Codewise Bakal Jadi Penyedia Terbesar Dunia bagi Pengiklanan Pemberitahuan Tolakan
LONDON, 25 September 2018 /PRNewswire/ -- Codewise, penyedia pertama dalam industri bagi penyelesaian pengukuran dan pengurusan iklan dalam talian yang dikuasakan AI untuk pemasar digital, diiktiraf oleh Financial Times sebagai antara syarikat yang paling pesat berkembang di Eropah pada tahun 2017 dan 2018, hari ini mengumumkan ia telah mendayakan sokongan untuk Iklan Tolak pada platform pertukaran iklan Zeropark.
Iklan Tolak ialah format iklan seakan-akan natif yang berprestasi tinggi, disampaikan pada peranti mudah alih dan komputer meja dalam bentuk pemberitahuan tolakan, makluman boleh diklik yang amat menarik yang menghala semula penerimanya kepada tawaran promosi.
Sehingga kini, pertukaran iklan Zeropark telah menawarkan pelanggannya dengan tiga jenis format pengiklanan: iklan timbul halaman penuh, ubah hala domain diletakkan dan iklan dalam aplikasi. Dengan memperkenalkan Iklan Tolak, Zeropark kini mengembangkan inventorinya secara meluas bagi membolehkan pengiklan menambah kepada campuran pemasaran dengan saluran baharu yang berkecekapan tinggi untuk menarik dan mengekalkan pelanggan. Dengan lebih 300 juta pengguna yang telahpun melanggan melalui laman penerbitan, menerusi pengenalan Iklan Tolak, Zeropark kini bakal menjadi penyedia terbesar di dunia bagi pengiklanan tolakan.
Salah satu kelebihan utama Iklan Tolak ialah pengalaman pengguna. Berdasarkan pilihan keutamaan yang ditetapkan, penerima iklan disajikan dengan tawaran relevan yang tidak mengganggu biarpun ketika penerima tidak melayari internet. Ini bermakna, pengiklan dapat menyasarkan audiens yang amat terlibat dengan tepat dan memperoleh respons serta merta.
Sudahpun mendominasi dalam industri e-dagang, pengembaraan dan perkhidmatan, Iklan Tolak dapat memberikan kadar klikan yang tiada tandingan, jauh melebihi kadar 10%. Dengan itu, cirinya yang mudah mengatasi format iklan tradisional, Iklan Tolak merupakan pilihan cekap untuk mana-mana kempen, bermula dengan kesedaran jenama kepada pemerolehan dan pengekalan pelanggan baharu.
"Membuka pintu kami untuk pengiklanan tolak ialah titik perubahan untuk Zeropark memandangkan ia dapat mendayakan pemasar digital dengan mudah dan cekap untuk mencapai prestasi yang belum pernah terjadi sebelum ini," kata Mateusz Drela, Pengarah Urusan Zeropark. "Tambahan pula, selain menyokong iklan tolak, kini kami turut menjadi penyedia terbesar mereka dalam pasaran, dengan pangkalan data sebanyak lebih 300 juta pilih masuk. Akhir sekali, memandangkan iklan tolak sememangnya natif terhadap kepentingan pengguna, dan memandangkan pengguna dapat mengawal penuh langganan mereka, penyelesaian kami mematuhi GDPR sepenuhnya dan menjamin trafik bebas bot dan berkualiti tinggi."
"Trafik tidak sah dan penipuan iklan masih menjadi beberapa cabaran yang paling menggentarkan dalam industri pengiklanan. Codewise memanfaatkan penapisan bot secara manual dan automatik selain penyelesaian pihak ketiga untuk menyediakan pelanggan kami dengan trafik yang berkualiti tertinggi," kata Dr. John Malatesta, Presiden dan Ketua Pegawai Hasil di Codewise. "Pelaburan kami dalam Iklan Tolak membolehkan pemasar digital untuk mengelakkan iklan palsu dan mencapai tahap kebolehskalaan yang belum pernah dicapai sebelum ini. Dengan menjadi penyedia pengiklanan tolak yang terbesar di dunia, Codewise terus mendorong pertumbuhan eksponennya, yang telahpun memberikan syarikat kami pengiktirafan meluas sebagai salah sebuah syarikat teknologi yang paling pesat berkembang di dunia."
Latar Belakang Codewise
Ditubuhkan pada tahun 2011, Codewise ialah penyedia pertama dalam industri bagi penyelesaian pengukuran dan pengurusan iklan dalam talian yang dikuasakan AI untuk pemasar digital. Pada tahun 2017 dan 2018, Codewise diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat teknologi yang paling pesat berkembang di Eropah, menurut Financial Times dan Deloitte. Penyelesaian Codewise membantu ribuan perniagaan di 190 negara untuk mengesan, mengukur dan mengoptimumkan berbilion-bilion dolar perbelanjaan pengiklanan, meningkatkan kecekapan dan ROI yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Codewise kini mengesan lebih $2.5 bilion perbelanjaan iklan untuk beberapa jenama dan agensi iklan yang terbesar di dunia, termasuk $400 juta perbelanjaan iklan melalui Facebook. Ketahui lebih lanjut di www.codewise.com
Latar Belakang Zeropark
Zeropark ialah pertukaran trafik prestasi yang menghubungkan pihak pengiklan, rakan sekutu dan pasukan belian media dengan sumber-sumber trafik berprestasi tinggi pada waktu nyata. Ia menawarkan trafik yang dipilih teliti daripada ubah hala domain diletakkan, Aplikasi Mudah Alih dan Pop Premium, dan kini turut menyertakan Iklan Tolak. Ia membawakan pilihan penyasaran yang tangkas dan instrumen pengoptimuman berkuasa yang disokong oleh mekanisme pembelajaran mendalam, kesemuanya melalui antara muka yang mesra pengguna. Zeropark menyajikan 150 juta paparan iklan setiap hari. Ketahui lebih lanjut di www.zeropark.com.
Hubungi Perhubungan Awam: media@codewise.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/747274/Zeropark_Logo.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/659010/Codewise_logo1_Logo.jpg