omniture

Anna Boyiazis Raih Anugerah Fotografi Alfred Fried 2018 untuk Imej Keamanan Terbaik Tahunan

Alfred Fried Photography Award
2018-09-26 08:30 672

VIENNA, 26 September 2018 /PRNewswire/ --

Jurugambar AS menang menerusi laporan keberanian wanita di Zanzibar

Pada petang ini, dalam bilik-bilik Parlimen Austria, para pemenang pertandingan fotografi antarabangsa disampaikan dengan anugerah imej keamanan terbaik yang kini memasuki tahun keenamnya. Anugerah utama, Imej Keamanan Terbaik Tahunan 2018, yang dinamakan bersempena Pemenang Hadiah Nobel Keamanan 1911, Alfred Hermann Fried dari Austria, dan bernilai 10,000 euro, menjadi milik wartawan foto yang berasal dari California, Anna Boyiazis untuk siri foto beliau mengenai projek Panje: Wanita di kepulauan Zanzibar, yang merupakan sebahagian daripada Tanzania dan didominasi oleh undang-undang Islam, menuntut hak agar mengabaikan larangan wanita untuk berenang. Pihak juri memuji laporan foto oleh Boyiazis kerana menunjukkan suatu yang amat besar dalam sebuah kisah kecil: keinginan terhadap kebebasan dan penegasan diri oleh golongan wanita.

Anugerah khas untuk Gambar Tunggal Terbaik, bernilai 1 000 euro, menjadi milik wartawan foto, penulis dan aktivis hak haiwan Kanada Jo-Anne McArthur untuk foto proses menyelamat gorila yatim di Cameroon.

Menerusi imej keamanan, yang difahami sebagai keadaan rehat yang selesa dan selamat, Kaya Tasevska yang berusia 14 tahun dari Skopje, Macedonia memenangi anugerah Imej Keamanan Kanak-kanak Terbaik Tahunan, juga bernilai 1,000 euro.

Anugerah Fotografi Alfred Fried 2018 menerima 16,610 penyertaan oleh jurugambar dari 137 negara. Juri antarabangsa, diketuai oleh Lars Boering, pengarah urusan World Press Photo dan pengasas anugerah, Lois Lammerhuber, menganugerahkan pingat kepada empat jurugambar lain: Selma van der Bijl, Maryam Firuzi, Nora Lorek dan Constanza Portnoy.

http://www.friedaward.com

Bahan akhbar (gambar yang berjaya, kenyataan juri, gambar upacara) boleh dimuat turun daripada:
http://www.friedaward.com/presskit-2018.zip

Pertanyaan lanjut:
Lois Lammerhuber
+43-699-13583989 
lois.lammerhuber@friedaward.com

Source: Alfred Fried Photography Award
Keywords: Art Awards