omniture

SodaStream Bina Alat Marin Besar Kumpul Sisa Plastik dari Lautan di Pantai Honduras

SodaStream International Ltd.
2018-10-15 21:00 1004

Ketua Pegawai Eksekutif Daniel Birnbaum Pimpin 300 Eksekutif SodaStream dari Seluruh Dunia, Belia Tempatan dan NGO Alam Sekitar Bersihkan Laut Caribbean dan Pantai Roatán  

AIRPORT CITY, Israel, 15 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- SodaStream International Ltd. (NASDAQ: SODA) hari ini mengumumkan pelancaran "Holy Turtle", mesin lautan bersaiz besar yang direka untuk membersihkan sisa plastik daripada perairan terbuka. Peranti inovatif ini akan menjalani ujian rintis awal hari ini di Laut Caribbean, dari pantai Roatán, Honduras, sebagai sebahagian daripada pembersihan lautan yang berani yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Daniel Birnbaum. Ini merupakan percubaan pertama yang diketahui oleh sebuah syarikat komersial untuk menjalankan operasi pembersihan fizikal terhadap sampah dari perairan terbuka. Delegasi pembersihan SodaStream melibatkan 150 eksekutif SodaStream dari 45 negara, pakar-pakar alam sekitar antarabangsa, Pertubuhan Bukan Untung Plastic Soup Foundation dan beratus-ratus kanak-kanak dari 7 buah sekolah tempatan berbeza bersama-sama pegawai-pegawai kerajaan tempatan Honduras.

SodaStream deploys the “Holy Turtle” a 1,000 ft. contraption designed to clean plastic pollution from the ocean waters without harming marine life as part of a massive cleanup expedition in Honduras.
SodaStream deploys the “Holy Turtle” a 1,000 ft. contraption designed to clean plastic pollution from the ocean waters without harming marine life as part of a massive cleanup expedition in Honduras.

"Holy Turtle" ialah unit terapung berukuran 1,000 kaki panjang yang direka untuk ditunda perlahan-lahan oleh dua buah kapal marin di sepanjang kilometer perairan terbuka. Mesin ini direkayasa dengan unik bagi mengumpul sisa terapung manakala lubang udaranya yang besar bertindak untuk melindungi hidupan liar. Reka bentuk alat ini diinspirasikan oleh sistem pembendungan tumpahan minyak dan dibangunkan oleh ABBCO di Florida, AS yang merupakan pakar-pakar terkemuka dalam pembendungan tumpahan minyak.

Inisiatif Roatán SodaStream diilhamkan oleh sebuah video yang difilemkan oleh Caroline Powers pada Oktober 2017 dan ditayangkan di BBC, menampilkan fotografi dalam air tompokan sampah terapung berhampiran Roatán pantai Caribbean. Terkesan dengan video yang membimbangkan itu, Ketua Pegawai Eksekutif SodaStream, Daniel Birnbaum, seorang juragan dan pegawai tentera laut berpengalaman, memimpin operasi pencarian penyelesaian untuk membersihkan sisa terapung ini. Birnbaum berkata, "Kita tidak dapat membersihkan kesemua sisa plastik di muka bumi, namun demikian setiap seorang daripada kita perlu melakukan apa yang kita mampu. Perkara paling penting adalah menyatakan komitmen untuk tidak lagi menggunakan plastik guna sekali."

Pencemaran plastik yang dikumpul oleh "Holy Turtle" akan digunakan untuk mengadakan satu pameran bagi meningkatkan kesedaran dan mendidik pengguna di seluruh dunia ke arah mengurangkan penggunaan plastik guna sekali dalam segala bentuk termasuk cawan plastik, penyedut minuman, beg dan botol."

Misi SodaStream selama empat hari ke Honduras membabitkan penyertaan kanak-kanak dari 7 buah sekolah tempatan yang bukan sahaja akan bekerjasama dengan para eksekutif SodaStream semasa operasi pembersihan, tetapi juga akan turut menerima sesi-sesi pendidikan daripada pakar-pakar alam sekitar untuk menjadi duta-duta alam sekitar dalam masyarakat mereka. Penceramah-penceramah jemputan terdiri daripada Maria Westerbos, pengasas Plastic Soup Foundation; Chris Jordan, Jurugambar Seni yang terkenal dengan karya tangkapan beliau "Albatross", perjalanan visual hebat tentang tragedi alam sekitar yang amat mengecewakan di Pulau Midway di Pasifik; Laura Leiva, Penyelidik Plastik Marin dari Institut Penyelidikan Polar dan Marin Alfred-Wegener di Jerman; Elena Gonzalez, pengasas bersama Bay Island Coastal Clean-up dan Mishelle Mejia, perunding kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Sebanyak lebih 8 juta tan plastik mengalir ke lautan setiap tahun. Plastik ini tidak hilang begitu sahaja. Ia terpecah-pecah menjadi partikel kecil, terapung di lautan, membahayakan hidupan marin dan memasuki rantaian makanan kita," kata Birnbaum. "Kita semua perlu berganding bahu untuk mengurangkan penggunaan plastik guna sekali dan menyatakan komitmen untuk mengubah tabiat kita dan memilih produk boleh diguna semula. Ia terletak di tangan kita."

Untuk agenda lengkap dan maklumat lanjut, sila layari www.roatan2018.com.

Latar Belakang SodaStream
SodaStream ialah jenama air berbuih No. 1 di dunia (dari segi jumlah pengambilan) dan baru-baru ini mengumumkan ia telah diambil alih oleh PepsiCo (NASDAQ:PEP) pada nilai $3.2 Bilion (dijangka selesai kira-kira pada akhir tahun 2018). SodaStream mendayakan pengguna untuk mudah menukarkan air paip biasa menjadi air berbuih dan air berbuih berperisa dalam masa beberapa saat. Dengan menjadikan air biasa seronok dan menarik untuk diminum, SodaStream membantu pengguna untuk minum lebih banyak air. Pembuat air berbuih SodaStream menawarkan penyelesaian yang amat berbeza dan inovatif untuk pengguna minuman ringan berkarbonat botol atau tin. Produk-produk ini menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan, selain mesra alam sekitar, berkesan kos dan boleh disesuaikan serta seronok untuk digunakan. Produk-produk ini tersedia di lebih 80,000 kedai runcit di 45 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut cara SodaStream menjadikan air suatu yang menarik, ikuti kami melalui Facebook, Twitter, Pinterest, Instagram dan YouTube atau layari www.SodaStream.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/765362/HolyTurtle.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/636193/SodaStream_Logo.jpg

Source: SodaStream International Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:PEP NASDAQ:SODA
Related Links:
Keywords: Beverages Environmental Products & Services Green Technology Corporate Expansion Corporate Social Responsibility