omniture

PSP Investments alu-alukan rakan kongsi pelaburan baharu dalam Forth Ports

PSP Investments
2018-10-12 22:38 1621

MONTRÉAL dan MELBOURNE, Australia dan SYDNEY dan LONDON, 12 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Public Sector Pension Investment Board ("PSP Investments") dengan sukacitanya mengumumkan penutupan transaksi Forth Ports Limited. PSP Investments telah menjual kepentingan minoriti dalam Forth Ports Limited kepada rakan-rakan kongsi pelaburan jangka panjang, termasuk GLIL Infrastructure (GLIL), First State Super, dan Construction and Building Unions Superannuation (Cbus).


Forth Ports ialah pemilik dan pengendali pelabuhan multimodal dinamik yang berpangkalan di UK, dengan pelabuhan-pelabuhannya berperanan sebagai pintu masuk logistik di seluruh UK, menghubungkan UK dengan Eropah dan seluruh dunia. Ia memiliki dan mengendalikan lapan pelabuhan komersial di Firth of Forth, Firth of Tay dan Thames, dengan kedudukan strategik di Tilbury (London), Grangemouth dan Dundee. Tilbury ialah tapak untuk terminal pelabuhan baharu yang utama, Tilbury 2, manakala Pelabuhan Dundee ialah tapak untuk sektor angin luar pesisir yang semakin berkembang dan industri-industri penyahtauliahan minyak dan gas Laut Utara.

"Kami berasa amat gembira dapat bekerjasama dengan firma-firma pelaburan global yang begitu berkualiti tinggi untuk menyediakan program peluasan dan pelaburan bercita-cita tinggi kami di seluruh UK," kata Charles Hammond, Ketua Eksekutif Kumpulan bagi Forth Ports. "Hal ini memberikan asas pemilikan saham jangka panjang yang stabil yang akan membantu dan menyokong kami untuk melaksanakan strategi pertumbuhan kami. Kami berharap dapat meneruskan hubungan lama dan stabil kami dengan PSP Investments dan dalam masa yang sama memulakan perkongsian dengan First State Super, Cbus dan GLIL."

"Susulan pemerolehan kami terhadap kepentingan Arcus European Infrastructure Fund 1 LP dalam Forth Ports, kami berasa amat teruja untuk bekerjasama dengan First State Super, Cbus dan GLIL tatkala kami memulakan fasa pembangunan syarikat yang seterusnya, dipimpin oleh pasukan pengurusan cemerlang Forth Ports," kata Patrick Samson, Pengarah Urusan dan Ketua Pelaburan Infrastruktur, PSP Investments. "Kami akan terus memiliki sebahagian besar daripada Forth Ports, yang akan membentuk bahagian penting dalam portfolio pelaburan infrastruktur UK kami."

Latar Belakang PSP Investments
Public Sector Pension Investment Board (PSP Investments) ialah salah satu pengurus pelaburan pencen terbesar di Kanada dengan C$153 bilion aset bersih setakat 31 Mac 2018. Ia mengurus pelbagai portfolio global yang terdiri daripada pelaburan dalam pasaran kewangan awam, ekuiti persendirian, hartanah, infrastruktur, sumber asli dan hutang persendirian. Ditubuhkan pada tahun 1999, PSP Investments mengurus simpanan bersih dalam dana pencen untuk Khidmat Awam persekutuan, Angkatan Kanada, Polis Berkuda Diraja Kanada dan Pasukan Simpanan. Beribu pejabat di Ottawa, PSP Investments mempunyai pejabat perniagaan utamanya di Montréal, dan pejabat-pejabat di New York dan London. Untuk maklumat lanjut, layari investpsp.com atau ikuti kami melalui Twitter dan LinkedIn.

Latar Belakang GLIL
GLIL Infrastructure LLP (GLIL) ialah satu usaha sama antara beberapa Dana Pencen Kerajaan Tempatan UK yang menyasarkan pelaburan dalam aset-aset infrastruktur utama terutamanya di UK. Rakan-rakan kongsi pengasas GLIL ialah dana pencen Greater Manchester, Merseyside, West Yorkshire, yang dikenali secara kolektif sebagai Northern Pool, dan Perkongsian Pencen Tempatan (LPP) yang mengurus aset-aset Lembaga Dana Pencen Berkshire, Lancashire dan London. GLIL menyatakan komitmen modal sebanyak £1.8 bilion. Susulan pemerolehan ini, ia telah melabur lebih £1 bilion dalam aset-aset infrastruktur UK.

Latar Belakang First State Super
First State Super ialah salah satu organisasi perkhidmatan kewangan keuntungan-untuk-ahli yang terbesar di Australia. Visi kami adalah untuk memberi masa depan yang lebih baik kepada semua warga Australia. Kami menyediakan ahli-ahli kami dengan masa depan kewangan yang lebih baik melalui persaraan yang selamat dan terjamin serta khidmat kewangan yang berkualiti. Kebanyakan ahli First State Super bekerja dalam organisasi-organisasi pendidikan, kesihatan, penguatkuasaan undang-undang, perkhidmatan kecemasan dan organisasi-organisasi lain yang menjaga komuniti. Kami melabur lebih A$92 bilion (setakat 31 Ogos 2018) dalam dana di bawah pengurusan bagi pihak lebih 800,000 ahli. Kami percaya bahawa semua orang berhak mendapat persaraan yang terhormat. Melalui syarikat perancangan kewangan milik penuh kami, StatePlus, kami menyediakan khidmat nasihat berkualiti tinggi dan berpatutan kepada ahli-ahli dan seluruh warga Australia.

Latar Belakang Cbus
Ditubuhkan pada tahun 1984, Cbus ialah program persaraan syarikat Australia untuk mereka yang bekerja dalam sektor bangunan dan pembinaan. Dengan lebih 780,000 ahli dan lebih 136,000 majikan Cbus ialah penjaga simpanan persaraan ahli-ahlinya sebanyak lebih AUD$47 bilion. Sejak tahun 1984, Cbus telah mengembalikan purata 9.29% untuk ahli-ahlinya pada setiap tahun. Cbus melabur terus ke dalam industri pembinaan melalui hartanah dan infrastruktur, dengan infrastruktur mewakili lebih A$4.5 bilion bagi dana bawah pengurusan. Sebagai dana keuntungan-untuk-ahli, fokus tertumpu Cbus adalah meningkatkan kualiti persaraan ahli-ahli kami.

Latar Belakang Forth Ports
Forth Ports Limited ialah salah satu kumpulan pelabuhan terbesar UK dan memiliki serta mengendalikan lapan pelabuhan komersial di UK iaitu Tilbury di Thames, Dundee di Firth of Tay serta enam di Firth of Forth – Leith, Grangemouth, Rosyth, Methil, Burntisland dan Kirkcaldy. Di dalam dan sekitar Firth of Forth dan Firth of Tay, Forth Ports mengurus dan mengendalikan kawasan perairan yang boleh dilalui seluas 280 batu persegi termasuk dua terminal marin khusus untuk mengeksport minyak dan gas serta menyediakan perkhidmatan marin yang lain, seperti penundaan dan pemuliharaan. www.forthports.co.uk @forthports

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/767303/PSP_Investments_PSP_Investments_welcomes_new_investment_partners.jpg 

Untuk maklumat lanjut: Perhubungan Media:  PSP Investments: Verena Garofalo, Telefon: +1 (514) 218-3795, Emel: media@investpsp.com; Forth Ports: Debbie Johnston, Spreng Thomson, Telefon: 0141 548 5191, Emel: debbie@sprengthomson.com; Callum Spreng, Spreng Thomson, Telefon: 0141 548 5191, Emel: callum@sprengthomson.com 

 

Source: PSP Investments
Keywords: Banking/Financial Service Maritime/Shipbuilding Transportation Acquisitions, mergers, takeovers