Pemasar aplikasi OTT kini dapat menanda aras prestasi aplikasi mereka terhadap piawaian industri global dan manfaatkan saranan untuk tingkatkan pengekalan pengguna
SAN FRANCISCO, 6 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian pemasaran mudah alih, CleverTap hari ini mengumumkan keluaran Laporan Penanda Aras Industri untuk Aplikasi Media dan Hiburan (OTT). Industri penstriman over the top (OTT) telah menyaksikan penggunaannya secara besar-besaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kandungan digunakan dengan cara yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Bagi memenuhi peningkatan permintaan hiburan ketika bergerak, persoalan mengenai bagaimana dan apa yang akan memastikan pengguna terhubung merupakan perkara yang perlu dijawab oleh setiap pasukan aplikasi media.
Dalam laporan penanda aras ini, kami berhasrat untuk mengenal pasti apa yang membuatkan 80 juta pengguna mencakupi lebih 100 juta peranti tetap kembali semula untuk memberikan statistik mengenai kitar hayat pengguna, termasuk aliran pengguna dari satu peringkat kitaran hayat kepada satu peringkat lagi. Menghimpunkan maklumat daripada 8.7 bilion titik data, laporan daripada CleverTap ini membantu pemasar yang mengalami pertumbuhan menanda aras terhadap beberapa aplikasi paling berjaya dalam industri OTT. Laporan ini turut menyertakan strategi-strategi terbukti dan amalan-amalan terbaik untuk membantu syarikat-syarikat OTT mengoptimumkan tawaran kandungan mereka.
Almitra Karnik, Ketua Pemasaran Global di CleverTap berkata, "Terdapat persaingan sengit dalam industri OTT, seraya keperluan untuk membezakan tawaran dengan kandungan eksklusif dan pengalaman pelanggan yang unggul menjadi jauh lebih penting. Laporan Penanda Aras OTT CleverTap menyediakan metrik-metrik penting yang boleh digunakan oleh pemasar mudah alih untuk menanda aras prestasi aplikasi mereka dan menggunakan #CleverTips dengan sokongan data untuk membantu melibatkan pelanggan pada setiap peringkat demi meningkatkan pendapatan aplikasi mereka."
Elliot Goldwater, Pengarah, Pembangunan Perniagaan & Perkongsian di SendGrid - salah satu rakan kongsi penyerahan emel CleverTap berkata, "Penting untuk pemasar memantau perjalanan pengguna mereka di samping menganalisis prestasi aplikasi OTT. Sekiranya tidak dipantau dari hujung-ke-hujung, isu-isu penting akan terabai. Laporan Penanda Aras Industri CleverTap membolehkan pemasar melihat gambaran menyeluruh ini, menjadikan pengguna sebagai tumpuan. Selain penanda aras untuk metrik-metrik penting pada setiap peringkat kitaran hayat, ia menyediakan penanda aras untuk peratusan pengguna yang mara ke peringkat seterusnya dan berapa lama tempoh peralihan berlaku. Metrik-metrik ini menjadikan laporan ini unik dan penting untuk dimiliki oleh setiap pemasar yang dipacu data."
Penanda Aras Industri untuk Media dan Hiburan (OTT) boleh diakses di sini.
Latar Belakang CleverTap
CleverTap membantu jenama-jenama pengguna mengekalkan pengguna mereka sepanjang hayat. Ia merupakan penyelesaian pemasaran mudah alih hebat yang menghimpunkan data pengguna daripada saluran dalam talian dan luar talian pada satu platform terpusat. Saban hari, ribuan jenama memanfaatkan model-model pembelajaran mesin CleverTap untuk mengatur strategi-strategi penglibatan pengguna berbeza yang dapat membantu memacu pertumbuhan omnisaluran. Membina hubungan pelanggan yang bernilai menggunakan maklumat yang boleh diambil tindakan dan pada waktu nyata dapat membantu mencipta pengalaman pelanggan yang hebat.
Lebih 8,000 jenama global termasuk Star, Sony, Vodafone, Domino's, DC Comics, BookMyShow dan DealsPlus, mempercayai CleverTap untuk membantu mereka berhubung dengan pengguna dan mengembangkan aplikasi mudah alih mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CleverTap, layari clevertap.com atau ikuti melalui Facebook dan Twitter.
CleverTap mempunyai pejabat-pejabat di Sunnyvale, San Francisco, New York, London, Mumbai dan Bangalore. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang CleverTap. Untuk melihat bagaimana perniagaan-perniagaan daripada semua saiz membina hubungan pelanggan yang lebih bermakna, kunjungi halaman pelanggan kami.
Perhubungan Akhbar
Ketan Pandit
Perhubungan Awam untuk CleverTap