omniture

Central Park Tower, Bangunan Kediaman Paling Tinggi di Dunia, Lancar Jualan

Extell Development Company
2018-10-15 20:00 1004

Kediaman Paling Hebat Pernah Dijual di New York City             

NEW YORK, 15 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Firma pemaju hartanah negara yang diiktiraf Extell Development Company hari ini mengumumkan pelancaran jualan bangunan kediaman tertinggi di dunia. Sebuah suar kaca dan keluli setinggi 1,550 kaki di Billionaire's Row yang terkenal di New York City, Central Park Tower akan menjadi salah satu alamat paling berprestij di dunia. Menawarkan pemandangan yang tidak berhujung, seni bina yang indah, susun atur yang anggun dan tahap perkhidmatan yang terunggul, Central Park Tower akan menjadi pencakar langit New York yang paling sahih.               

Central Park Tower, Tallest Residential Building In The World, Launches Sales.
Central Park Tower, Tallest Residential Building In The World, Launches Sales.

"Sepanjang satu dekad perancangan dan kerjasama dengan arkitek, jurutera dan pereka yang paling berbakat di dunia telah menghasilkan struktur ikonik terbaharu di Manhattan," kata Gary Barnett, Pengasas dan Presiden Extell Development Company. "Central Park Tower memperkenalkan tahap reka bentuk, kualiti dan perkhidmatan yang terunggul. Bangunan ini akan menonjol dalam sejarah New York City sebagai penawaran kediaman tunggal yang mendefinisi semula kehidupan mewah."       

Menara ini terletak di West 57th Street, koridor paling berprestij di New York City, dengan Central Park berada di utara dan hab dinamik Columbus Circle di sebelah barat. Extell merintis apa yang kini dikenali sebagai Billionaire's Row with One57, menara super tinggi pertama di 57th Street. Terletak di atas hotel perdana lima bintang Park Hyatt, menara kaca memecah rekod yang menghadap Central Park menempatkan kediaman paling mahal yang pernah dijual di New York City iaitu pada harga $100.5 juta.         

Central Park Tower direka oleh Adrian Smith + Gordon Gill Architect (AS + GG), firma yang didedikasi untuk reka bentuk seni bina yang berprestasi tinggi, cekap tenaga, menarik pada skala antarabangsa. AS + GG telah bekerjasama dengan pelanggan di seluruh dunia untuk mereka bentuk sembilan bangunan tertinggi dan berprestasi tinggi di dunia. Pada masa ini, AS + GG bertanggungjawab untuk reka bentuk bangunan tertinggi yang seterusnya di dunia, Jeddah Tower kini sedang dibina di Arab Saudi, serta Wuhan Greenland Centre dan Greenland Tower Chengdu, kedua-duanya sedang dibina di China.                  

Dengan pengalaman luas mereka, AS + GG mempunyai kesesuaian yang unik untuk menyampaikan bangunan ikonik, terkenal seperti Central Park Tower. Bahagian luaran bangunan ini membezakannya daripada persekitarannya dengan menggabungkan unsur-unsur kaca, keluli tahan karat dengan kemasan satin, dan perincian memerangkap cahaya menegak dan mendatar yang menonjolkan interaksi tekstur dan cahaya. Pada ketinggian 300 kaki dari jalan, dengan rasuk julur menara menghadap ke timur memberikan pemandangan Central Park kepada semua kediaman yang menghadap ke utara.              

Aspek definitif apabila menetap di Central Park Tower ialah pemandangan luar biasa dan pelan lantainya. Ruang tamu dan ruang hiburan yang hebat berada di kedudukan strategik di sudut-sudut kediaman bagi memaksimumkan pelbagai panorama dan pemandangan keseluruhan bandaraya. Unsur-unsur struktur diletak di lokasi yang tersorok di antara unit-unit kediaman, menghasilkan tingkap dari lantai ke siling, pemandangan yang tidak terhalang dan susun atur yang anggun.           

"Salah satu tanggungjawab terbesar seni bina adalah untuk terus meningkatkan pengalaman namun mewujudkan struktur yang elegan dan dikagumi," kata Gordon Gill dari Adrian Smith + Gordon Gill Architecture. "Central Park Tower direka untuk mengambil manfaat daripada semangat bandar raya New York yang hebat dan mencipta alamat yang layak dengan lokasinya di Billionaires Row dan Central Park."          

Bahagian dalaman kediaman-kediaman megah ini direka oleh Rottet Studio, yang mempunyai senarai rekaan termasuk The Surrey Hotel di Manhattan, The St. Regis di Aspen, The Beverly Hills Hotel Presidential Bungalows dan The River Oaks di Houston. Hiasan dalaman Rottet bercirikan tahap perincian yang terulung dan menggabungkan kemasan unik dan tersuai bagi mewujudkan persekitaran dalaman yang tidak dapat ditandingi. Bermula di tingkat ke-32, 179 kediaman dua hingga lapan bilik tidur ultra mewah pelbagai saiz bermula dari 1,435 kaki persegi hingga lebih 17,500 kaki persegi.           

Terletak di dalam menara kediaman tertinggi yang pernah dibina ialah salah satu kelab persendirian paling eksklusif di dunia, Central Park Club. Kelab ini akan menawarkan kira-kira 50,000 kaki persegi kemudahan mewah yang disusun dengan teliti terbentang di tiga tingkat, setiap lokasi menyediakan pengalaman unik yang dilengkapi dengan perkhidmatan lima bintang.                

Aras pertama kelab, terletak di tingkat 14 menampilkan ruang istirahat penghuni dengan permainan biliard, bilik-bilik tayangan dan keraian. Tarikan utama aras ini ialah teres luaran 15,000 kaki persegi dengan kolam renang sepanjang 60 kaki yang menakjubkan, kabana, bar, dinding tayangan, perkhidmatan makanan dan minuman dan taman permainan kanak-kanak di luar. Pusat kesihatan dan kecergasan di tingkat 16 termasuk kolam renang tertutup sepanjang 63 kaki, pusat kecergasan ultra moden, gelanggang bola keranjang, gelanggang skuasy peraturan, sauna dan bilik-bilik stim dan rawatan. Kelab ini memuncak di tingkat 100 dengan ketinggian melebihi 1,000 kaki. Rancangan bagi ruang luar biasa ini masih belum didedahkan.             

Di bahagian bawah bangunan ini akan terletaknya kedai utama Nordstrom NYC Flagship tujuh tingkat yang baharu seluas 320,000 kaki persegi yang melambangkan pencapaian terbesar dan terhebat jenama ini. Selepas pencarian selama 30 tahun untuk tapak yang optimum, peruncit fesyen yang berpangkalan di Seattle ini memilih Central Park Tower sebagai lokasi bagi pelaburan projek tunggal terbesar dalam sejarah lebih 100 tahunnya.               

Extell sedang membangunkan Central Park Tower bersama dengan SMI USA (SMI), subsidiari AS bagi Shanghai Municipal Investment, sebuah syarikat pelaburan infrastruktur terkemuka yang bertanggungjawab ke atas Shanghai Tower yang disanjungi, bangunan kedua tertinggi di dunia.            

Extell Marketing Group akan mengendalikan jualan dan pemasaran Central Park Tower secara eksklusif, dengan penutupan pertama yang dijadualkan pada akhir 2019. Untuk maklumat lanjut atau untuk menjadualkan temujanji peribadi di galeri jualan, sila hubungi 212-957-5557 atau layari www.centralparktower.com.

Latar belakang Extell
Extell Development Company ialah pemaju hartanah yang diiktiraf di peringkat kebangsaan bagi hartanah kediaman, komersil, runcit, perhotelan dan pelbagai guna, yang beroperasi terutamanya di Manhattan dan bandar-bandar utama lain di seluruh negara. Dengan kerjasama arkitek dan profesional reka bentuk bertaraf dunia, Extell mewujudkan hartanah yang terkenal dengan reka bentuk canggih, pelan lantai yang anggun dan kemudahan kelas pertama.            

Projek-projek yang sedang dibangunkan termasuk kondominium terbesar di Lower Manhattan, One Manhattan Square, yang terletak di pinggir New York Harbour, menawarkan pemandangan air dan bandaraya yang menakjubkan serta kemudahan lebih 100,000 kaki persegi; Brooklyn Point, yang dijangka menjadi bangunan tertinggi di Brooklyn setelah siap; The Kent di 200 East 95th Street, sebuah bangunan yang diilhamkan oleh Art Deco dengan bahagian dalaman yang menampilkan keanggunan klasik Upper East Side; 1010 Park, sebuah koleksi tempahan khas kondominium mewah dengan 11 tingkat penuh dan dupleks; dan 70 Charlton, pembangunan kediaman mewah pertama yang terletak di Hudson Square, sebuah enklaf di dalam West SoHo. Extell juga telah memulihkan dan memperbaiki beberapa hartanah klasik dalam kejiranan penting, termasuk bekas bangunan Stanhope Hotel di 995 Fifth Avenue dan The Belnord, sebuah bangunan mercu tanda di Upper West Side. Untuk maklumat lanjut mengenai Extell, sila lawati laman sesawang syarikat di www.extell.com

Latar belakang Adrian Smith + Gordon Gill Architecture
Adrian Smith + Gordon Gill Architect (AS + GG) berdedikasi kepada reka bentuk seni bina yang berprestasi tinggi, cekap tenaga dan mampan. Pendekatan AS + GG terhadap setiap projek adalah dengan pemahaman bahawa seni bina mempunyai kuasa unik bagi mempengaruhi kehidupan awam. Firma ini berusaha untuk mencipta reka bentuk yang membantu masyarakat, memajukan teknologi moden, mengekalkan alam sekitar dan menginspirasi mereka di sekeliling kita untuk menambah baik dunia kita. Di samping beberapa projek Budaya dan Campur Guna di Amerika Syarikat, AS + GG sedang mereka bentuk projek-projek untuk Arab Saudi, Dubai, China, India dan Kanada. Firma ini ditubuhkan pada tahun 2006 oleh rakan-rakan kongsi Adrian Smith, Gordon Gill dan Robert Forest. Untuk maklumat lanjut, sila lawati smithgill.com.              

Latar belakang SMI
SMI USA, subsidiari AS Shanghai Municipal Investment (juga dikenali sebagai Shanghai Chengtou), ialah sebuah firma pelaburan dan pengurusan hartanah yang berpangkalan di New York. SMI USA berbangga dengan pendiriannya terhadap integriti, profesionalisme dan aset-aset yang terbaik dalam kelasnya. SMI mengemudi projek-projek dari mula sehinggalah kepada penyerahan dengan lancar.            

SMI USA ialah cawangan yang berpangkalan di AS bagi syarikat induk yang sangat berpengaruh yang merupakan syarikat milik negara terbesar di Shanghai. SMI kini mempunyai dua syarikat subsidiari tersenarai awam serta 11 syarikat bersekutu dan subsidiari persendirian. Syarikat ini berkembang maju selaras dengan perancangan, pelaburan, pembinaan dan agenda operasi infrastruktur Shanghai.             

 
Central_Park_Tower_Kitchen
Central_Park_Tower_Kitchen

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/768349/Central_Park_Tower.jpg
Video - https://mma.prnewswire.com/media/768352/Extell_Development_Company_Central_Park_Tower.mp4
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/768355/Central_Park_Tower_Kitchen.jpg

Source: Extell Development Company
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Residential Real Estate Hispanic-oriented news