Impak membawa bencana disebabkan peningkatan aras laut disahkan dalam laporan IPCC PBB baharu yang menyeru perubahan pantas, meluas dan belum pernah dilakukan sebelum ini
WASHINGTON, 9 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Laporan New Orb Media Inc. menekankan impak yang membawa bencana melibatkan peningkatan aras laut dan hujan yang lebih melampau yang dialami di seluruh dunia. Kajian baharu mencadangkan bahawa kos banjir dari segi manusia dan kewangan sudah jauh lebih tinggi dan kekal lama berbanding yang disangkakan sebelum ini.
Di serata dunia, banjir merupakan jenis bencana alam yang paling kerap berlaku. Tatkala pakar-pakar ekonomi berusaha mentaksir kesan-kesan jangka panjang terhadap rantaian bekalan global, KDNK negara, pendapatan isi rumah dan ketaksamaan, kesan-kesan daripada banjir disebabkan oleh perubahan iklim menjadi semakin jelas.
Hari ini, 40 peratus daripada penduduk dunia tinggal dalam lingkungan 100 kilometer (63 batu) dari garis pantai dan bilangannya semakin meningkat. Pembandaran ini, digabungkan dengan perubahan iklim dan infrastruktur yang ketinggalan zaman, berisiko menjadikan banjir lebih buruk dan memudaratkan.
"Sekiranya kita hanya menjumlahkan kos langsung banjir terhadap rumah-rumah yang telah dinaiki air dan harga yang perlu dibayar untuk menyelamatkan mereka dan kos yang diperlukan untuk membaiki infrastruktur serta hal-hal lain yang berkaitan, maka kita berpotensi untuk tidak menyedari kos tersembunyi yang besar yang dikaitkan dengan kejadian banjir tersebut," kata Profesor Amir Jina, University of Chicago.
Kerugian paling besar daripada sebarang kejadian banjir yang membawa bencana, kepada perniagaan dan orang ramai, ialah kos peluang. Melalui kisah ini, Orb Media fokus untuk menunjukkan kos yang dikaitkan dengan kehilangan mata pencarian, pendapatan dan peluang kehidupan yang lain.
Orb Media berbesar hati untuk bekerjasama dengan ahli-ahli daripada Orb Media Network (OMN), sebuah kumpulan media penetap agenda global yang berkolaborasi untuk bersama-sama menerbitkan kisah-kisah yang memangkinkan dialog global tentang isu-isu kritikal secara serentak, menumpu perhatian pada kerajaan, industri, penyelidik, masyarakat sivil dan orang awam.
Ahli-ahli OMN: South China Morning Post (China), Die Zeit (Jerman), Channels (Nigeria), Dhaka Tribune (Bangladesh), Folha de São Paolo (Brazil), The Hindu (India), Tempo Media Group (Indonesia), eNCA (Afrika Selatan), La Nación (Argentina), El Comercio (Perú), SVT (Sweden), El País (Uruguay), Mail & Guardian (Afrika Selatan), El Tiempo (Colombia), BBC (United Kingdom), Cadena SER-Prisa (Sepanyol), CBC (Kanada), YLE (Finland).
Latar Belakang Orb Media
Kami merupakan sebuah pertubuhan kewartawanan bukan untung yang melaporkan tentang isu-isu penting kepada berbilion-bilion orang di seluruh dunia. Dengan menyatukan penyelidikan asli, analisis data, pelaporan di lapangan, dan penglibatan orang awam, Orb Media menghasilkan kisah-kisah yang menetapkan agenda mengenai cabaran-cabaran yang kita hadapi bersama sebagai satu dunia. Orbmedia.org/underwater
Hubungi:
Lara Kline
larak@orbmedia.org
202-905-8370
Video - https://mma.prnewswire.com/media/765709/Orb_Media_Underwater_Explainer_Video.mp4