omniture

National Comprehensive Cancer Network Pindahkan Ibu Pejabat Global ke Plymouth Meeting, PA

National Comprehensive Cancer Network
2018-10-01 10:05 574

Lokasi baharu betul-betul terletak di luar Philadelphia bakal menampung operasi yang semakin berkembang dikhususkan untuk meningkatkan penjagaan kanser seluruh dunia  

PLYMOUTH MEETING, Pennsylvania, 1 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®) berpindah ke ibu pejabat baharu di Plymouth Meeting, Pennsylvania, berhampiran Philadelphia. Perikatan bukan untung yang terdiri daripada 27 pusat kanser akademik terkemuka di A.S. berpindah dari Fort Washington, Pennsylvania. Lokasi baharu ini akan membolehkan kapasiti pengehosan yang lebih luas untuk mesyuarat, tetamu dan kakitangan yang semakin bertambah.

"Bangunan baharu ini hanyalah satu contoh bagaimana NCCN meningkatkan kebolehan kami untuk menangani pelbagai keperluan pesakit yang menghidap kanser dan para doktor yang menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk mereka, di seluruh dunia," kata Robert W. Carlson, MD, Ketua Pegawai Eksekutif, NCCN. "Keupayaan meluas kami membolehkan kami melakukan lebih banyak lagi setiap hari untuk meningkatkan kualiti, keberkesanan dan kecekapan penjagaan kanser agar pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih baik."

NCCN Guidelines® memperincikan keputusan dan intervensi pengurusan berturutan untuk 97 peratus kanser malignan. Pada tahun 2018, setakat ini, organisasi tersebut telah menambah lima NCCN Guidelines® baharu, empat NCCN Guidelines for Patients® baharu, empat NCCN Harmonized Guidelines for the Caribbean™ dan kini sedang mengusahakan 17 NCCN Harmonized Guidelines for Sub-Saharan Africa™ tambahan. Pada masa kini, terdapat lebih 160 Penyesuaian dan Terjemahan antarabangsa untuk NCCN Guidelines® yang disediakan dalam 11 bahasa berbeza di NCCN.org atau melalui aplikasi.

"Tinjauan antarabangsa berkali-kali menunjukkan bahawa pakar onkologi di seluruh dunia bergantung pada NCCN Guidelines untuk sentiasa mengetahui perkembangan terkini mengenai penjagaan kanser terbaik yang berdasarkan bukti," sambung Dr. Carlson. "Dengan mengembangkan program global kami, kami lebih berupaya untuk menyahut cabaran bagi menjadikan NCCN Guidelines bermanfaat sebaik mungkin mencakupi pelbagai persekitaran dan keadaan."

Latar Belakang National Comprehensive Cancer Network
National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®), sebuah perikatan bukan untung yang terdiri daripada 27 pusat kanser terkemuka yang mengkhusus kepada penjagaan pesakit, penyelidikan dan pendidikan, berdedikasi untuk meningkatkan kualiti, keberkesanan dan kecekapan penjagaan kanser agar pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Melalui kepimpinan dan kepakaran ahli-ahli profesional klinikal di Institusi-institusi Ahli NCCN, NCCN membangunkan sumber-sumber yang membawakan maklumat berharga kepada pelbagai pemegang kepentingan dalam sistem penyediaan penjagaan kesihatan. Sebagai penimbang tara bagi penjagaan kanser yang berkualiti tinggi, NCCN menggalakkan kepentingan penambahbaikan kualiti yang berterusan dan mengiktiraf kepentingan dalam mewujudkan garis panduan amalan klinikal yang sesuai untuk digunakan oleh pesakit, doktor dan pembuat keputusan penjagaan kesihatan yang lain. Ikuti @NCCNnews melalui Twitter dan @National.Comprehensive.Cancer.Network di Facebook.

Perhubungan Media:
Rachel Darwin
267-622-6624
darwin@nccn.org

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/441768/NCCN_Logo.jpg

Source: National Comprehensive Cancer Network
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services Not for profit