omniture

Lil Wayne, Ms. Lauryn Hill, Meek Mill, Anderson .Paak & Ramai Lagi Ganding Bahu dan Laungkan Suara demi Reformasi Keadilan Jenayah di TIDAL X: Brooklyn Tahunan ke-4

TIDAL
2018-10-12 00:51 1496

Konsert Amal bakal berlangsung di Barclays Center pada 23 Oktober 2018

NEW YORK, 12 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, platform penstriman muzik dan hiburan global TIDAL mengumumkan barisan artis untuk konsert amal "TIDAL X: Brooklyn" Tahunan ke-4 yang membawakan persembahan-persembahan daripada Lil Wayne, Ms. Lauryn Hill, Meek Mill, Anderson .Paak, Kaskade, Normani, Kodak Black, Teyana Taylor, Bazzi, Lil Skies, Mozart La Para, Black Thought, Queen Naija, The Lox, Vic Mensa, BlocBoy JB, DaniLeigh, Danielle Bradbery, Jay Critch, Snoh Aalegra, SiR, Westside Gunn, Conway, Arin Ray, Jacob Banks, Cautious Clay dan Patrick Droney.

TIDAL X: Brooklyn
TIDAL X: Brooklyn

Penghibur-penghibur tahun ini berganding bahu menyokong reformasi keadilan jenayah di seluruh negara. Dengan bantuan penaja tahun ini termasuk Puma, D'USSE, American Family Insurance, Stoli Crushed, Sprint dan Barclays Center, seratus peratus kutipan tiket bersih dan derma akan menyokong pertubuhan-pertubuhan bukan untung reformasi keadilan jenayah seperti #Cut50,  Equal Justice Initiative dan Innocence Project serta REFORM.

Para peminat seluruh dunia dapat mengetahui lebih lanjut, membeli tiket, menderma dan menyaksikan strim langsung pertunjukan ini pada 23 Oktober di sini: TIDAL.com/BROOKLYN.

Sepanjang tiga tahun lalu, konsert-konsert amal TIDAL X telah mengumpul lebih $10 juta untuk keadilan sosial, bantuan & pemulihan bencana serta projek pendidikan. Saban tahun, bintang-bintang handalan ikonik dan artis-artis baharu menyokong mereka yang memerlukan di seluruh dunia dan penghibur-penghibur sebelum ini termasuk Beyoncé, Stevie Wonder, Jennifer Lopez, Alessia Cara, Jessie Reyez, Usher, Common dan ramai lagi.

TIDAL X: BROOKLYN meneruskan komitmen TIDAL untuk menyokong usaha-usaha amal dan isu-isu sosial penting yang diperjuangkan komuniti muzik termasuk Social Wave For Change oleh Lil Wayne, TIDAL X: Money Talk Education Challenge oleh T.I. serta inisiatif-inisiatif keadilan sosial daripada A$AP Ferg, The LOX, Damian Marley, Dec. 99th dan banyak lagi.

Latar Belakang TIDAL
TIDAL ialah platform muzik dan hiburan global milik artis, yang menghubungkan artis dan para peminat dengan lebih dekat melalui kandungan asli unik dan acara-acara eksklusif.

Tersedia di 53 negara, perkhidmatan penstriman ini mempunyai lebih 58 juta lagu dan 240,000 video berkualiti tinggi dalam katalog berserta siri video asli, fail audio digital, beribu-ribu senarai main yang disusun denganmahir dan penemuan artis melalui TIDAL Rising. Dengan komitmen para pemiliknya untuk mencipta model lebih mampan kepada industri muzik, TIDAL tersedia dalam peringkat premium dan HiFi, termasuk rakaman Master Quality Authenticated (MQA).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tidal.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/766982/TIDAL_X_Brooklyn.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/551889/TIDAL_Logo.jpg

Source: TIDAL
Related Links:
Keywords: Entertainment Music Future Events