NANJING, China, 27 September 2018 /PRNewswire/ -- UNISOC mengumumkan pelancaran rasmi jenama IC Test di Sidang Kemuncak IC China 2018. Dengan bertahun-tahun pengalaman teknologi dan hampir USD 500 juta pelaburan, UNISOC telah mewujudkan sistem jaminan kualiti untuk seluruh proses termasuk pembangunan produk dan pengujian pengeluaran, pengujian penyepaduan perisian, pengujian perkakasan, pengujian sistem, khidmat pelanggan dan pengujian serta membangunkan jenama perkhidmatan pengujian bersepadu yang diberi nama IC Test
IC TEST UNISOC terdiri daripada dua bahagian: I Test adalah singkatan untuk sistem kualiti ujian dalaman UNISOC manakala C Test adalah singkatan untuk sistem kualiti ujian pelanggan (Pelanggan). Sistem I Test meliputi keperluan ujian perkakas masuk dan penerimaan medan negara, menyediakan perkhidmatan interaktif 24*7 ; C Test dapat merealisasikan perkhidmatan ujian Android menyeluruh dengan antara muka yang ringkas dan mudah, yang menyumbang sebanyak lebih 20,000 senarai tindakan dan banyak lagi pada masa depan.
Dalam masa yang sama, pusat IC Test meliputi seluruh proses dalam pembangunan, pengeluaran dan pengujian cip serta menyokong pelanggan menerusi 5 jaminan kualiti yang berikut:
UNISOC memeterai perkongsian untuk makmal-makmal inovasi dengan China Mobile dan China Unicom serta memperoleh pengiktirafan daripada CNAS (Perkhidmatan Akreditasi Negara China untuk Penilaian Penyesuaian) bagi ISO17025 pada tahun 2016. Ia menyertai GCF (The Global Certification Forum) pada tahun 2017 dan bergelar makmal kerjasama Tahap-B oleh China Mobile pada tahun 2018.
John Rowland, naib presiden kanan dan ketua jurutera UNISOC, berkata, "Saya berasa amat berbesar hati untuk melancarkan jenama IC Test. UNISOC komited untuk menyediakan pelanggan dengan penyelidikan dan pembangunan teknologi termaju dan khidmat pelanggan sehenti melalui pemahaman mendalam tentang industri cip dan sokongan teknikal global yang kukuh. Dengan pelancaran jenama IC Test baharu, kami dapat membuka sepenuhnya sumber dalaman dan luaran serta bekerjasama dengan pelanggan dalam bidang cip mudah alih bagi menyediakan pelanggan dengan pengalaman pengguna terbaik dan bersama-sama mencapai kejayaan dengan pelanggan."