omniture

Permaisuri Rania Al-Abdullah, daripada Kerajaan Hashimiah Jordan, Duta Wanita PBB Anne Hathaway dan pelakon Winston Duke seru tindakan global untuk kesaksamaan jantina di Sidang Kemuncak HeForShe IMPACT

United Nations HeForShe
2018-09-27 22:38 955

NEW YORK, 27 September 2018 /PRNewswire/ -- Turut berlangsung di samping Sesi ke-73 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Rania Al-Abdullah, daripada Kerajaan Hashimiah Jordan, pelakon yang memenangi anugerah dan Duta Muhibah Global Wanita PBB, Anne Hathaway, serta pelakon dan aktivis Winston Duke menyertai pemimpin-pemimpin dunia, Ketua-ketua Pegawai Eksekutif global, presiden-presiden universiti dan para aktivis untuk mendedahkan penyelesaian rintis demi mencapai kesaksamaan jantina di seluruh dunia. Paling jelas, HeForShe melancarkan tiga produk berbeza di Sidang Kemuncak, hasil kerja Pejuang-pejuang HeForShe:

  • Penyelesaian Terbukti Bagaimana Mencapai Kesamarataan dalam Kepimpinan Global HeForShe: Muncul daripada hasil kerja oleh HeForShe IMPACT Champion PwC Network yang telah menggerakkan daripada 18% perwakilan wanita dalam pasukan Kepimpinan Globalnya menjadi 47% hanya dalam tempoh 15 bulan, penyelesaian menyediakan pelan tindakan untuk organisasi-organisasi lain.  
  • Penyelesaian Baru Muncul untuk Laporan Kesaksamaan Gender HeForShe, mengandungi 34 penyelesaian baru muncul yang konkrit bagaimana untuk mencapai kesaksamaan jantina. Penyelesaian ini dapat menangani pelbagai isu termasuk merapatkan jurang gaji antara jantina, menghapuskan keganasan berasaskan jantina dan seksual serta mencapai kesamarataan dalam seluruh masyarakat.  
  • Akhir sekali, HeForShe memperkenalkan Panduan Sekutu Lelaki untuk Kesaksamaan Jantina HeForShe – Panduan untuk Memahami dan Mengurus Emosi Anda, dibangunkan berasaskan program yang dipelopori oleh Kerajaan Finland, HeForShe IMPACT Champion, untuk terlibat dalam kerahan tentera bagi mencegah keganasan terhadap wanita.   

Mengalu-alukan penyelesaian tersebut, Anne Hathaway berkata, "Hari ini, lelaki berada di atas pentas bersama saya di sini kerana mereka ingin memecahkan sempadan besar yang menjadi penghalang kemajuan."

Pejuang-pejuang terkini HeForShe, diumumkan secara rasmi di Sidang Kemuncak ini ialah Lungisa Fuzile, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Bank; dan Setiausaha Agung Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia, Ahmad Alhendawi.  

Menjelang berlangsungnya acara, HeForShe melancarkan #MorePowerfulTogether, mengundang bangunan-bangunan mercu tanda di seluruh dunia untuk menutup separuh lampu mereka bagi menunjukkan kehilangan kuasa yang terjadi apabila wanita kurang diwakili. Sidang kemuncak menekankan pesanan ini dengan menghimpunkan para pejuang dari segenap masyarakat untuk menunjukkan bahawa kita sememangnya lebih berkuasa apabila bersama-sama.

Sebagai seruan untuk bertindak yang terakhir, Winston Duke berkata, "Sebagai seorang pelakon, saya sentiasa diberitahu bahawa tiada watak lakonan yang kecil; dan dalam dunia yang wujudnya keadilan jantina, saya mendapati bahawa penyataan adalah amat tepat. Buat setiap lelaki dan kanak-kanak lelaki yang mengikuti perbincangan ini pada hari ini, saya ingin bertanya: Saya HeForShe, anda bagaimana?"

VIDEO & IMEJ: PAUTAN 

LAPORAN DAN PRODUK: PAUTAN  

HeForShe ialah pergerakan perpaduan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk kesaksamaan jantina, bertindak sebagai pemecut untuk Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pergerakan ini melibatkan golongan lelaki untuk berdiri bersama-sama wanita sebagai penyokong kesaksamaan jantina. Sidang Kemuncak HeForShe IMPACT dianjurkan oleh Penaja Gelaran HeForShe BNP Paribas dan PwC Network.

Perhubungan Media: 
charlotteh@unops.org 
Tel: +1 917 442 6804

hilary.donnell@fleishman.com 
Tel: +1 480 363 7491

Source: United Nations HeForShe
Keywords: Women-related news