omniture

Huawei Umum Platform AI + Digital Percepat Transformasi Digital

Huawei
2018-10-12 00:05 1390

SHANGHAI, 12 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini di HUAWEI CONNECT 2018, di bawah tema "Kuasa Platform", Huawei Enterprise Business Group berkongsi bagaimana strategi platform digital baharunya akan membolehkan kerajaan dan perusahaan mempercepatkan transformasi digital dan mencapai tahap inovasi serta pertumbuhan baharu. Huawei turut mengumumkan Platform AI + Digital yang sesuai dengan pelbagai senario merentas industri; dan perkongsian dengan Kawasan Baharu Tianjin Binhai untuk mencipta bandar pintar berdasarkan penggunaan Platform AI + Digital baharu. Di samping itu, Huawei melancarkan penyelesaian kampus pintar baharu yang dilaksanakan oleh Vanke, pemaju hartanah terkemuka berpangkalan di China, untuk membentuk semula operasi perusahaannya demi pertumbuhan dan daya saing.

Kuasa Platform Percepat Transformasi Digital

Yan Lida, Presiden Enterprise Business Group, Huawei, berkata: "Transformasi digital ialah proses rumit yang memerlukan pendekatan sistematik dan penumpuan pelbagai teknologi untuk menyepadukan dunia fizikal dan dunia digital. Huawei komited untuk mendayakan perniagaan berasaskan platform milik pelanggan kami dengan platform ICT yang membolehkan rakan-rakan kongsi menggabungkan aplikasi khusus industri. Dengan cara ini, platform Huawei berfungsi sebagai 'tanah subur', yang membolehkan pertumbuhan ekosistem industri, dan menggalakkan transformasi digital dalam pelbagai industri dengan rakan-rakan kongsi ekosistem kami."

Huawei Rangka Pendekatan "Platform Digital + X + Ekosistem"  

Huawei Enterprise Business Group memperkenalkan pendekatan "Platform Digital + X + Ekosistem" yang menawarkan pelanggan dengan strategi jangka panjang untuk mempercepatkan transformasi digital. Dengan Platform Digital sebagai asas, keupayaan baharu ("X") seperti AI, IoT, Data Raya, sekuriti, ICP, video; dan platform didayakan industri yang menggabungkan sektor-sektor berkenaan.

"Platform Digital Huawei menawarkan tiga kelebihan utama: ia tersusun sepenuhnya, terbuka dan menyokong perusahaan merentas pelbagai industri. Memanfaatkan keupayaan kami dalam cip dihasilkan sendiri, algoritma matematik dan reka bentuk seni bina, kami membangunkan penyelesaian susunan penuh termasuk peranti, lapisan IaaS dan PaaS serta lapisan SaaS bersama-sama rakan-rakan kongsi ekosistem. Dengan melaksanakan platform susunan penuh, pelanggan dapat menumpu pada inovasi perniagaan tanpa menggunakan sumber berharga untuk membangunkan platform dan keupayaan teknologi digital unik mereka sendiri," kata Lu Qi, Presiden Jabatan Pemasaran & Jualan Penyelesaian Enterprise Business Group, Huawei. "Huawei menyediakan penyelesaian mendatar dengan penyeragaman silang industri dan Platform Digital kami dapat digunakan dalam pelbagai senario, memandangkan ia menyokong kedua-dua awan persendirian dan awan awam. Selain itu, Huawei membangunkan ekosistem terbuka yang saling menguntungkan, yang mana produk dan penyelesaian kami dapat saling beroperasi dengan produk dan penyelesaian penyedia lain, menawarkan pelanggan kebebasan menggunakan penyelesaian terbaik untuk keperluan unik mereka."

Lu Qi menambah: "Berpegang teguh pada pendekatan terbuka Huawei, Platform Digital membolehkan rakan-rakan kongsi membangunkan aplikasi lapisan atas dengan pantas dan membolehkan pelanggan untuk membuat transformasi digital dengan cara yang tangkas dan cekap dengan menumpu pada penciptaan nilai perniagaan dan bukannya penyepaduan teknologi-teknologi asas. Menggunakan pendekatan ini, Huawei menyasarkan untuk menjadi rakan kongsi strategik jangka panjang untuk pelanggan kami."

Di HUAWEI CONNECT 2018, Huawei Enterprise Business menggariskan keupayaan dipertingkat pada Platform Digitalnya yang direka untuk membantu perusahaan bersaing dan meningkat maju dalam dunia digital masa kini yang pantas berkembang. Keupayaan-keupayaan tersebut termasuk:

  • Berbilang-awan: FusionStorage8.0 Huawei kini merupakan satu-satunya penyelesaian dalam industri yang dapat memberi tindak balas I/O 300 mikrosaat, seni bina teragih sepenuhnya tanpa get laluan dan keandalan aktif-aktif; penyelesaian awan persendirian Huawei menawarkan paling banyak perkhidmatan awan pada lapisan IaaS dalam industri.
  • Rangkaian: Penyelesaian CloudFabric Huawei yang utama dalam industri dapat menyokong paut naik dan paut turun tahap kecil untuk kontena 10k.
  • Peranti: Huawei menawarkan modul pemecutan pintar pertama dalam industri Atlas200 yang dapat menjalankan analisis waktu nyata untuk video berdefinisi tinggi dan sel kecil pintar termaju.
  • Di samping itu, Huawei mengumumkan portfolio AI susunan penuh serba baharu miliknya, membolehkan aplikasi AI khusus industri untuk disepadukan ke dalam Platform Digital untuk menyokong perjalanan transformasi digital pelanggan dengan lebih baik.

Platform AI +Digital Huawei Bantu Kawasan Baharu Tianjin Binhai Bangunkan Bandar Pintar

Dengan kepakaran Huawei, Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Tianjin (TEDA) mereka bentuk dan membangunkan penyelesaian Bandar Pintar "1 + 4 + N" berasaskan AI (yang merujuk kepada satu pusat, empat platform dan aplikasi inovatif tambahan). Penyelesaian "1" mewakili Pusat Operasi Pintar (IOC) "Otak Bandar" yang mendayakan data yang diperoleh daripada kerajaan, perusahaan dan perkhidmatan penduduk melalui Internet dan IoT, untuk diagregatkan dan diproses menggunakan AI. Ini menyediakan keupayaan analitik berkuasa untuk membantu mengubah Kawasan Baharu Tianjin BinHai menjadi sebuah bandar pintar.

Penyelesaian tersebut terdiri daripada empat platform AI yang berinteraksi dengan IOC dengan kerap untuk menyediakan perkhidmatan pintar:

  • Suara Penduduk – Membawakan teknologi-teknologi pengecaman suara dan penghuraian semantik yang membolehkan pengurus-pengurus bandar memahami suara setiap penduduk untuk mendapatkan pemahaman mengenai keperluan mereka.
  • Memahami Bandar – Menggunakan pengecaman imej dan analisis korelasi bagi meneroka hubungan antara individu, tempat, kenderaan dan benda bagi tujuan memupuk keharmonian untuk semua.
  • Penjagaan Penduduk – Menggabungkan pembelajaran mendalam dan analisis korelasi sepanjang kitaran hayat perkhidmatan bagi menjana sumber yang diperibadikan untuk penduduk.
  • Perkhidmatan Perusahaan – Mengaplikasi analisis berbilang dimensi dan korelasi untuk memperjelas hubungan dalaman bagi industri-industri di daerah TEDA bagi tujuan memadankan dengan tepat ketersediaan sumber perkhidmatan sepanjang kitaran hayat perusahaan.

Vanke Gunakan Penyelesaian Kampus Pintar Baharu Huawei

Memandangkan semakin banyak industri memanfaatkan transformasi digital, kampus-kampus pintar akan meningkatkan pertumbuhan perniagaan dan mendorong daya saing global. Dengan membangunkan kampus pintar, perusahaan akan mendapat pemahaman yang lebih komprehensif, mendalam dan lebih tepat berkaitan keperluan pelanggan dan dapat memberikan pengalaman pelanggan yang relevan, tulen dan cekap. Dengan matlamat menjadi penggerak platform seluruh industri, Huawei menakrifkan semula platform pendayaan kampus pintar menggunakan empat prinsip utama:

  • Model pintar: Melangkaui pendigitan, platform ini dapat mendayakan ketersambungan, kolaborasi, penyepaduan dan inovasi.
  • Ruang kampus: Kekangan ruang bukan lagi suatu penghalang, memandangkan kampus beralih daripada entiti fizikal kepada komuniti maya.
  • Model perniagaan: Platform ini membolehkan pelanggan beralih daripada model mandiri tradisional kepada perniagaan berbilang dimensi dan mengoptimumkan nilai mereka melalui perkongsian transaksi.
  • Operasi kampus: Operasi kini boleh dilihat, diurus dan dikawal dengan mengubah operasi berasaskan rancangan asal kepada operasi atas permintaan.

Huawei melaksanakan projek rintis kampus digital sepenuhnya yang pertama dalam industri di pejabat-pejabat miliknya di serata dunia, yang akan diperkenalkan di 172 negara. Vanke, pemaju hartanah terkemuka berpangkalan di China, turut mengguna pakai penyelesaian Kampus Pintar Huawei bagi membantu mengubah operasi perniagaan terasnya, mengoptimumkan inovasi dan mempercepatkan peluang baharu dalam industri hartanah. Kedua-dua syarikat turut berkolaborasi untuk menubuhkan makmal-makmal inovasi dan bersama-sama meneroka serta melabur dalam senario dan model baharu untuk membangunkan ekosistem demi pembangunan masa depan.

Huawei komited untuk bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan dalam tempoh jangka panjang dan mengambil pendekatan berorientasi masa depan demi mendorong transformasi digital perusahaan melalui kuasa platform. Sehingga kini, 211 daripada syarikat Fortune Global 500 (termasuk 48 syarikat Fortune Global 100) telah memilih Huawei sebagai rakan kongsi transformasi digital mereka.

HUAWEI CONNECT 2018 diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Ekspo Dunia Shanghai dan Pusat Ekspo mulai 10 hingga 12 Oktober. Di bawah tema "Aktifkan Kepintaran", HUAWEI CONNECT tahun ini menjadi forum terbuka, bekerjasama dan berkongsi untuk membantu semua organisasi menyatakan tuntutan mereka dalam dunia pintar. Minda-minda terbaik dalam industri, termasuk pemimpin-pemimpin ICT global, pakar-pakar industri dan rakan-rakan kongsi ekosistem akan berhimpun bagi merancang masa depan dan meneroka peluang-peluang baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.huawei.com/en/press-events/events/huaweiconnect2018

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services