omniture

Firma-firma Reka Bentuk Seni Bina Utama B+H dan SAA Sertai Surbana Jurong Group

Surbana Jurong
2018-10-18 04:07 1399

Entiti tergabung antara kumpulan seni bina terbesar dunia 

SINGAPURA, 18 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Surbana Jurong, salah satu perunding pembangunan bandar dan infrastruktur berpangkalan di Asia yang terbesar, bersedia membentuk salah satu kumpulan seni bina terbesar di dunia melalui penyertaan dua firma seni bina terkemuka, B+H yang beribu pejabat di Kanada dan SAA yang beribu pejabat di Singapura sebagai syarikat-syarikat ahli. Ia turut memeterai perjanjian kolaborasi dengan Rocco Design Architects yang beribu pejabat di Hong Kong.

From Left to Right: Eric Ang, Surbana Jurong Board Member; Ku Moon Lun, Surbana Jurong Board Member; Bill Nankivell, CEO, B+H; Liew Mun Leong, Chairman, Surbana Jurong; Wong Heang Fine, Group CEO, Surbana Jurong; Rocco Yim, Executive Director, Rocco Design Architects; Yeo Siew Haip, Managing Director, SAA
From Left to Right: Eric Ang, Surbana Jurong Board Member; Ku Moon Lun, Surbana Jurong Board Member; Bill Nankivell, CEO, B+H; Liew Mun Leong, Chairman, Surbana Jurong; Wong Heang Fine, Group CEO, Surbana Jurong; Rocco Yim, Executive Director, Rocco Design Architects; Yeo Siew Haip, Managing Director, SAA

B+H ialah firma perunding dan penyelesaian reka bentuk bertaraf global yang memenangi anugerah, menyediakan perkhidmatan perundingan seni bina, reka bentuk dalaman, perancangan, reka bentuk landskap serta perundingan strategik menerusi sepuluh studio di seluruh dunia. Melalui kepimpinan reka bentuknya, bakat, portfolio dan perkhidmatan perundingan, B+H memanfaatkan pemikiran reka bentuk untuk mencipta penyelesaian bernilai tinggi untuk persekitaran binaan. Ia menduduki tempat ke-52 dalam senarai 100 Seni Bina Terbaik Dunia dan tempat ke-66 dalam senarai 100 Syarikat Gergasi Reka Bentuk Dalaman Terbaik.

SAA ialah antara 10 firma seni bina terbaik di Singapura, dengan kedudukan kukuh di seluruh Asia Tenggara. Ia mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam reka bentuk dan penyerahan projek-projek seni bina memenangi anugerah merentas sektor-sektor utama melibatkan pengangkutan, pembangunan guna campur, komersial, penjagaan kesihatan, taman perniagaan dan kediaman.

Penambahan B+H dan SAA akan mengukuhkan keupayaan teknikal Surbana Jurong untuk menawarkan perkhidmatan seni bina dan reka bentuk dalaman yang terbaik dalam kelasnya untuk projek-projek bandar dan infrastruktur di seluruh dunia. Ia akan turut mengukuhkan kebolehan Surbana Jurong dalam menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung yang komprehensif, bermula dengan strategi pembangunan kepada perkhidmatan reka bentuk dan kejuruteraan, pengurusan projek dan kemudahan serta penyelesaian pembiayaan kepada pelanggannya.

Kedua-dua syarikat ahli baharu akan melengkapi liputan pasaran semasa Surbana Jurong. Surbana Jurong merancang untuk memanfaatkan kedudukan B+H dan SAA bagi meluaskan tawaran perkhidmatannya ke dalam pasaran-pasaran geografi baharu seperti Amerika Utara dan sektor-sektor pertumbuhan baharu seperti penjagaan kesihatan.

Di samping itu, Surbana Jurong memeterai satu kolaborasi dengan Rocco Design Architects. Rocco Design Architects ialah syarikat seni bina memenangi anugerah yang berpangkalan di Hong Kong, dipimpin oleh arkitek ternama Rocco Yim. Kolaborasi ini adalah satu perkongsian jangka panjang untuk bersama-sama meneruskan projek di rantau tersebut, khususnya di Hong Kong dan Kawasan Teluk Rantau Besar China.

En. Wong Heang Fine, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Surbana Jurong berkata, "Mengalu-alukan B+H dan SAA ke dalam Kumpulan memperlihatkan strategi Surbana Jurong untuk mengukuhkan dan mengubah amalan seni bina kami dan membolehkan kami bersaing dengan yang terbaik di dunia. Dengan kumpulan bakat reka bentuk global yang lebih luas, terdiri daripada arkitek Surbana Jurong, ahli-ahli baharu B+H dan SAA, serta perkongsian dengan arkitek-arkitek terkenal lain seperti Rocco Design, kami akan berupaya memupuk dan melatih bakat seni bina masa depan dengan menyediakan mereka peluang-peluang dengan pendedahan lebih banyak terhadap projek-projek seluruh dunia."

Beliau menambah, "Strategi pertumbuhan kami sentiasa menumpu pada pengukuhan keupayaan kami supaya kami dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami dalam lebih banyak pasaran sebagai satu Kumpulan. Selain mengukuhkan kepakaran seni bina kami, syarikat-syarikat ahli baharu akan turut melengkapi kecekapan semasa Kumpulan tersebut. Dengan adanya rantaian nilai bersepadu akan turut membolehkan kami mencadangkan penyelesaian holistik dari peringkat awal, menghasilkan kecekapan yang lebih baik dan penjimatan kos kepada pelanggan kami."

"Perkongsian ini mempercepatkan strategi pertumbuhan berterusan B+H dan meletakkan kami untuk bersaing dengan firma-firma utama dunia," kata Bill Nankivell, Ketua Pegawai Eksekutif, B+H. "Pelaburan berterusan, penyatuan, penggabungan dan pemerolehan dalam industri kami menyediakan platform untuk firma-firma berkembang, mempelbagai, bersaing selain menarik dan mengekalkan bakat terbaik. Perkongsian B+H dan Surbana Jurong akan membolehkan kami membawakan projek-projek yang berani dan menginspirasikan di kawasan-kawasan serta sektor-sektor baharu, lalu menyediakan peluang luar biasa buat kakitangan kami."

Pengarah Urusan SAA Yeo Siew Haip, said, "Perjanjian ini memperlihatkan tahap pertumbuhan yang seterusnya untuk SAA. Kami melihat hal ini sebagai padanan semula jadi dengan adanya sinergi daripada kedua-dua perniagaan kami dari segi nilai teras, kecekapan dan pelanggan. Dalam masa yang sama, penyertaan dalam jaringan Surbana Jurong memberikan SAA akses lebih luas terhadap sumber tambahan dan skala yang lebih luas. Ini akan turut meningkatkan keupayaan kami dalam mendapatkan projek-projek nasional dan antarabangsa baharu, menambah nilai tawaran reka bentuk serta perkhidmatan yang lebih besar kepada pelanggan dan juga rakan kongsi."

Latar Belakang Surbana Jurong

Surbana Jurong ialah salah satu firma perunding bandar dan infrastruktur terbesar yang berpangkalan di Asia. Memanfaatkan teknologi dan kreativiti, Surbana Jurong menyediakan penyelesaian perundingan yang terbaik dalam kelasnya merentas seluruh rantaian nilai bagi domain pembandaran, pengindustrian dan infrastruktur.

Beribu pejabat di Singapura, Surbana Jurong Group mempunyai tenaga kerja global seramai lebih 14,000 kakitangan di lebih 120 pejabat merentas 40 negara di Asia, Australia, UK, Timur Tengah, Afrika dan benua Amerika, dengan pusing ganti tahunan mencecah sekitar S$1.5 bilion.

Surbana Jurong memegang rekod prestasi selama hampir 70 tahun, dan membina lebih satu juta rumah di Singapura, mencipta pelan induk untuk lebih 30 negara selain membangunkan lebih 100 taman perindustrian di seluruh dunia.

Cogan kata Surbana Jurong, 'Bangunkan Bandar, Bentukkan Kehidupan' memperlihatkan kepercayaannya bahawa pembangunan bukan sekadar keluli dan konkrit. Surbana Jurong mencipta ruang dan mereka bentuk infrastruktur yang membolehkan orang ramai menginap, bekerja dan bermain, membentuk bandar-bandar menjadi kediaman dengan pekerjaan yang boleh dikekalkan, yang membolehkan masyarakat dan perniagaan berkembang maju. surbanajurong.com

Latar Belakang B+H

B+H ialah firma khidmat runding + penyelesaian reka bentuk bertaraf global yang memenangi anugerah. Ia memanfaatkan kemahiran visualisasi dan integrasi utama dalam amalan seni bina dan reka bentuk bagi memahami dan menzahirkan data kompleks menjadi penyelesaian transformatif merentas platform sektor dan perkhidmatan yang luas.

Berasaskan legasi berusia 65 tahun dalam mencipta tempat yang berani dan menginspirasikan untuk orang ramai, B+H menyediakan perkhidmatan seni bina teras, perancangan, landskap dan reka bentuk dalaman. Hari ini, pasukannya terdiri daripada lebih 450 pereka yang bersemangat ingin tahu, pencipta tempat, ahli strategi, tukang cerita dan individu kreatif yang percaya dengan penerimaan perubahan dan pencabaran  status quo demi menyediakan persekitaran yang berdaya tahan serta sihat yang memberi sumbangan positif kepada komuniti mereka serta dicirikan oleh pengalaman manusia yang penuh dengan tenaga keriangan.

Berkolaborasi merentas sepuluh studio di Toronto, Vancouver, Calgary, Seattle, Los Angeles, Dubai, Shanghai, Hong Kong, Singapura & Bandar Raya Ho Chi Minh, arkitek, pereka dalaman, perancang, arkitek landskap, pakar reka bentuk organisasi, pereka pengalaman, penyelidik, penganalisis dan ahli strategi jenama B+H menggabungkan pemikiran strategik, reka bentuk berani dan teknologi termaju dengan tenaga manusia kreatif pasukan antara disiplin yang berbilang generasi.

Selaku ahli Surbana Jurong Group, B+H menyediakan khidmat runding strategik dan penyelesaian reka bentuk bernilai tinggi yang membentuk ruang, komuniti dan ekonomi. bharchitects.com

Latar Belakang SAA

SAA Architects (SAA) ialah syarikat seni bina berkhidmat penuh yang tekal tersenarai antara 10 firma Terbaik di Singapura. Ditubuhkan pada tahun 1970, portfolio SAA mencakupi semua sektor utama dan diberi penghormatan menerusi pelbagai anugerah reka bentuk dan kecemerlangan, menunjukkan komitmen firma dalam memenuhi piawaian penghormatan setinggi mungkin.

Firma ini menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan sektor awam dan swasta merentas sektor-sektor utama melibatkan pengangkutan (penerbangan, transit kereta api, maritim), guna campur, komersial (pejabat, runcit, hotel), penjagaan kesihatan, taman perniagaan/perindustrian dan kediaman; memastikan kecemerlangan reka bentuk dan perkhidmatan dalam melaksanakan penyelesaian kreatif yang disesuaikan mengikut keperluan tertentu.

Falsafah amalan SAA meletakkan keperluan orang ramai dan komuniti sebagai keutamaan dalam amalan reka bentuk dan perniagaannya; mencipta seni bina yang memperkaya komuniti dan menambah baik kehidupan orang ramai. www.saagroup.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Surbana Jurong
Jackie Yu
Pengarah, Komunikasi Kumpulan
T: +65-6839-7326 M: +65-9688-4269 E: Jackie.YuWc@surbanajurong.com

B+H
Matthew Ventura
Pengurus Pemasaran & Komunikasi, Amerika Utara
T: +1-416-596-2299 samb. 2248 M: +1-647-554-2857 E: matthew.ventura@bharchitects.com

SAA Architects
Deurbon Chow
Pengurus Jenama & Komunikasi
T: +65-6514-1486  M: +65-9054-9550 E: Chow.Deurbon@saaarchitects.com.sg

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181016/2267638-1

Source: Surbana Jurong
Keywords: Construction/Building Corporate Expansion Joint ventures