omniture

Emaar Hospitality Group Tawar Pengembara Global Citarasa Sebenar Masakan Dunia Menerusi Lebih 50 Restoran

Emaar Hospitality Group
2018-09-28 00:13 700

DUBAI, UAE, 28 September 2018 /PRNewswire/ --

Emaar Hospitality Group, sebuah perniagaan milik Emaar Properties dan Rakan Kongsi Rasmi Hotel & Hospitaliti Dubai Ekspo 2020, menawarkan para pengembara global dan para penggemar kehidupan mewah, dengan citarasa masakan dunia menerusi lebih 50 pilihan hebat di hotel-hotel dan restoran-restoran Syarikat.

generated by system

generated by system

Pilihan ini terdapat dalam 14 hotel di bawah tiga jenama hotel daripada Syarikat iaitu kemewahan premium Address Hotels + Resorts; gaya hidup mewah Vida Hotels and Resorts serta hotel berkualiti yang kontemporari Rove Hotels di Dubai selain Al Alamein Hotel di Mesir. Para pengembara global juga dapat meneroka pengalaman menjamu selera yang ditawarkan di Armani Hotel Dubai dan Armani Hotel Milan.

Bermula dengan citarasa antarabangsa kepada Jepun asli dan Arab tradisional serta gabungan masakan, restoran-restoran ini menonjol lantaran lokasi luar biasanya. Para tetamu dapat bergembira dengan masakan eksotik di Burj Khalifa, selaku ikon global selain outlet yang dipenuhi di seluruh Downtown Dubai dengan pemandangan The Dubai Fountain. Mereka dapat menjamu selera di tempat bersantai golf atau di tepi pantai, apapun pilihan mereka, mereka dapat memilihnya menerusi seleksi hebat daripada tawaran kulinari yang disajikan.

Terokai At.mosphere, Burj Khalifa, restoran istimewa yang menawarkan masakan kontemporari yang terletak di Tingkat 122 Burj Khalifa; La Serre, ditonjolkan melalui inovasi kulinarinya dan masakah Perancis di Vida Downtown; Sean Connolly di Dubai Opera, yang menandakan penampilan sulung serantau cef Sean Connolly; Toko, di Vida Downtown, buat para penggemar masakan Jepun; dan Katana, ditempatkan di Address Downtown, menghasilkan semula ruang istirehat robata dan sushi di Los Angeles Sunset Strip. Para tetamu juga mempunyai seleksi pilihan di Dubai Polo & Equestrian Club, Arabian Ranches Golf Club dan Dubai Marina Yacht Club.

Terokai masakan Argentine di Asado di Palace Downtown; citarasa Nezesaussi di Manzil Downtown dan Address Dubai Marina; hidangan masakan Mediterranean di Nineteen, iaitu di Address Montgomerie; dan hidangan antarabangsa di restoran The Daily di Rove Hotels. Tidak boleh ketinggalan ialah Lounge and The Restaurant di Address Boulevard dan Address Downtown manakala untuk hidangan masakan Thai, cubalah Thiptara di Palace Downtown.

Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata: "Restoran-restoran kami, yang terletak di lokasi-lokasi eksotik dan dikendalikan oleh ahli-ahli profesional berpengalaman, diselenggarakan bagi membawakan citarasa kulinari yang luar biasa. Para tetamu kami akan dimanjakan dengan pilihan yang menonjolkan kecekapan kami dalam operasi-operasi restoran."

Log masuk: http://www.addresshotels.com; http://www.vidahotels.com; http://www.rovehotels.com; http://www.armanihoteldubai.com; http://www.armanihotelmilano.com; http://www.alalameinhotel.com

Untuk butiran, hubungi:
Kelly Home
ASDA'A BM
+9714-4507600
kelly.home@bm.com

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Food/Beverages Hotels and Resorts Restaurants Travel New products/services