omniture

Asia Super Team: Dare for Future Umum Finalis Malaysia

MEET TAIWAN, TAITRA
2018-10-11 14:30 1326

Pasukan-pasukan korporat dari 8 negara bakal bersaing untuk hadiah wang tunai US$50,000 di Taiwan

TAIPEI, Taiwan, 11 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Asia Super Team, satu pertandingan yang dianjurkan oleh Biro Perdagangan Asing Taiwan dan dilaksanakan oleh TAITRA, bertujuan untuk menggalakkan ekosistem MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran) di Taiwan. Ia berjaya menarik lebih 5,500 ahli profesional perniagaan di Asia untuk mengambil bahagian dalam pusingan awal pertandingan tahun ini.

DiGi Telecommunications Sdn Bhd
DiGi Telecommunications Sdn Bhd

Antara 407 peserta berdaftar dari Malaysia termasuk syarikat-syarikat besar seperti Telekom Malaysia Berhad, HSBC Bank, Intel Technology Sdn. Bhd. dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd, DiGi Telecommunications Sdn Bhd diundang untuk bersaing dalam pusingan akhir di Taiwan.

Mulai 15 hingga 19 Oktober, golongan elit korporat dari lapan negara ini akan mengunjungi Taiwan untuk pertandingan MICE selama 5 hari dan bersaing bagi merebut hadiah wang tunai bernilai US$50,000 sebagai juara.

Semasa tempoh pusingan awal dalam talian, Asia Super Team: Dare for Future mengundang tiga tokoh ternama dari Taiwan untuk mengkaji semula pencapaian mereka, memperkenalkan sifat dan budaya di Taiwan dan menjemput ahli-ahli profesional perniagaan di Asia untuk menyertai pertandingan. Dalam pusingan akhir, syarikat-syarikat yang terpilih dari lapan negara, setiap satunya akan menghantar pasukan yang terdiri daripada 4 orang ke Taiwan selama lima hari. "Pelatih elit" ini akan menunjukkan komitmen mereka dalam perjalanan tersebut, seakan-akan mereka baru memulakan perjalanan kerjaya mereka. Dalam pertandingan ini, mereka akan memperoleh pengalaman pertama dari segi kepelbagaian ekosistem MICE di Taiwan. Pemenang akan diumumkan dalam sidang akhbar pada 18 Oktober dan membawa pulang hadiah wang tunai MICE Taiwan bernilai US$50,000.

Semasa pusingan akhir, syarikat-syarikat dan para pengguna boleh mengikuti dan mengundi negara/pasukan mereka di laman sesawang Asia Super Team. Dua pengundi bertuah akan menerima tiket perjalanan pergi balik ke Taiwan tajaan China Airlines:

Untuk maklumat lanjut mengenai Asia Super Team, layari: asiasuperteam.meettaiwan.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181008/2244729-2

 

Source: MEET TAIWAN, TAITRA
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Future Events