omniture

Link Financial Group Lantik John Kerr sebagai Pengerusi

Link Financial Group
2018-10-03 02:06 1073

LONDON, 3 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

Link Financial Group, salah sebuah firma pengurusan pelaburan alternatif yang terkemuka di Eropah dan pemberi perkhidmatan pinjaman pengguna dan PKS yang beroperasi di bawah jenama-jenama LCM Partners dan Link Financial, hari ini mengumumkan pelantikan John Kerr sebagai Pengerusi.

John akan menggantikan Philippe Paillart apabila Philippe bersara daripada Lembaga setelah 19 tahun bersama Kumpulan tersebut. John mempunyai pengalaman yang ekstensif dan luas dalam memimpin perniagaan global, paling terbaharu sebagai Naib Pengerusi Perundingan Global di Deloitte dan terdahulu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perundingan Global Deloitte.

Mengulas tentang pelantikan beliau, John Kerr berkata: "Saya berbesar hati untuk menyertai Link Financial Group sebagai Pengerusi setelah bekerja dengan pasukan ini sejak 10 tahun lalu. Mereka mempunyai pemikiran yang memandang ke luar dengan kebolehan untuk melihat peluang pelaburan yang unik. Perkongsian strategik yang terkini bersama Brookfield Asset Management untuk meluaskan platform ke dalam pasaran-pasaran baharu akan memanfaatkan keupayaan kedua-dua firma dan saya berharap dapat menyertai mereka dalam fasa pertumbuhan dan pembangunan seterusnya."

Paul Burdell, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif menambah: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Philippe atas sumbangan, kepakaran dan kesetiaan yang tidak ternilai sepanjang tempoh 19 tahun lalu. Pengalaman dan persahabatan bersama beliau tentunya akan amat dirindui dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Philippe untuk masa depan. Saya telah mengusahakan projek-projek bersama John selama bertahun-tahun dan saya telah melihat sendiri interaksi beliau dengan pelanggan, pembekal dan pasukan. Apabila John menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan Deloitte, saya yakin beliau akan menjadi Pengerusi yang tepat untuk bekerja bersama-sama pengasas kami, pihak pengurusan serta Brookfield dan kami berasa berbesar hati dengan penyertaan beliau bersama kami."

Catatan untuk Editor:
Latar Belakang LCM Partners

LCM ialah pengurus aset alternatif terkemuka di Eropah yang berpangkalan di London, mengkhusus dalam pembelian portfolio-portfolio pengguna pinjaman keseluruhan dan kredit PKS. Menawarkan kepakaran yang tiada tandingan dalam melabur dan mengurus portfolio kredit, LCM mempunyai kira-kira €3 bilion modal yang dikeluarkan dan/atau modal komited dan telah melabur dalam lebih 2,500 portfolio pinjaman berbayar, dijadual semula dan tak berbayar.

LCM pernah memenangi beberapa anugerah industri pelaburan, termasuk Pengurus Pelaburan Alternatif Terbaik Tahun 2017 European Pensions, yang diikuti dengan kemenangan berganda menerusi anugerah-anugerah Private Debt Investor 2016 sebagai Pengurus Hutang Bermasalah Eropah dan Pengumpulan Dana Eropah terbaik tahunan. Anugerah-anugerah ini menjadi bukti rekod prestasi yang dibina olah pasukan, memberikan IRR tak leveraj sebanyak 14.8% sejak tahun 1999.

Kini, LCM mengatur modal untuk strategi Peluang Kredit LCM III, yang mana pengumpulan dana ditutup pada tahun 2016 dan melancarkan strategi Peluang Pengasalan dan Peminjaman Strategik 'SOLO' pada Mac 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang LCM di http://www.lcmpartners.eu .

Latar Belakang Link Financial

Link menyediakan institusi kewangan, pelabur dan penyedia kredit lain di Eropah dengan penyelesaian pengurusan pinjaman, pembelian hutang dan perkhidmatan siap sedia. Link mengurus kira-kira 3 juta akaun pelanggan dan €25 bilion aset yang sepadan dan menggaji kira-kira 700 kakitangan merentasi 10 pejabat Eropahnya.

Link ialah salah satu ahli pengasas bagi industri kredit dan pengumpulan moden di Eropah dan mendepani inovasi sejak itu. Platform operasi proprietari Link membolehkan perniagaannya menyediakan perkhidmatan untuk pelbagai jenis aset dari dalam dan luar industri perkhidmatan kewangan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Link di http://www.linkfinancial.eu .

Latar Belakang Brookfield

Brookfield Asset Management Inc. ialah pengurus aset alternatif global yang mempunyai lebih US$285 bilion aset bawah pengurusan. Syarikat melakar sejarah selama lebih 100 tahun memiliki dan mengendalikan aset dengan memberi tumpuan terhadap hartanah, kuasa boleh diperbaharui, infrastruktur dan ekuiti persendirian.

Brookfield menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan pelaburan awam dan persendirian, serta tersenarai bersama-sama dalam bursa saham New York, Toronto dan Euronext, masing-masing di bawah simbol BAM, BAM.A dan BAMA.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang syarikat di http://www.brookfield.com.

Pertanyaan Media:
LCM Partners
Paul D Burdell
T: +44-203-457-5050
paulburdell@lcmpartners.eu

LCM Partners
James Hogan
T: +44-203-198-8637
jhogan@lcmpartners.eu

Source: Link Financial Group
Keywords: Banking/Financial Service Mutual Funds Contracts Personnel announcements