omniture

XRY Drone - teknologi baharu peroleh dan analisis data dron - diperkenalkan oleh MSAB dan URSA

MSAB
2018-10-12 01:00 1569

STOCKHOLM, 12 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- XRY Drone membolehkan penyiasat mengekstrak dan menganalisis data daripada model-model dron popular yang digunakan untuk aktiviti haram, bagi mendedahkan laluan penerbangan, lokasi asal, tingkah laku dan maklumat kritikal lain yang dapat mengenal pasti pengendalinya.

Pihak polis, agensi-agensi pemulihan, organisasi-organisasi kawalan sempadan dan ketenteraan di seluruh dunia membangunkan kaedah-kaedah menangani ancaman daripada dron yang semakin meningkat. Apabila dron yang terlibat dalam aktiviti haram ditemui, para penyiasat perlu mengekstrak, menyahkod dan melihat data, bagi mendapatkan risikan yang boleh diambil tindakan yang dapat membantu membawa mereka kepada pengendali dan penganjurnya.

XRY Drone baharu memberikan keupayaan baharu kepada penyiasat untuk melakukannya. Berdasarkan kolaborasi antara URSA dan MSAB, XRY Drone ialah ahli baharu rangkaian produk XRY daripada MSAB yang digunakan secara meluas oleh badan penguatkuasaan undang-undang untuk mendapatkan kembali dan melihat data daripada telefon bimbit dan peranti mudah alih yang lain.

"Dron semakin meningkat popularitinya dan keupayaan operasinya turut meningkat maju dengan pesat. Malangnya, dron turut terbukti menjadi alat berguna untuk kegiatan jenayah seperti membawa telefon, senjata dan dadah kepada banduan dalam pusat pemulihan, untuk pengawasan haram mahupun untuk serangan pengganas," kata David Kovar, presiden URSA. Pasukan penyelidikan URSA bekerjasama dengan MSAB untuk mengakses dan menyahkod data dalam beberapa model dron yang digunakan dengan paling meluas.

"Ini merupakan alat forensik dron paling lengkap yang terdapat dalam pasaran hari ini," kata Mike Dickenson, Timbalan Pegawai Eksekutif, MSAB.

Laluan penerbangan, imej, video dan banyak lagi
Dengan XRY Drone, data boleh didapatkan kembali daripada "kotak hitam" dron, fail memori dan telefon pintar yang digunakan untuk mengawal dron tersebut. Para penyiasat boleh melihat laluan penerbangan, imej dan video serta mengakses maklumat lain yang dapat membantu mengenal pasti suspek atau suspek-suspek yang mengendalikan dron berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.msab.com

Latar Belakang URSA Inc.
URSA Inc. membangunkan suit analitik Idetic™ bagi memenuhi keperluan pasaran-pasaran utamanya: ketenteraan, penguatkuasaan undang-undang dan pemilik infrastruktur korporat. Perkhidmatan forensik URSA digunakan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Perlindungan Kastam & Sempadan serta beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan dan negeri di A.S. URSA disokong oleh Pemecut Teknologi Berautomoni Techstars dengan Tentera Udara A.S. dan berada dalam 18 Autonomous Techstars yang disokong oleh program Tentera Udara A.S.

Latar Belakang MSAB:
MSAB ialah pelopor dalam teknologi forensik untuk pemeriksaan peranti mudah alih. Dengan pejabat-pejabat di seluruh dunia dan produk-produk kami digunakan di lebih 120 negara, kami mempunyai jangkauan global. Syarikat ini telah terlibat dengan komunikasi mudah alih sejak 1984, dengan fokus tertumpu pada pemulihan forensik dan analisis data daripada peranti mudah alih sejak 2003.

 

Source: MSAB
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Computer Software Computer/Electronics Homeland Security Telecommunications New products/services