SHANGHAI, 29 September 2018 /PRNewswire/ -- Juneyao Air, Rakan Penghubung pertama Star Alliance, baru-baru ini mengumumkan rancangan suit perkhidmatan untuk pesawat 787 Dreamliner pertamanya, termasuk video promosi "Dream a Journey; Share a Trip" ("Impikan Pengembaraan; Kongsikan Perjalanan"), reka bentuk yang bagus pada tempat duduk dan ruang dalaman kabin serta corak khas pada badan pesawat 787. Pelbagai tawaran perkhidmatan yang unik bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri unggul pesawat premium dan bagaimana syarikat penerbangan ini kekal unik dan berbeza daripada pesaing-pesaingnya dengan misi untuk membawakan inisiatif jenama Juneyao Air, "Warm Journey Beyond Imagination" (Pengembaraan Mesra Di Luar Imaginasi).
Juneyao Air berharap agar tema "Impikan Pengembaraan; Kongsikan Perjalanan" menjadi sinonim dengan reka bentuk dalaman pesawat 787 Dreamliner Boeing, mengubah setiap penerbangan menjadi permulaan yang baik atau pengakhiran yang menyenangkan bagi perjalanan impian yang dinanti-nantikan atau yang baru berakhir buat penumpang. Syarikat penerbangan ini merancang untuk memperkenalkan beberapa ciri perkhidmatan baharu dalam kelas perniagaan: 29 tempat duduk rata sepenuhnya Thompson Vantage XL dengan konfigurasi 1-2-1 yang amat disesuaikan yang memberi ruang peribadi persendirian tambahan kepada penumpang dan menjamin pengalaman penerbangan yang lebih selesa. Tempat duduk direka dengan ciri urutan lembut, sumber cahaya berbilang fungsi yang boleh dilaras dan ruang simpanan yang lebih luas. Misi syarikat penerbangan ini adalah untuk mewujudkan pengalaman perjalanan yang lebih unggul, bergaya dan berbeza.
Kelas ekonomi menggabungkan susun atur 3-3-3, menjadikan penggunaan ruang pesawat berbadan lebar yang lebih cekap. Perancangan ruang kabin yang dioptimum dan tempat duduk Recaro CL3710 yang amat terkenal memberikan ruang kaki sehingga seluas 32 inci. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan sistem hiburan peribadi berdefinisi tinggi 12 inci Panasonic generasi seterusnya dan port USB berasingan. Selain itu, sandaran kepala tempat duduk boleh dilaraskan pada sembilan arah, demi memastikan penumpang yang rehat dan segar, meskipun setelah melakukan penerbangan yang panjang. Sistem komunikasi satelit dalam pesawat fluks tinggi generasi seterusnya memastikan pengembara sentiasa terhubung meskipun ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki.
Imej Juneyao Air sebagai pembawa yang mengutamakan keselesaan penumpang dapat dirasai di mana-mana jua dalam rekaan sebaik sahaja penumpang melangkah masuk ke dalam kabin. Pasukan pengurusan konfigurasi telah menyesuaikan khusus gabungan tujuh jenis cahaya dan bayang, yang mana dalam kepercayaan tradisional Cina, melambangkan tuah untuk kabin dan semua yang berada di dalamnya, dan dalam masa yang sama, menyediakan penumpang dengan pengalaman visual yang santai dan sedap mata memandang. Quentin Bisch, salah satu pembuat minyak wangi terkenal daripada Givaudan, menghasilkan minyak wangi istimewa yang eksklusif untuk syarikat penerbangan ini, seraya menambah haruman wangi yang menyenangkan kepada kabin yang dihiasi dengan selesa. Selain itu, perkhidmatan dalam pesawat juga menyediakan seleksi minuman beralkohol, hidangan ditempah khas dan minum petang istimewa.
Corak khas pada badan pesawat armada 787 Juneyao pasti menarik perhatian penumpang tatkala mereka menaiki pesawat. Pesawat 787 pertama akan menampilkan corak khas "Bunga Peoni Cina" yang melambangkan tuah. Sebagai bunga kebangsaan China, peoni membawa maksud keanggunan, kekayaan dan kegemilangan, yang menjadikan bunga tersebut padanan sempurna untuk imej jenama dan visi masa depan syarikat penerbangan. Tambahan pula, "Bunga Peoni Cina" pesawat 787 menyerupai "Bunga Peoni Cina" pesawat A320 sedia ada yang diwarnakan bagi meraikan ulang tahun kesepuluh syarikat dan menandakan kemunculan Juneyao Air ke persada yang mana kedua-dua penerbangan jarak dekat dan jarak jauh menjadi sebahagian daripada pelan hala tujunya. Sementara itu, pesawat 787 kedua, ketiga dan keempat akan diwarnakan dengan corak "Reben Cina". Idea menggunakan reben sutera Cina berwarna merah sebagai tema melambangkan kemasukan syarikat penerbangan ke dalam era baharu sekaligus menonjolkan sumbangannya terhadap inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan dan terus merealisasikan pembangunan berterusan dan impian penerbangan syarikat.
Pesawat Boeing 787 pertama dijadual untuk diserahkan di Seattle pada pertengahan Oktober. Selanjutnya, pesawat akan menawarkan perkhidmatan untuk laluan domestik antara Shanghai dan Shenzhen, Sanya, Chengdu dan Chongqing. Penerbangan antara benua oleh pesawat 787 dari Shanghai dijangka akan dilancarkan pada tahun 2019 dan akan terus meningkatkan pelan hala tuju globalisasi syarikat penerbangan ini. Oleh yang demikian, Juneyao Air bersiap sedia untuk mengalu-alukan pesawat Boeing 787 baharu ke dalam armadanya. Menerusi pembangunan pesat syarikat, para pengembara berkemungkinan akan melihat lebih banyak penerbangan Juneyao yang menghubungkan benua bersama, berperanan sebagai duta untuk budaya Cina dan bagi menjadikan setiap impian penumpang suatu kenyataan.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180925/2247276-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180925/2247276-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180925/2247276-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180925/2247276-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180925/2247276-1-e
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180925/2247276-1-f