omniture

Kalendar 2018-19 Litar Yas Marina 'Sentiasa Bersedia' Dengan Pengumuman Pertandingan Sukan Bermotor Serba Baharu

Yas Marina Circuit
2018-10-03 18:46 877

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 3 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

Abu Dhabi bakal anjur perlumbaan pembukaan Kejohanan Rallycross Dunia FIA 2019 - yang pertama di Timur Tengah.  

Litar Yas Marina memperkenalkan kalendar acara yang paling komprehensif dan dinamik setakat ini, menerusi rangkaian luas aktiviti sukan bermotor dan komuniti yang menarik dirancangkan.

generated by system

Demi menunaikan janji 'Sentiasa Bersedia' olehnya, Litar Yas Marina sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab sepanjang tahun yang bertaraf dunia untuk acara-acara sukan berkuasa tinggi.

Dalam satu perkembangan baharu yang menarik untuk kalendar 2018-19, Litar Yas Marina akan menganjurkan perlumbaan pembukaan bagi Kejohanan Rallycross Dunia FIA.

Bakal diadakan sepanjang hujung minggu 5 hingga 6 April 2019, acara tersebut akan menjadi kali pertama kejohanan berkenaan berkunjung ke Timur Tengah dan menjadi rangsangan selanjutnya terhadap kelayakan dan warisan sukan Litar Yas Marina.

Para peminat perlumbaan boleh mengharapkan hujung minggu yang padat dengan hiburan di luar litar menerusi aksi di litar perlumbaan yang mengujakan dan beberapa pemandu yang paling berbakat di dunia bersaing untuk meraih kemenangan menerusi kategori-kategori kereta Super dan RX2 yang mendebarkan dalam Kejohanan tersebut.

Musim Kejohanan Rallycross Dunia FIA dijamin akan dilepaskan dengan permulaan yang riuh rendah di Litar Yas Marina hasil sokongan pemegang-pemegang kepentingan penting iaitu Majlis Sukan Abu Dhabi (ADSC), Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan (DCT), Miral, dan Aldar.

Bersama beberapa pemandu Rallycross yang terbaik di dunia bersaing antara satu sama lain, para peminat boleh mengharapkan untuk terpesona dengan demonstrasi aksi sukan bermotor yang mendebarkan, menampilkan versi-versi kereta pengeluaran biasa yang berkuasa, diubah suai dengan banyaknya dan sangat bergaya.

Mohammed Ben Sulayem, Presiden Kelab Automobil & Pengembaraan UAE, berkata: "Acara bertaraf antarabangsa ini akan membantu meneruskan warisan UAE yang sedia kukuh untuk bersaing dalam acara-acara sukan bermotor utama dan menganjurkan perlumbaan kejohanan selain menginspirasikan generasi baharu daripada kalangan bintang perlumbaan yang berbakat untuk bersaing pada peringkat tertinggi."

Al Tareq Al Ameri, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Yas Marina menambah: "Dengan musim baharu diakhiri oleh acara-acara sukan utama, iaitu FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2018 pada bulan November dan Kejohanan Rallycross Dunia FIA pada bulan April, kalendar acara tahun 2018-19 berjanji untuk menjadi yang terbesar setakat ini dan menonjolkan sepenuhnya bahawa Litar Yas Marina 'Sentiasa Bersedia'.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.yasmarinacircuit.com

Source: Yas Marina Circuit
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Future Events