omniture

GAC Motor Tampil Julung Kali di Pameran Motor Paris menerusi Penampilan Perdana SUV GS5 Serba Baharu

GAC Motor
2018-10-04 22:44 1527

PARIS, 4 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pengeluar automobil yang terkemuka di China, memperkenalkan SUV GS5 serba baharu di Pameran Motor Paris, menjadikannya sebagai penembusan pertama dalam pasaran Eropah dengan memaparkan kenderaan premium terkini yang menonjolkan reka bentuk indah yang menggabungkan kuasa yang tangkas, gaya futuristik dan ciri-ciri keselamatan yang mantap. Penampilan sulung jenama yang mengagumkan di Eropah turut melibatkan penampilan perdana tempatan bagi kereta konsep Enverge.

Zeng Qinghong, Pengerusi GAC Group, Zhang Qingsong, Naib Presiden GAC Group, Yu Jun, Presiden GAC Motor dan Zhang Fan, Naib Presiden Pusat R&D di persidangan akhbar dengan SUV GS5 GAC Motor yang serba baharu
Zeng Qinghong, Pengerusi GAC Group, Zhang Qingsong, Naib Presiden GAC Group, Yu Jun, Presiden GAC Motor dan Zhang Fan, Naib Presiden Pusat R&D di persidangan akhbar dengan SUV GS5 GAC Motor yang serba baharu

GAC Motor ialah jenama Cina baharu yang dibangunkan oleh GAC Group yang menduduki tempat ke-202 dalam Fortune 500. Ditubuhkan 10 tahun lalu, sejak itu, GAC Motor membangunkan sistem pembuatan kereta bertaraf dunia yang terdiri daripada jaringan penyelidikan dan pembangunan (R&D) global, pembuatan bertaraf dunia dalam pengeluaran, rantaian bekalan global dan strategi pemasaran GAC Motor yang mematuhi piawaian antarabangsa dan berakar umbi daripada visi syarikat untuk menjadi jenama berkualiti tinggi bertaraf global.

GAC Motor berada di laluan pembangunan mampan yang mengutamakan kualiti dan inovasi untuk pasaran automobil mewah, mencapai transformasi daripada "Buatan China" kepada "Kualiti Buatan China" dan kepada "Ciptaan China".

GAC Motor telah menjadi peneraju dalam pasaran domestik dengan kadar pertumbuhan kompaun mencecah 75 peratus dan beraspirasi untuk membangunkan jenama bertaraf dunia serta syarikat global. Hasil daripada sistem kawalan kualiti syarikat yang ketat, kenderaan GAC Motor telah diiktiraf dengan baik oleh organisasi-organisasi berwibawa yang terkemuka di dunia.

Susulan sepuluh tahun menjalani pembangunan, GAC Motor membentuk pola baharu untuk pusat R&D, perkongsian penyumberan global dan jaringan jualan global. Dalam Initial Quality Study (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik yang terkini, GAC Motor mengekalkan gelarannya sebagai jenama Cina berkedudukan tertinggi enam tahun berturut-turut. GS8 daripada GAC Motor telah menduduki kedudukan teratas dalam penarafan kualiti dalam segmen pasaran SUV yang besar serta menjadi contoh yang utama bagi pembuatan jenama automobil Cina berkualiti.

Pada masa kini, GAC Motor telah mewujudkan jaringan jualan dan perkhidmatan global di 15 negara termasuk Timur Tengah, Asia Tenggara, Eropah Timur, Afrika dan Amerika serta dianugerahkan sebagai "Jenama Kereta Cina Terbaik" dalam pelbagai pasaran luar negara.

"Ini merupakan kunjungan pertama GAC Motor ke Pameran Motor Paris dan kami berharap dapat berkomunikasi dan mempelajari daripada jenama-jenama automobil yang terkemuka di dunia pada platform yang hebat ini dan memperkenalkan jenama GAC Motor kepada lebih ramai individu," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor.

"Eropah mempunyai tempat yang amat istimewa dalam pembangunan GAC Motor. Hari ini, kami berasa teruja dengan kembalinya kami ke Paris dengan tema 'perspektif baharu, persepsi baharu' untuk memulakan perjalanan baharu di Eropah secara rasminya."

Yu Jun, Presiden GAC Motor menyampaikan ucapan di persidangan akhbar
Yu Jun, Presiden GAC Motor menyampaikan ucapan di persidangan akhbar

Dibangunkan oleh pusat-pusat R&D GAC Motor di Guangzhou, Shanghai dan Amerika Syarikat, SUV GS5 baharu direka untuk pemandu daripada golongan pekerja muda dan keluarga. Model ini, dengan ketegapan yang mantap, bersedia untuk menyahut cabaran mendatang. Dari segi reka bentuk lampu, model ini mempunyai lampu depan lentikular LED penuh dengan tiga potongan berlian pada satu sisi dan lampu belakang disepadukan yang berkuasa dan hebat yang diperbuat daripada 190 partikel LED, yang mewujudkan pengalaman pencahayaan tiga dimensi yang terang. Bahagian sisi kenderaan, dihiasi dengan garisan dinamik dari bahagian depan ke belakang kereta, menggabungkan perubahan antara cahaya dan bayang pada permukaan melengkung agar badan kereta kelihatan panjang.

Penampilan sulung SUV GS5 GAC Motor serba baharu
Penampilan sulung SUV GS5 GAC Motor serba baharu

Selain penampilan yang bergaya, rangkaian kuasa GS5 baharu dilengkapi dengan enjin GDI 1.5T generasi ketiga daripada GAC Motor dan transmisi automatik hidraulik 6-kelajuan Aisin terkini. Ia juga mempunyai cesi A+ dengan rekaan terkini dan dinaik taraf, mencapai reaksi kawalan stereng yang pantas dan kuasa membrek tahap-kereta-sport.

Bintang SUV GS4, SUV GS8 mewah, van mini pertama GM8 serta sedan GA4 turut membuat penampilan semasa Pameran Motor Paris, mendapat pujian daripada audiens kerana kualitinya yang cemerlang dan teknologi sambungan 'pintar', seraya terus menunjukkan kekuatan keupayaan pembuatan berkualiti tinggi China dan kesungguhan GAC Motor untuk menjadi peneraju dalam industri automobil.

"GAC Motor mempunyai pelan tindakan yang jelas dan akan berusaha mencapainya. Kami tidak sabar-sabar untuk melihat kenderaan GAC Motor di jalan raya Eropah. Dalam mendepani cabaran dan ujian yang lebih ketat dalam pasaran yang matang, GAC Motor yakin bahawa kualiti, teknologi dan kebolehan R&D utama kami akan membawa kepada pencapaian selanjutnya, seraya mewujudkan kehidupan mobiliti yang menyeronokkan untuk pengguna global," kata Yu.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China J.D. Power Asia Pacific, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pembuatan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181003/2254810-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181003/2254810-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181003/2254810-1-c

 

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news