omniture

Crown sambut 40 tahun kecemerlangan pengendalian bahan di Asia Tenggara / Utara

Crown Equipment Southeast Asia
2018-10-04 23:13 769

SINGAPURA, 4 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Crown Equipment Corporation, salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia, menyambut ulang tahun ke-40 sebagai penyedia yang terkemuka dalam pasaran Asia.

Imej penyelesaian gudang Crown
Imej penyelesaian gudang Crown

 

Dengan rantau yang kian berkembang pesat untuk menjadi kuasa utama pengilangan dan logistik, Crown membantu pelanggannya mengurus permintaan pasaran dan memenuhi cabaran industri melalui rangkaian produknya yang fleksibel dan penyelesaian tersuai yang inovatif.

Pengurusan palet ialah salah satu isu utama untuk syarikat-syarikat pengedaran baru muncul dan perusahaan-perusahaan bersaiz kecil hingga sederhana yang kurang pengetahuan untuk menghadapi cabaran ini. Di Asia, dua saiz palet yang paling popular ialah palet segi empat sama 1,100mm x 1,100mm dan palet 1,200mm x 1,000mm. Walau bagaimanapun, A.S., Eropah dan Australia menggunakan saiz-saiz palet yang diluluskan oleh Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO) yang berbeza dan saiz palet yang pelbagai ini dapat menimbulkan masalah yang mencabar sekiranya tidak dikendalikan dengan betul.

Pendekatan global Crown terhadap penyelidikan, reka bentuk, kejuruteraan dan pengilangan bermakna ia mengeluarkan pelbagai trak pengangkat yang menawarkan padanan terbaik kepada palet yang relevan dengan kemudahan gudang di pelbagai kawasan seluruh dunia. Meskipun syarikat membangunkan pelbagai trak pengangkat yang mencakupi semua aspek dalam kerja-kerja pengendalian bahan, bermula dengan dok kepada bahagian atas pada rak ruangan tinggi, Crown turut menyesuaikan reka bentuk standardnya bagi membantu menyelesaikan masalah tertentu, seperti mengubah suai lebar dan kedudukan kaki agar ia dapat berfungsi dengan cekap menurut saiz palet yang diperlukan.

Dengan tumpuan untuk menyediakan penyelesaian pengendalian bahan hujung-ke-hujung, Crown juga dapat mengenal pasti aspek-aspek lain dalam gudang yang dapat meningkatkan kecekapan apabila mengendalikan pelbagai saiz palet. Perundingan Crown melibatkan semakan semula yang terperinci tentang operasi pelanggan bagi membantu memutuskan peralatan pengendalian bahan yang paling sesuai dan memberi input untuk meningkatkan produktiviti seperti mempertingkatkan reka bentuk gudang dan budaya keselamatan.

"Apabila anda bekerjasama dengan Crown, anda bekerjasama dengan mereka yang mempunyai pengetahuan produk yang luas dan pemahaman yang menyeluruh tentang keperluan rantaian bekalan gudang. Ilmu ialah faktor utama yang membezakan Crown daripada persaingan yang wujud di rantau Asia Pasifik dan kebolehannya menyediakan pelanggan dengan perkongsian penyelesaian pengendalian bahan menyeluruh secara hujung ke hujung," kata Steven Hill, Pengarah Urusan Crown Equipment Asia Tenggara.

Crown menubuhkan operasi di Asia Tenggara pada tahun 1978 dengan ibu pejabat rantau Asia Tenggaranya kini terletak di Singapura. Rantau Asia Pasifik menerima perkhidmatan melalui jaringan cawangan jualan yang luas, termasuk lokasi-lokasi di seluruh Australia, New Zealand, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Filipina, Indonesia, Malaysia, Vietnam, Taiwan dan Tanah Besar China.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi ke http://news.crown.com/sg/.

Latar Belakang Crown Equipment Corporation

Crown ialah salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia dengan reputasi untuk reka bentuk produk yang memenangi anugerah, kejuruteraan dan teknologi termaju dan perkhidmatan selepas jualan yang unggul. Falsafah perniagaan Crown memanfaatkan proses-proses yang bersepadu secara vertikal untuk mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan penyelesaian berpandangan jauh yang inovatif yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengendalian pelanggan.

Crown mengeluarkan pelbagai forklift serta teknologi pengautomatan dan pengurusan pengangkutan. Ibu pejabat global syarikat ini terletak di New Bremen, Ohio, AS, dengan ibu pejabat serantaunya terletak di Munich, Jerman; Sydney, Australia; Suzhou, China dan Singapura. Bilangan kakitangannya melebihi 15,000 orang di seluruh dunia. Crown mengendalikan jaringan perkhidmatan dan pengedaran yang melebihi 500 lokasi jualan di lebih 80 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai idea-idea Crown bagi membantu pelanggan memajukan produktiviti operasi mereka, layari crown.com.

Laman Sesawang: www.crown.com  
Bilik Berita: http://news.crown.com/sg/
Twitter: Crown Southeast Asia ( @Crownforklifts )

Hubungi:                                                        

David Sultana 
Crown Equipment (Singapore) Pte. Ltd.
+65-9837-6339 
David.sultana@crown.com  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181001/2253114-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2253114-1logo

Source: Crown Equipment Southeast Asia
Related Links:
Keywords: Commercial Real Estate Real Estate Transportation Trucking and Road Transportation