-dagang dapat mejadi enjin pertumbuhan baharu dalam ekonomi luar bandar dan bantuan kemiskinan pula menjadi mampan. Dengan bantuan Internet, penternakan ayam itik menjadi pintar dan dipacu data, nilai penjenamaan dicipta dan jualan Internet menjadi suatu kebiasaan, tatkala Xi'an berusaha membasmi kemiskinan menggunakan model-model e-dagang yang inovatif.

Peserta-peserta dalam Forum turut berkongsi pandangan mereka bagaimana untuk membangunkan e-dagang di kawasan dan komuniti luar bandar, dan bagaimana pula untuk mewujudkan platform yang sama bagi mempercepatkan penaiktarafan industri-industri tradisional serta menggalakkan penyelarasan antarabangsa. Mereka bertukar-tukar idea dari pelbagai perspektif, bermula dengan model kerjasama dalam e-dagang kepada pemupukan bakat serta persediaan undang-undang dan peraturan. Cadangan yang membina turut dibuat dan pengalaman dikongsi berhubung aplikasi dan pembangunan e-dagang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.xian.gov.cn/ptl/def/def/index_1121_6774_ci_trid_2957895.html

 

Source: Xi'an Municipal Government
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Asian-related news Trade policy Trade show news