omniture

Institut Terjemahan dan Interpretasi Universiti Hamad Bin Khalifa Undang Penghantaran Abstrak untuk Persidangan Antarabangsa Tahunan ke-10 di Qatar

Hamad Bin Khalifa University
2018-09-30 00:28 1171

DOHA, Qatar, 30 September 2018 /PRNewswire/ --

Dengan tema Terjemahan Melangkaui Sempadan, persidangan ini dijangka menarik ratusan ilmuan, ahli akademik dan penyelidik ke Doha  

Institut Terjemahan dan Interpretasi (TII) di Kolej Kemanusiaan dan Sains Sosial (CHSS) Universiti Hamad Bin Khalifa (HBKU) kini menerima penghantaran abstrak untuk Persidangan Terjemahan Antarabangsa Tahunan Kesepuluhnya. Acara selama dua hari itu dijadual berlangsung pada 26 dan 27 Mac 2019 dan bakal dianjurkan oleh Pusat Konvensyen Kebangsaan Qatar (QNCC) di ibu kota Negara Qatar, Doha. TII mengalu-alukan penghantaran abstrak daripada ahli akademik, pengamal dan ahli komuniti terjemahan dan interpretasi dari seluruh Afrika, Asia, Australia, Eropah, Amerika Utara dan Selatan, yang melabur, melalui teori atau amalan, dalam menyampaikan tema persidangan tahun ini, iaitu Terjemahan Melangkaui Sempadan.

generated by system

Edisi-edisi persidangan terdahulu menyaksikan penyertaan daripada ratusan pakar, penceramah dan ilmuwan tempatan, serantau dan antarabangsa yang diraikan dalam bidang penterjemahan dan interpretasi. Antara personaliti-personaliti ternama yang berhimpun di Doha dan menyumbang kepada platform bagi tujuan perkongsian ilmu serta sebagai pertukaran idea dan penyelidikan yang berkesan, beberapa peserta telah melibatkan penulis novel Fadia Faqir; Pengarah Urusan AJ+ Dima Khatib; serta Profesor dalam Terjemahan dan Pembikinan Filem di University of Roehampton Pablo Romero-Fresco. Di samping itu, Profesor Emerita daripada bidang Kajian Terjemahan di University of Manchester Mona Baker merupakan peserta terkini dalam persidangan TII. Senarai penceramah dalam persidangan terdahulu turut ditambah bagi melibatkan Profesor dalam Terjemahan dan Bahasa di New Sorbonne University Fayza El Qasem; serta Pengarah Eksekutif Digital di Al Jazeera Media Dr. Yaser Bishr

Dr. Amal Al Malki, dekan pengasas CHSS, berkata: "Sepuluh tahun lalu, TII bertujuan untuk mewujudkan forum antarabangsa bagi pertukaran profesional dan melanjutkan seni terjemahan dan interpretasi, meletakkan kedudukannya sebagai pemacu yang membawa impak terhadap pembangunan sosial ke arah masyarakat berasaskan pengetahuan. Oleh yang demikian, kepentingan persidangan tahunan ke-10 tahun ini merangkumkan usaha bagi memenuhi aspirasi ini, yang ditekankan oleh skop yang semakin menjadi antara disiplin dan seleksi penceramah jemputan yang amat disegani.

"Tema bagi Persidangan Terjemahan Antarabangsa Tahunan Kesepuluh akan menumpu pada aspek keterpinggiran sebagai cabaran utama dalam bidang penterjemahan dan interpretasi. Kami mengundang semua pemohon yang berminat untuk menghantar abstrak kertas kerja mereka yang meneroka isu-isu ini dari sudut pandang unik mereka, sama ada secara rentas disiplin atau dalam aspek yang lebih luas, demi menyediakan asas untuk mengadakan perbincangan yang berkaitan di persidangan."

Aspek-aspek tematik untuk Persidangan Terjemahan Antarabangsa Tahunan Kesepuluh ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada bidang baharu, landskap baharu dalam kajian dan amalan terjemahan; pindah silang dalam interpretasi, terjemahan audiovisual, terjemahan ciptaan, terjemahan sendiri; pertembungan dan perbezaan antara terjemahan, adaptasi dan pengantaraan; serta terjemahan melangkaui penapisan dan tabu. Persidangan ini turut mengundang para pemohon untuk menghantar kertas kerja yang meneroka aspek terjemahan melangkaui sempadan, menangani isu-isu industri yang jarang disebut dan cabaran terjemahan dalam pelbagai sektor dan bidang. Kertas kerja juga boleh menyentuh topik-topik selain daripada domain siasatan bagi kajian penterjemahan (kaedah, epistemologi dan teori) serta inovasi dalam penyelidikan dan aplikasi, menganalisis amalan seperti terjemahan kolaboratif, penyumberan ramai dan terjemahan berasaskan peminat.

Penghantaran abstrak hendaklah sekurang-kurangnya dalam 300 patah perkataan, sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab, yang merupakan bahasa rasmi persidangan dan haruslah menyertakan prakata tentang kepentingan kajian, penerangan ringkas mengenai kaedah asas yang diguna pakai, petunjuk yang jelas tentang dapatan kajian dan aspek tematik yang dipilih daripada senarai yang dicadangkan untuk edisi persidangan tahunan ini. Penghantaran abstrak hendaklah menyertakan afiliasi institusi pemohon, maklumat perhubungan dan biografi ringkas tidak lebih daripada 100 patah perkataan. Tarikh akhir penghantaran kertas kerja adalah pada 25 Oktober 2018. Hadirin yang terpilih akan berpeluang membentangkan kertas kerja mereka di persidangan dalam tempoh 20 minit dan menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh rakan setara mereka dan hadirin dalam tempoh 10 minit.

Bidang penterjemahan dan interpretasi merupakan wadah yang berkuasa apabila digunakan dengan berkesan dalam perkhidmatan berasaskan sosial atau komuniti serta membuka laluan kepada ekonomi global yang lebih inklusif.

Calon-calon peserta yang berminat untuk menghantar kertas kerja cadangan sempena persidangan 2019 boleh berbuat demikian secara dalam talian di http://www.tii.qa/10th.

Latar Belakang Universiti Hamad Bin Khalifa

Menginovasi Hari Ini, Membentuk Masa Depan  

Universiti Hamad Bin Khalifa (HBKU), anggota Yayasan Qatar untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Masyarakat (QF), ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai sebuah universiti intensif penyelidikan yang bertindak sebagai pemangkin demi perubahan transformatif di Qatar dan wilayah ini sekaligus memberi impak global. Terletak di Bandar Pendidikan, HBKU komited untuk membina dan memupuk keupayaan manusia melalui pengalaman akademik yang diperkaya, ekosistem inovatif dan perkongsian yang unik. HBKU menyediakan program-program ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana pelbagai bidang melalui kolej-kolejnya, serta menyediakan peluang-peluang penyelidikan dan biasiswa melalui institut-institut serta pusat-pusatnya. Untuk maklumat lanjut tentang HBKU, layari http://www.hbku.edu.qa.

Hubungi: Ysa Chandna +974-332-58-311   

Sumber: Hamad Bin Khalifa University

Source: Hamad Bin Khalifa University
Keywords: Education Future Events