omniture

Menarini Group Umum Perjanjian Komersial untuk Vabomere, Orbactiv dan Minocin di 68 Negara

Menarini I.F.R.
2018-10-12 01:05 705

FLORENCE, Itali, 12 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

  • Lanjutkan perjanjian komersial dan pembangunan bersama sedia ada untuk delafloxacin
  • Kukuhkan tumpuan strategik syarikat terhadap penyakit berjangkit

Menarini Group, syarikat biofarmaseutikal Itali yang berada di 136 negara seluruh dunia, dan Melinta Therapeutics, syarikat AS yang mengkhusus pada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan antibiotik-antibiotik baharu untuk merawat jangkitan bakteria yang serius, telah mengumumkan perjanjian yang mana Menarini akan memperoleh hak-hak eksklusif untuk mengkomersialkan meropenem/vaborbactam (Vabomere[TM] di AS), oritavancin (Orbactiv®) dan minocycline IV (Minocin IV®) di 68 negara di Eropah, Asia Pasifik termasuk China, Korea Selatan dan Australia (kecuali Jepun), serta di Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS) termasuk Rusia.

Perjanjian ini meneruskan perjanjian komersial dan pembangunan bersama sedia ada antara Melinta dan Menarini untuk delafloxacin - diumumkan pada tahun 2017 - dalam 68 pasaran yang sama.

"Kami berasa teruja untuk melanjutkan perkongsian kami dengan Menarini Group dan meningkatkan akses global untuk portfolio antibiotik dinamik kami dengan ketara," kata Dan Wechsler, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Melinta.

"Kami di Menarini mengalu-alukan peluang ini untuk meneruskan kolaborasi kami dengan Melinta yang akan mengukuhkan lagi kehadiran kami dalam pasaran penyakit berjangkit," Pio Mei, Pengurus Besar Menarini Group mengumumkan. "Penambahan meropenem/vaborbactam, oritavancin dan minocycline IV dalam portfolio semasa mengukuhkan platform antibiotik bernilai tinggi kami demi menyokong misi kami, "Jangkitan sebagai Tumpuan", bertujuan untuk memerangi penyakit-penyakit bakteria yang mengancam nyawa yang semakin menjadi kebimbangan global."

Permohonan kebenaran pemasaran untuk meropenem/vaborbactam kini sedang dikaji semula oleh EMA. Pada 20 September 2018, Jawatankuasa Produk-produk Perubatan untuk Kegunaan Manusia (CHMP) menyatakan pandangan positifnya, mengesyorkan pemberian kebenaran pemasaran untuk produk perubatan yang bertujuan untuk merawat jangkitan dalam perut dan saluran kencing yang rumit, pneumonia yang diperoleh dari hospital, bakteremia yang berlaku berkaitan mana-mana jangkitan ini dan jangkitan disebabkan oleh organisma gram-negatif aerobik yang mana pilihan rawatan adalah terhad. Orbactiv, iaitu lipoglikopeptida yang bertindak lama, telah diluluskan oleh EMA bagi merawat individu dewasa yang mengalami jangkitan kulit bakteria dan struktur kulit akut (ABSSSI) yang berpunca daripada bakteria gram-positif tentuan rentan termasuk Staphylococcus aureus yang tahan methicillin (MRSA).

Latar Belakang Menarini Group 

Menarini Group ialah sebuah syarikat farmaseutikal Itali dengan nilai pusing ganti mencecah 3.6 bilion Euro dan menggaji 17,029 kakitangan. Dengan 16 tapak pengeluaran dan 7 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), Menarini memiliki kedudukan yang kukuh di 136 negara.

http://www.menarini.com

 

Source: Menarini I.F.R.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers Licensing/marketing agreements