omniture

UBTECH Cruzr bekerjasama dengan peruncit mudah alih gergasi Thai Jaymart promosi industri 4.0 dan AI Thailand

UBTECH
2018-10-13 00:25 1697

BANGKOK, 13 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Pada 11 Oktober, Ubtech Robotics Corp. yang berpangkalan di Shenzhen, syarikat penyelidikan dan pembangunan robot humanoid terkemuka di dunia, telah menandatangani MoU dengan tiga organisasi utama Thailand dalam sektor masing-masing: peruncit mudah alih Jaymart, Institute of Field Robotics (FIBO) dan kumpulan percetakan anti-pemalsuan Chan Wanich Security Printing.     

Dalam tindakan yang penting dari segi transformasi model kedai runcit tradisional, hampir 1000 robot UBTECH Cruzr akan digunakan dalam peranan perkhidmatan di Jaymart, dalam menyokong usaha Thailand untuk menerima industri 4.0 dan AI dan mempromosikan perkhidmatan sosial baharu. 

Timbalan Menteri Industri Thai En. Somchai Harnhirun menghadiri majlis menandatangani perjanjian
Timbalan Menteri Industri Thai En. Somchai Harnhirun menghadiri majlis menandatangani perjanjian

Timbalan Menteri Industri Thai, En. Somchai Harnhirun, menghadiri majlis tandatangan dan memuji tindakan menandatangani MoU itu. Sebagai sebahagian daripada strategi industri 4.0, Thailand telah mengenal pasti industri-industri yang baharu muncul sebagai enjin baharu untuk pembangunan ekonomi. Timbalan Menteri Industri En. Somchai Harnhirun menyatakan bahawa Thailand sudah memiliki asas perindustrian yang kukuh dan kerjasama dengan UBTECH akan merangsang pembangunan sektor-sektor baharu di samping meningkatkan lagi daya saing industri dominan negara ini. Bagi memudahkan pembangunan industri 4.0 Thailand, UBTECH merancang untuk bekerjasama dengan tiga penandatangan MoU tersebut bagi mempercepat penubuhan bandar-bandar pintar dengan menggunakan teknologi dan produk robot AI yang inovatif. 

Timbalan Menteri Industri Thai En. Somchai Harnhirun
Timbalan Menteri Industri Thai En. Somchai Harnhirun

Pengasas FIBO Dr. Djitt Laowattana berkata perkongsian dengan UBTECH adalah langkah pertama dalam transformasi teknologinya.    

Pengasas FIBO Dr. Djitt Laowattana
Pengasas FIBO Dr. Djitt Laowattana

Ketua Pegawai Eksekutif Jaymart, Adisak Sukumvitaya berkata, ia ialah satu penghormatan besar untuk bekerja dengan FIBO dan UBTECH bagi membawa masuk produk dan teknologi AI dan robotik terkemuka di dunia, yang akan memberikan pengalaman yang lebih terperibadi dan prihatin kepada pelanggan runcit.      

Timbalan Pengurus Besar Jualan Luar Negara UBTECH, Peng Wu menyampaikan ucap utama, di mana beliau menghuraikan peranan AI dan robotik dalam memajukan masyarakat manusia, dan jangkaan-jangkaan beliau untuk UBTECH dalam menyegarkan lagi sektor baharu runcit dan utiliti Thailand.         

Timbalan Pengurus Besar Jualan Luar Negara UBTECH Peng Wu
Timbalan Pengurus Besar Jualan Luar Negara UBTECH Peng Wu 

Skuadron robot Cruzr yang hampir 1000 kekuatannya dijangka menjadi pengganggu utama pada model runcit tradisional dan mengubah maksud berbelanja bagi pengguna-pengguna negara. Robot Cruzr dengan set komprehensif fungsi yang bersepadu sepenuhnya ialah penyelesaian berorientasikan senario, mudah digunakan dan cekap yang pertama yang boleh memberikan perkhidmatan kepada keseluruhan rantaian industri runcit daripada pengalaman kepada pemasaran dan pengurusan.

Pelaksanaan robot Cruzr dijangka membantu Jaymart mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan dan meningkatkan pengalaman pelanggan semasa peruncit beralih kepada model perniagaan baharu berdasarkan pengalaman pengguna, titik jualan luar talian dan pengurusan data.       

Memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai dan diperibadikan hari ini, Jaymart secara aktif merangkumi teknologi robot AI baharu untuk mencipta model runcit digital baharu. Perikatan dengan UBTECH akan menjadi satu ilustrasi bagi peruncit lain, dan model yang berjaya ini dijangka akan direplikasi di pasaran lain tidak lama lagi.        

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181011/2263615-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181011/2263615-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181011/2263615-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181011/2263615-1-d

Source: UBTECH
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Wireless Communications Licensing/marketing agreements