omniture

Trina Solar dianugerahi pingat emas lagi dalam penarafan CSR yang terkenal

Trina Solar Limited
2018-10-13 01:52 1745

CHANGZHOU, China, 13 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Trina Solar baru-baru ini dianugerahi pingat emas untuk tahun kedua berturut-turut sebagai pengiktirafan prestasi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh EcoVadis, sebuah organisasi penilaian pihak ketiga yang bebas. Menurut laporan itu, skor keseluruhan Trina Solar menduduki tempat ke-3% teratas bagi syarikat dalam industri pembuatan komponen dan papan elektronik.         

Penilaian EcoVadis memberi tumpuan kepada 21 kriteria yang dikelompokkan kepada 4 tema (Alam Sekitar, Buruh & Hak Asasi Manusia, Etika, Perolehan Mampan). 21 kriteria ini adalah berdasarkan piawaian CSR antarabangsa seperti Prinsip Kompak Global, Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa, standard Inisiatif Pelaporan Global dan lain-lain. Dalam penilaian tahun ini, Trina Solar memperoleh skor keseluruhan 65. Dalam kategori Alam Sekitar, Trina Solar memperoleh 70, yang menduduki 6% tempat teratas dalam industri; dalam kategori Buruh & Hak Asasi Manusia, Trina Solar memperoleh 70, yang menduduki 5% tempat teratas dalam industri; dalam kategori Perolehan Mampan, Trina Solar mencatat 60, yang menduduki 7% tempat teratas dalam industri.            

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Trina Solar, Gao Jifan berkata, pingat emas ini menunjukkan usaha dan pencapaian Trina Solar yang berterusan dalam mempromosi pembangunan mampan. Trina Solar adalah lebih daripada sekadar pembawa tenaga hijau, ia ialah pengamal yang sebenar. Untuk menjadi peneraju dunia bagi tenaga Internet Komunikasi Benda, Trina Solar akan terus memenuhi tanggungjawab sosial korporat, dan menjalankan misi korporatnya "Tenaga Solar untuk Semua".         

Beribu pejabat di Paris, EcoVadis menilai dasar dan tindakan pembekal global serta laporan mereka yang diterbitkan berkaitan dengan alam sekitar, buruh dan hak asasi manusia, etika dan pemerolehan mampan. EcoVadis kini mempunyai 50,000 pelanggan, tersebar merentas 150 negara dan 190 sektor industri. Lebih 300 syarikat multinasional menggunakan EcoVadis bagi memantau prestasi CSR rakan-rakan perdagangan mereka.       

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar ialah peneraju penyedia penyelesaian menyeluruh global untuk tenaga solar. Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar membangunkan penyelesaian PV pintar proprietari untuk stesen kuasa besar serta penyelesaian komersil dan kediaman, sistem simpanan tenaga dan modul fotovolta. Sebagai penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian tenaga suria bersepadu, Trina Solar telah menerajui usaha untuk berkembang menjadi jenama dalam dunia tenaga IoT (Internet Komunikasi Benda) dan komited untuk menjadi pemimpin global dalam sektor baharu dan pesat berkembang ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

 

 

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards