omniture

VIVOTEK, Ahli Pengasas Perikatan Sekuriti & Keselamatan Terbuka, Terajui Pengawasan IP ke Tahap Seterusnya

VIVOTEK Inc.
2018-10-06 01:15 2020

TAIPEI, Taiwan, 6 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- VIVOTEK (TWSE: 3454), penyedia pengawasan IP yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan ia telah menyertai Perikatan Sekuriti & Keselamatan Terbuka ('Perikatan') baharu, satu perbadanan tanpa saham dan bukan berasaskan keuntungan yang menghimpunkan ahli-ahli bersama-sama bagi mewujudkan platform seragam umum untuk penyelesaian sekuriti dan keselamatan. VIVOTEK ialah salah satu daripada lima syarikat pengasasnya, yang disertai oleh Bosch Building Technologies, Hanwha Techwin, Milestone Systems dan Pelco™ by Schneider Electric. Ahli-ahli akan bersama-sama berusaha melalui piawaian dan spesifikasi umum yang terbaik. Mereka akan turut berkongsi garis panduan pelaksanaan bagi mengurangkan usaha penyepaduan dan menerajui industri pengawasan IP ke tahap seterusnya.

Pada masa lalu, penyelesaian pengawasan diasingkan tanpa platform seragam umum. Dengan itu, pihak pengeluar dan pembangun perisian dipaksa untuk menggunakan sumber bagi membolehkan sistem-sistem mereka serasi antara satu sama lain. Penyusutan dalam penyelidikan dan pembangunan ini mengehadkan inovasi yang dapat menghasilkan nilai sebenar untuk pelanggan dan pengguna. Dalam menubuhkan Perikatan ini, penyusutan sedemikian dapat dikurangkan dengan banyaknya dan inovasi akan diteruskan tatkala Perikatan berkembang. Syarikat-syarikat daripada sebarang saiz yang berkongsi nilai yang sama diundang untuk menyertai Perikatan ini dan menyumbang idea serta kepakaran mereka.

Owen Chen, Pengerusi VIVOTEK berkata: "Menjadi Pemerhati dalam IoT ialah visi kami dan kami telah meramalkan potensi pertumbuhan yang kukuh untuk AI dan IoT. Platform seragam umum untuk penyelesaian sekuriti dan keselamatan diperlukan bagi membolehkan industri berkembang dalam era ini. Bersama-sama dalam Perikatan, kami komited untuk menggabungkan kepakaran berbeza merentasi industri dan menawarkan penyelesaian dalam satu kaedah yang sama demi keputusan yang lebih baik. Pengeluar atau pembangun perisian dapat mendekati lebih ramai pelanggan berpotensi dan mencipta inovasi bernilai tambah melangkaui sekuriti dan keselamatan. Sementara itu, pengguna-pengguna dapat menikmati teknologi AI terkini dan memperoleh lebih banyak pandangan pengguna dengan cara yang lebih pintar. Ia merupakan satu kolaborasi yang saling menguntungkan untuk semua pihak dalam ekosistem ini."

Keahlian kini dibuka untuk organisasi-organisasi yang berminat untuk menyertai Perikatan Sekuriti & Keselamatan Terbuka dan pihak-pihak yang berminat boleh mendapatkan butiran keahlian dan mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti Perikatan di https://www.opensecurityandsafetyalliance.org/ 

 

Source: VIVOTEK Inc.
Related Stocks:
Taiwan:3454
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Contracts New products/services Not for profit