omniture

Merck Buka Pusat Kolaborasi M Lab™ di São Paulo, Brazil

Merck
2018-10-04 20:00 1403

- Pusat kolaborasi baharu beri sokongan daripada peringkat praklinikal sehingga pengeluaran berskala penuh dalam persekitaran bukan GMP

- Akses pelanggan amali kepada portfolio produk, kepakaran teknikal Merck

SÃO PAULO, 4 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang bertenaga, hari ini secara rasminya membuka Pusat Kolaborasi M Lab™ canggih di Brazil, bagi menawarkan perkhidmatan di rantau Amerika Latin. Pusat ini akan menyediakan pelanggan Life Science dengan persekitaran penerokaan yang dikongsi di mana mereka boleh berkolaborasi dengan erat bersama para saintis dan jurutera Merck bagi menyelesaikan cabaran mereka yang paling sukar serta mempercepatkan pembangunan dan pengeluaran terapi baharu.

At Merck's new M Lab™ Collaboration Center, customers will benefit from the company's deep technical expertise to develop processes for manufacturing drugs faster, safer and more effectively
At Merck's new M Lab™ Collaboration Center, customers will benefit from the company's deep technical expertise to develop processes for manufacturing drugs faster, safer and more effectively

"Dengan industri biofarmaseutikal yang berkembang pesat di Brazil dan Amerika Latin serta permintaan terhadap terapi-terapi baharu dan berkesan kos di seluruh dunia, terdapat keperluan terhadap sokongan pembangunan proses hujung-ke-hujung yang menyeluruh," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Di Pusat Kolaborasi M Lab™ kami, pelanggan akan mendapat manfaat daripada kepakaran teknikal Merck yang mendalam bagi membangunkan proses pembuatan ubat-ubatan yang lebih pantas, lebih selamat dan lebih berkesan berbanding pada masa lalu."

Kemudahan makmal seluas 1,000 meter persegi itu termasuk makmal rintis dan berskala kecil bukan GMP untuk pelanggan agar dapat terlibat dalam sokongan pembangunan proses, penyelesaian masalah, demonstrasi dan latihan amali. Ia merupakan salah satu daripada sembilan pusat seumpamanya di seluruh dunia, setiap satunya membolehkan pengeluar farmaseutikal meneroka cara baharu untuk meningkatkan produktiviti, menambah baik proses dan mengurangkan risiko. Saban tahun, lebih 1,500 pelanggan mengunjungi Pusat Kolaborasi M Lab™ Merck yang mana mereka bekerjasama dengan pasukan pakar Merck dan mendapat akses kepada alatan dan kaedah ukuran serta simulasi selain sokongan analitik dan pemodelan. Kursus-kursus biopemprosesan rasmi turut disediakan, termasuk latihan gaya bilik darjah tradisional dan sesi-sesi amali yang interaktif. Lokasi-lokasi Pusat Kolaborasi M Lab™ yang lain termasuk China, Singapura, Jepun, Korea Selatan, India, Perancis dan Amerika Syarikat.

Merck membuka makmal menghadap pelanggan yang pertama pada tahun 1995 di Massachusetts, AS. Jaringan global itu terus berkembang selama bertahun-tahun, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan latihan dan pembangunan proses pelanggan di kawasan setempat, tetapi juga membolehkan dan memastikan kejayaan pemindahan teknologi antara negara-negara untuk pelanggan global. Pada tahun 2015, Merck mula membangunkan semula makmal-makmal ini sebagai Pusat Kolaborasi M Lab™ dengan tumpuan terhadap pelanggan.

Ikuti Merck di Twitter @Merckgroup, melalui Facebook @merckgroup dan melalui LinkedIn.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Hampir 53,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2017, hasil jualan Merck mencecah €15.3 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti kumpulan korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/752710/MilliporeSigma_M_Lab_Brazil.jpg

 

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Chemical Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion