omniture

Pelancaran 4Klear™, Kamera Mikroskop Pembedahan 4K Natif dengan Rakaman 4K bersepadu

Med X Change, Inc.
2018-10-05 01:45 1319

BRADENTON, Florida, 4 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Med X Change, Inc, (Ketua Pegawai Eksekutif: Seth Kardos) hari ini mengumumkan pelancaran dan ketersediaan Pengeluaran* 4Klear, Penyelesaian Kamera 4K dan Perakam Video Perubatan Semua-Dalam-Satu untuk mikroskop pembedahan (sebagai contoh Leica Microsystems, Carl Zeiss Meditec, Haag-Streit Surgical, Alcon, Mitaka Kohki, Takagi, Topcon…). Dua produk dalam satu; memudahkan penggunaan, mengurangkan kos, memberikan imej kualiti 4K Natif yang begitu hebat.

4Klear, Native 4K Medical Camera + 4K Recorder All-In-One Solution
4Klear, Native 4K Medical Camera + 4K Recorder All-In-One Solution

"Perincian dan resolusi 4K daripada kamera ini sememangnya luar biasa dan yang terbaik yang pernah saya lihat!" kata Dr. Ike Ahmed, ketua Bahagian Oftalmologi di Trillium Health Partners, Mississauga, Ontario.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kamera Perubatan 4Klear, klik di sini: https://medxchange.com/project/4klear 

Ini merupakan kamera perubatan 4K natif yang pertama untuk dipasarkan bermula dengan cip CMOS bercahaya belakang True 4K 1/2" yang menghasilkan video 4K UHD 50/60hz pada gamut warna BT.2020 10 Bit 4:2:2 yang canggih dengan pelbagai output video (12G-SDI, HDMI 2.0, Quad-SDI & 3G-SDI, DP 1.2 *). 

Video True 4K hanyalah satu permulaan! Produk ini padat dengan ciri-ciri seperti:

  • Rakaman 4K & Tangkapan Gambar Pegun Bersepadu  
  • Aliran kerja Pengurusan Imej dengan pilihan keutamaan pakar perubatan
  • Fail pemandangan kamera tanpa had untuk setiap bidang 
  • Skrin berbilang sentuh 12.7cm bersepadu untuk kawalan kamera/perakam
  • Pilihan untuk penyepaduan DICOM dan video secara langsung melalui penstriman ip (rtsp)
  • Medxstream Plus *, Aplikasi iOS App yang membolehkan pengguna mengawal secara tanpa wayar kamera dan fungsi melalui sambungan tersulit
  • Pematuhan keselamatan siber HIPAA & GDPR
  • Pensijilan perubatan: 
    • IEC 60601-1:2012 (Ed. 3.1)
    • IEC 60601-1-2:2014 (Ed. 4.0)
    • No. U8 18 05 74193 030

Cip CMOS 4K memberikan kepekaan tinggi, rendah hingar, warna terang dan resolusi tiada tandingan pada semua tahap pembesaran yang dituntut oleh pakar bedah dan kakitangan hari ini. Dengan menggunakan cip CMOS 1/2" 4K60hz, 4Klear dapat memberikan medan penglihatan yang lebih luas berbanding cip 1/3" tradisional, menghasilkan imej yang lebih dekat dengan apa yang dilihat oleh pakar bedah melalui okular mikroskop yang mempunyai faedah langsung kepada seluruh kakitangan Bilik Pembedahan. Dengan cip 4K natif, ia dapat menghasilkan empat kali ganda piksel HD, namun terus memberikan kedalaman bit warna lebih tinggi sebanyak 10bit untuk kualiti imej yang tiada tandingan.

Untuk pertanyaan mengenai produk / pengedaran / pelabelan persendirian / peringkat Lembaga OEM, sila hubungi sales@medxchange.com 

CNS 2018 reruai #: 2038
AAO 2018 reruai #: 2673

* Unit-unit pengeluaran dihantar pada lewat Oktober / November
* Medxstream Plus akan dilancarkan dalam kedai Apple iTunes
* DP 1.2 akan aktif dengan pelancaran perisian akan datang

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/753530/4Klear_Native_4K_Camera.jpg  

Source: Med X Change, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news