omniture

Artis-artis Dunia Berhimpun sempena Festival Filem Antarabangsa Jalan Sutera Kelima Menandakan 60 Tahun Pembikinan Filem di Xi'an Film Studio Ikonik

Silk Road International Film Festival
2018-10-16 15:48 965

XI'AN, China, 16 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Festival Filem Antarabangsa Jalan Sutera Kelima (SRIFF18) melabuhkan tirai hari ini dengan menyambut ulang tahun ke-60 "tempat permulaan Filem Baharu Cina", Xi'an Film Studio. Festival SRIFF kelima, yang bertepatan dengan ulang tahun Inisiatif Jalur dan Jalan, mengalu-alukan kehadiran para artis dan pembikin filem dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pertukaran dan pencarian peluang-peluang untuk memberi nafas baharu kepada hab filem ikonik China.

Global Artists Gather for Fifth Silk Road International Film Festival Which Marks 60 Years of Film Making at the Iconic Xi'an Film Studio
Global Artists Gather for Fifth Silk Road International Film Festival Which Marks 60 Years of Film Making at the Iconic Xi'an Film Studio

Semasa festival, lebih 100 filem cemerlang dari dalam dan luar negara ditayangkan merentas 30 universiti, sepuluh plaza dan 100 komuniti di Xi'an. Acara tahun ini berbeza secara uniknya daripada acara-acara terdahulu dengan penambahan beberapa acara sampingan baharu yang interaktif, melibatkan Persidangan Pertukaran Pengarah Belia Antarabangsa 2018, Debat Filem Dunia dan Masterclass Pembikin Filem.

Filem-filem yang ditayangkan adalah dari pelbagai negara sepanjang Jalan Sutera, termasuk Rusia, Itali, India, Perancis, UK, Poland, dan lain-lain. Selepas semakan pertama, 18 finalis telah dikenal pasti. Pemenang-pemenang SRIFF18 termasuk:

Anugerah SRIFF 2018

Pemenang

Filem Cetera Terbaik

Dying to Survive (2018)

The Insult (L'insulte) (2017)

12th Men (Den 12. Mann) (2017)

Filem Animasi Terbaik

The Underdog (2018)

Dokumentari Terbaik

Stammering Ballad (2018)

Pelakon Lelaki Terbaik

Agatha Dominik menerusi persembahan beliau dalam filem Najlepszy  (2017)

Pelakon Wanita Terbaik

Dasha Plahtiy menerusi persembahan beliau dalam filem Strimgolov (2017)

Penghormatan Khas

Temporary Difficulties (2018)

Untuk maklumat lanjut tentang Festival Filem Antarabangsa Jalan Sutera, penyertaan dan pemenang-pemenang tahun ini, sila layari: http://silkroadfilmfestival.com/category/srff-2018-features/.

Festival tahun ini menjadi luar biasa dalam tahun kelimanya, dengan menayangkan beberapa karya antarabangsa hebat oleh beberapa artis yang amat berbakat. Bagi filem-filem Cina, tahun ini sangat bermakna khususnya tatkala Xi'an turut serta untuk menyambut ulang tahun ke-60 Xi'an Film Studio ikonik yang menerbitkan karya-karya klasik seperti Farewell My Concubine yang memenangi lebih 300 anugerah tempatan dan antarabangsa.

Latar Belakang Festival

Festival Filem Antarabangsa Jalan Sutera (SRIFF) diadakan dua kali setahun dan bersilih ganti antara bandar Xi'an dan Fuzhou. Festival ini menumpu pada pembangunan tiga platform berbeza untuk industri-industri perfileman tempatan dan antarabangsa: persembahan, kerjasama dan perdagangan seni dengan matlamat untuk menggalakkan interaksi yang lebih luas antara para pembikin filem dan penggemar-penggemar filem di negara-negara sepanjang Jalan Sutera.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181015/2267646-1

Source: Silk Road International Film Festival
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Trade show news