omniture

Aeroflot Terbang Dengan Business Traveller Award Pertama

Aeroflot
2018-10-17 20:26 699

MOSCOW, 17 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Aeroflot dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur di Business Traveller Awards, kali pertama pembawa bendera Rusia itu meraih salah satu anugerah tahunan yang dipilih oleh pembaca majalah UK yang terkemuka Business Traveller.

"Ia merupakan satu penghormatan istimewa untuk menerima anugerah antarabangsa yang berprestij ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot Vitaly Saveliev. "Business Traveller Awards amat berharga kerana ia memperlihatkan pendapat yang tulus daripada penumpang-penumpang kami yang paling arif. Semakin ramai pengembara antarabangsa memilih untuk terbang dengan Aeroflot, yang mencerminkan piawaian perkhidmatan kami yang tekal tinggi, jaringan laluan yang menyenangkan dan harga yang menarik. Kami akan terus menumpu pada kelebihan kompetitif ini tatkala kami berusaha untuk terus mengukuhkan kedudukan pasaran global kami."

Business Traveller Awards adalah antara yang paling berprestij dalam industri ini dan telah menjadi acara tetap dalam kalendar pengembaraan perniagaan dan hospitaliti selama lebih 30 tahun. Keputusan pengundian daripada pembaca-pembaca majalah disahkan kesahihannya oleh sebuah syarikat pengauditan bebas dan diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras pasaran terhadap kecemerlangan.

Business Traveller ialah majalah terkemuka untuk pengembara perniagaan yang kerap, dengan 14 edisi di seluruh dunia. Dilancarkan di UK pada tahun 1976, Business Traveller menjadi majalah yang terkemuka di seluruh dunia untuk pengembara korporat yang tercari-cari perkhidmatan unggul sama ada perjalanan untuk perniagaan mahupun keseronokan.

Aeroflot ialah pemenang tetap bagi anugerah-anugerah antarabangsa berdasarkan pengundian penumpang. Kesetiaan dan tahap kepuasan yang tinggi penumpang-penumpang syarikat penerbangan ini diperlihatkan di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax tahun ini, apabila Aeroflot dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali ketujuh, manakala pengguna TripAdvisor, laman ulasan pengembaraan yang terbesar di dunia, menamakan perkhidmatan kelas perniagaan Aeroflot sebagai yang terbaik di Eropah.

Latar Belakang Aeroflot 

Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot menawarkan perkhidmatan di 146 destinasi dalam 52 negara. 

Kumpulan 250 pesawat Aeroflot merupakan yang terbaharu dalam mana-mana syarikat penerbangan di seluruh dunia yang mengendalikan lebih daripada 100 pesawat. Pada tahun 2017, Aeroflot membawa 32.8 juta penumpang (50.1 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari). 

Aeroflot memegang status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada Skytrax dan telah dinamakan Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur untuk kali ketujuh di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2018. Aeroflot juga telah dianugerahkan dengan penarafan syarikat penerbangan global lima bintang oleh persatuan penerbangan AS, APEX.

Aeroflot ialah jenama syarikat penerbangan paling mantap di dunia menurut perunding strategi jenama terkemuka Brand Finance.

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/  

Source: Aeroflot
Related Stocks:
RTS:AFLT
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Awards