SHANGHAI, 28 September 2018 /PRNewswire/ -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), bakal menubuhkan "Pusat Perlindungan Harta Intelek dan Perkhidmatan Penyelesaian Pertikaian Komersial" (Pusat Khidmat IP) di lapangan, selain inisiatif-inisiatif perlindungan IP yang lain. "Kedai sehenti" untuk perkhidmatan harta intelek itu akan menyediakan khidmat runding, perkhidmatan perlindungan dan penyelesaian pertikaian kepada perwakilan oleh pakar-pakar daripada pelbagai jabatan kerajaan dan Suruhanjaya Timbang Tara Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa China. Perkhidmatan ini akan disediakan melalui pusat panggilan yang dibina khusus sebelum dan selepas acara dan juga di lapangan semasa ekspo berlangsung.
Wang Bingnan, Naib Menteri Perdagangan dan Pengarah Biro Import dan Eksport Antarabangsa China berkata, "Ekspo Import Antarabangsa China akan menjadi platform untuk melancarkan teknologi baharu dan juga produk baharu. Kami meletakkan kepentingan yang besar terhadap perlindungan harta intelek sebagai hal perdagangan yang saksama di pameran-pameran berkenaan. Hasilnya, kami bermatlamat untuk menjadikan CIIE sebagai contoh penting bagi perlindungan hak harta dengan memperkenalkan langkah-langkah baharu untuk melindungi kepentingan semua pihak yang terlibat dengan bersungguh-sungguh."
Pejabat Harta Intelek Perbandaran Shanghai dengan kerjasama beberapa jabatan kerajaan telah merumuskan beberapa saranan untuk penyeliaan dan rektifikasi pertikaian Hak Harta Intelek di China termasuk penggunaan tanda dagangan dan logo tanpa kebenaran. Dalam usaha untuk menyokong mereka yang menghadiri CIIE pada November ini dengan lebih baik, beberapa saranan ini akan diguna pakai oleh ekspo tersebut, termasuk:
Latar Belakang Ekspo Import Antarabangsa China
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), dianjurkan oleh biro Ekspo Import Antarabangsa China dan National Exhibition and Convention Center (Shanghai) Co., Ltd, ditaja bersama-sama oleh Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai. Sebagai pameran pertama seumpamanya, ia disokong oleh organisasi-organisasi antarabangsa termasuk WTO, UNCTAD dan UNIDO.